Sebelum ni pernah janji kat salah satu post di Facebook nak share pregnancy journey anak ke 9 ni..
Kira post ni ditulis untuk menunaikan janjilah ek.. hehe.. amaran! Post ini panjang berjela tau. Amik masa 3 sesi juga nak mengarang ni. Terima kasih sudi membaca.. Semoga bermanfaat juga untuk semua..
| Salah satu pic kenangan pregnancy yg ke 9 ni.. nampak nau ibu membesar dengan jayanya.. |
Alhamdulillah, syukur perjalanan mengandung & melahirkan anak ke 9 ini tidak lansung terasa membebankan.. mungkin sebab lama rehat sebelum tu kan. 3 tahun setengah Allah bagi ibu rehat.
Lepas bersalin Syauqie, anak no 8, Nur guna perancang kehamilan jenis implanon. Yg masuk kat lengan tu.. Ngam² dalam pantang hari ke 44 terus dapat tarikh appointment utk pasang implanon ni.. Tempoh jangka hayat implanon ni adalah 3 tahun.
| Ini jenis impanon yg Nur gunakan sepanjang 3 tahun. |
So, lepas dah cukup 3 tahun boleh gi mana² klinik yg menyediakan servis bukak implanon ni. Nur bukak kat klinik swasta. Cas bukak masa tu dalam RM200. Nur bukak implan dalam bulan 3, 2021.. ngam² bukak implan terus period yg pertama. Kira habis period pun sehari sebelum puasa bulan Ramadhan. Bulan puasa pun smooth jer. Tak der tanda² pelik or mual².. Cuma pelik kenapa tak period lansung dah lepas tu. Siap dapat puasa penuh.
Last day puasa, terus buat UPT.. Tak cukup 1, Nur buat test sampai 3 kali. 😅 Masih tak percaya lagi, beli plk test yg Clear Blue tu. Orang kata kalau guna Clear Blue ni memang 90% tepatlah. MasyaAllah semua terus naik 2 line. Kat test clear blue keluar dah 5weeks+.. Tak sangka sangat sebab ikut kefahaman sendiri yg kurang ilmu ni, 6 bulan lepas bukak implanon tu baru tahap kesuburan akan jadi tinggi.. Rupanya tidak. Semua depends pada badan masing² juga..
| TaK Ingat dah ni test UPT yg keberapa. Test malam pun dapat line terang gitu.. |
So, bermulalah journey pregnancy ibu yg ke9.. 3 bulan juga melepek siang malam. Siang malam pening mabuk muntah loya. Lemah badan semualah. Tapi yg peliknya bila dapat keluar jalan² hilang semua loya. Tapi, balik rumah, melepek balik.. 🤣🤣🤣
Walaupun mabuk semua tu, Nur still mampu makan tau. Tak macam pregnancy sebelum² ni. Tak lalu makan.. yg kali ni, siap makan nasi tengah² malam. Kalau terjaga time tgh tido tu, mesti nak makan. Kalau tak, mulalah perut masuk angin, moody semacam.
Masa ni, segala apa supplimen pun Nur sangat tidak konsisten makan. Kadang makan, kadang tak.. semua ikut mood. Susu pun minum ikut mood. Tapi banyak amik fresh milk coklat yg jenama Farm Fresh tu. Lepas tu banyak makan buah buahan fresh. Lagi² strawberry.. tiap minggu beli strawberry masa awal² tu.. Itu jer yg lalu telan.
| Ada jugak gambo kenangan strawberry ni 😅 |
Tiap bulan checkup, hampir tiap bulan jugalah kene scan perut. Sebab, kehamilan Nur kali ni doc tick sebagai kehamilan berisiko tinggi.. dengan history prem utk ank² sebelum ni, anemia in pregnancy, hyperthyroidism & history masalah tulang belakang. So, tiap bulanlah kadang tu jadi orang terakhir habis checkup dalam ramai² manusia yg dtg..
Masa awal² pregnancy doc detect uri bawah tahap 3.. Dah pertengahan, Alhamdulillah uri naik cantik. Bacaan darah TFT untuk masalah Hyperthyroidism Nur pun elok jer cantik sepanjang pregnancy.. Cuma bacaan HB (Hemoglobin) darah jer yg agak border dari bukak buku pink sampai 36 minggu.. Normal 11 ke atas.. tapi Nur, kat 9.1 - 9.9 jer. Tapi, dah hujung² nak bersalin tu elok plk dia naik tau!!
Tapi, masuk minggu yg ke 27,🥰 tiba² detect ada GDM plk lepas minum air gula. Yg depa panggil MGTT tu. Selalu pikir positif.. Allah sayang.. sebab tu dia bagi dugaan begini dan begitu.. Sejujurnya, tak minum habis secawan pun air gula tu. Tapi, bacaan sebelum minum air gula tu dah tinggi rupanya. Redha jerlah ibu on ubat kencing manis plk lepas tu.. Masa ni Nur sangat tak konsisten minum AVG, NECTAR, POMESTEEN semua tu tau. Sebab, masa mabuk awal² tu lansung tak dapat telan apa pun.. so sampai Trimester ke 3 tu pn mmg culas lah amik supplimen semua tu.. Menyesal giler rasa..
Korang jangan ikut macam Nur. Sepatutnya, once tahu jer pregnant, lagilah kene telan banyak² supplimen tau. Usahakan juga. Sebab, pemakanan kita tiap hari belum tentu dapat memenuhi rompong² dalam badan. Lagi² bila berbadan dua. Lagi banyak zat dan vitamin tambahan diperlukan. Ramai yg share.. Diorg amalkan AVG, NECTAR, POMESTEEN semasa pregnant, bacaan ujian darah semua cantik.
| Nampak tag kuning kat buku pink tu? Kalau kehamilan biasa or tidak berisiko tag dia warna putih. Pernah merasa skali jer tag putih tu masa anak sulung.. |
Ingatkan dah makan ubat kencing manis tu, maximum dose plk tu, bacaan jadi ok.. Rupanya tak juga. Masalah cirit birit plk melanda sejak on ubat tu. Sampai kerap rasa cramp kat perut tau. Masa ni lah Nur mula konsisten btl² AVG & POMESTEEN.. Kira masuk Trimester ke 3 tu lah baru btl² amik supplimen ikut jadual. Better late than never kata orang.. Alhamdulillah, bila btl² konsisten, bacaan HB tu pun elok cantik naik.. Bacaan kencing manis tu plk elok border jer..
Selain tu, dari awal preggy Nur amik juga Forever Lite Protein perisa coklat shake² dengan 1 sachet Forevergreen biasanya. Fields Of Green pun Nur amik. Cuma tak konsisten jerlaa.. 😅 dah masuk trimester ke 3 baru mood insaf tu sampai..
Tapi, walaupn border, doc decide untuk induce pada 37minggu sebab baby besar.. Last scan seminggu sebelum induce tu pn doc dah estimate berat baby dalam 3.4 - 3.5kg.. masa ni debo dah sebab no 1-8 tak pernah lagi berat baby masa lahir lebih 3kg.. saspen woww.. So, 15 Disember 2021, pukul9.30 pagi, ibu pun serah diri untuk warded.. syukur dapat katil kat ward pada hari yg sama juga. So, takderlah menunggu kat PAC Hospital tu lama² mcm orang lain. Memang rezeki baby Sufyan sungguh..
Sebab, sebelum tu masa 32 minggu dah ada pengalaman bermalam kat PAC tu sebab ada contraction.. Sebelum ni pernah bersalin baby prem kan. So, kene tahan sbb doc risau lahir prem again. Syukur juga tak jadi. Doc kata just cramp kat area rahim tu akibat daripada regangan dalam tu dan akibat daripada cirit birit sebelum² tu. Merasalah tido atas lantai sejuk beku kat PAC tu.. Dugaan dugaan..
| Serah diri |
Mula² serah diri 15 Dis tu doc check bukaan jalan dah 3cm.. So, tak jadilah doc nak induce. Boleh normal mcm biasa kata doc. Next day, 16 Dis macam dah 4cm kata doc. Tiba² esoknya lagi, 17hb bukaan jalan jadi 2cm. Siap lena tido malam lagi. Tak mcm first night kene warded tu. Ibu dah mula cuak. Kenapa plk mengecut ni. Selesa btl baby Sufyan dalam rahim ibu. Dan doc terangkan, itu memang simptom baby besar. Dia jadi more comfortable dalam tu.
| Bosan btl masa ni. Snap gambo, mintak ampun maaF kat family terdekat & mohon doa semua. |
Bermula dari lepas Subuh 17hb tu jugalah Nur start exercise mcm org nak pi olahraga tu.. extrakan sujud, extrakan solat, extrakan bacaan Quran. Semua buat extra sebab target nak bersalin hari tu juga.. Termasuklah mintak ampun kat semua org.. semua jadi extra.. lagi plk 17hb ni hari Jumaat. Tapi, perancangan Allah lebih baik kan.
Mula sakit contraction tahap tak terkawal lepas maghrib 17hb tu. Control melalui pernafasan & keep on walking sekitar wad masa tu. Memang dah mcm orang tak tentu arahlh kekdahnya.. 😅 sampai rasa keliru.. contraction ker tak ni.. hehe..
Teknik pernafasan ni, korang boleh tengok You Tube. Rajin² juga tgk video proses kelahiran normal tu. Kira persediaanlah untuk mental dan fizikal sebelum bersalin..
Orang pun pelik tgk Nur tak tido lansung malam tu. Nurse pun dah mula check bukaan rahim setiap 2 jam skali. Pukul 10 malam 4cm, tapi jalan masih tebal katanya...lambat lagi katanya.. redhalah ibu dalam kesakitan yg amat sangat tapi masih boleh tahan.. Tengah malam, nurse check lagi.. 5cm katanya. Pun masih tebal katanya.. pukul2 pagi nurse panggil buat CTG.. Masa nilah doc detect contraction memang kuat sangat. Pukul 3.30 pagi nurse check jalan baru 6cm katanya tapi dah rasa kepala baby. Terus on the spot depa kemas barang² dan tolak ke labour room.
Sampai kat labour room dalam pukul 4.05 pagi mcm tu.. baring jer atas katil tu, terus nurse yg attend nak bersalin check jalan. Masa ni terkejut sangat sebab dah fully 10cm. Tapi belum rasa nak meneran walaupn contraction yg dtg tahap menggigil menahan.. Nurse pun kata, relax puan, jangan teran lagi.
Semuanya sangat smooth.. Rasa sekejap sangat proses melahirkannya. Dengan izin Allah, dengan bantuan guide dari nurse, Alhamdulillah lahirlah baby Sufyan dengan berat lahir 3.72kg, tanpa painkiller, tanpa koyak, tanpa kecederaan perineum & emosi lansung!! MasyaAllah... Hampir 4kg!!! 2-3 kali juga terpaksa curi nafas masa meneran tu. Tapi, ajaibnya, tak teran sungguh² sangat pun mcm anak² sebelum ni.. sungguh besar kuasa Allah yg Maha Memudahkan.
Tak terfikir lansung mampu bawak baby sebesar itu rupanya dalam rahim selama 37 minggu 4 hari. Benarlah kataNya, Dia tak kan beri sesuatu yg melebihi kemampuan kita. Syukur Allah mudahkan, izinkan untuk lalui moment gentle birth yg sangat berharga..
Hari ni, baby Sufyan dah berumur 19 hari. Jaundis pun dah tak der. Berat pun dah makin naik dengan jayanya. Semoga baby Sufyan terus membesar dengan sihat dan beriman ya. Best bau baby.. Bau syurga. Syukur Alhamdulillah Allah masih beri peluang merasainya lagi.. Lain btl feeling bila ada baby newborn ni. Mcm feeling booster gitu. Bahagia jer rasa.
Lepas ni banyaklah Nur share pasal breastfeeding journey plk ya...hehe.. Salah satu journey yg sangat Nur suka sejak bergelar ibu ni. 🥰
| Sambil menyusu, sambil tadah guna milk collector ni.. nampak tak warna susu tu kekuningan? Itu namanya kolostrom.. Susu awal yg sangat bagus utk newborn.. |
Ada yg bertanya..
Apa lagi produk #Forever yg Nur amik masa dalam pantang ni?
Selain Artic Sea, Nur amik 3 item dalam gambar ni lah. AVG, NECTAR & POMESTEEN.. Cara minum, Nur mixkan 3-3 skali, minum dalam 1 gelas setiap pagi & malam..
Alhamdulillah, berpantang dengan lebih bertenaga. Sembelit pun tiada.. seriau bila teringat bab sembelit masa berpantang ni. Dulu² siap jadi pakej buasir.. 😖 perit betul rasanya..
Syukur kali ni semuanya lancar..
Nifas yg keluar pun lebih lancar bila minum Nectar & Pomesteen tu.. anak Nur yg selalu senggugut time period pun minum Nectar ni.. Pomesteen tu ada campuran buah Delima tau. Bagus utk turunkan kuning baby.. juga bagus untuk merapatkan.. 🥰
Tapi, rutin bertungku, berbengkung, bertangas & bersauna Nur tetap buat tau. Moden + alami gitu.. Dua² pun ada manfaat dia sendiri. Asalkan jangan taksub, jangan keterlaluan..
| Sauna YUkKk.. |
Berpantang tanpa pil. Itu pilihan Nur.. 😉
Anda pula bagaimana?
#ForeverbyIbuNur
#yourfavoritefbo
#ForeverMiracleEagle
#foreversetiaalam
#ForeverShahAlam
#ForeverPuchong
#dropshipwanted
BAcA LAGi...
https://foreverbyfbonur.blogspot.com/2022/01/absorbent-c-vitamin-c.html?m=0






0 comments:
Post a Comment