ALHAMDULILLAH..
🤲🏻🤲🏻🤲🏻
Syukur Ya Allah untuk 2021 yg ohsem..
Macam² nikmat Allah bagi.. macam² rezeki Allah beri.. macam² nikmat juga Allah kurniakan.. Terima kasih Ya Allah atas segalanya.
Pass is pass.. Never turning back..
Semoga 2022 lebih baik dari sebelumnya.. Lebih bahagia, lebih sihat, lebih gembira.. Lebih beriman dan dapat buat lebih banyak kebaikan. In shaa Allah...
Salah satu kesyukuran 2021.. Alhamdulillah, pada 18 Disember 2021 jam 4.27 pagi, lahirnya seorang lagi ahli dalam keluarga kami.. Mohammad Sufyan nama diberi. Kini, bilangan khalifah kecil kami dah jadi 9 orang. 6 lelaki, 3 perempuan.
Tarikh ni juga tarikh keramat untuk rakyat Selangor kerana, berlakunya banjir besar yg menenggelamkan hampir seluruh kawasan Selangor. Kawasan yg tak pernah banjir pun tiba² banjir. Mujur ayahnya tunggu kat Hospital jer malam tu. Kalau tak, ayah tak dapatlah teman ibu lahirkan baby Sufyan.
Lepas bersalin, laju² ayh balik rumah. Hampir² juga terperangkap tengah² banjir tu. Tapi, fikirkan anak² yg lain kat rumah, ayh redah juga balik rumah follow belakang lori. Tenggelam juga kancil merah tu. Habis basah karpet dlm kereta katanya. Apa² pun, syukur selamat semuanya..
Nama baby Sufyan ni diambil sempena nama Imam Sufyan Ats-Tsauri, seorang tokoh ulama di abad ke-2 Hijriah yang kisah hikmahnya sangat mahsyur.. MasyaAllah.. Beliau dikenal sebagai imam dalam bidang hadis dan dinilai setara dengan para imam fikih mazhab yg empat iaitu Imam Abu Hanafi, Imam Malik, Imam Syafi'i, dan Imam Ahmad bin Hambal.
Semoga baby Sufyan juga cintakan agama Islam mcm Imam Sufyan Ats-Tsauri.. Aamiin ya mujibb..
Next post Nur share perjalanan mengandung & melahirkan baby Sufyan ya. Sekaligus menunaikan janji yg pernah dibuat kat facebook untuk story journey pregnancy ke 9 ni..
🥰🥰🥰
https://foreverbyfbonur.blogspot.com/2022/01/9th-pregnancy-journey-ibu-nur.html?m=0
So, apa azam tahun baru 2022 korang?
Belum ada lagi?
Cepat² tulis azam baru ya.. sempat lagi ni.. baru 5hb.. Better late than never.. Tulis tau. Sebab bila kita tulis, ia umpama doa juga.. jangan tak der azam lansung plk. Umpama mcm tak der tujuan hidup plk. So, sekurang²nya berazamlah untuk lebih baik dari segala segi. Terutamanya dari segi kualiti ibadah kita. Sebab, kita hidup ni bukan untuk dunia yg sementara ni jer tapi, untuk akhirat yg kekal abadi.
Jadi, wajiblah kita berazam untuk tingkatkan bekalan yg akan dibawa ke akhirat nanti..
Ok gaiss.. Terima kasih singgah blog Nur..
Kalau nak order product Forever Living boleh roger Nur ya.. 😉






0 comments:
Post a Comment