February 27, 2017

8 JENIS REZEKI DARI ALLAH


Assalammualaikum...morning ! 😊

Pagi2 lagi dah dapat kata2 ilmiah & motivasi daripada group wassap Usahawan Najlaa Gee Alma.. Untung kan.. sentiasa ada orang bantu naikkan semangat.. 

Kita kan manusia biasa.. 
Tak lari daripada rasa down, kecewa, sedih, dan macam2 lagilah perasaan negetif.. 

Pada yg pandai kawal, mesti capai Al-Quran, capai tasbih, zikir.. mana yg tak berapa nak cerdik tu, mulahlah pergi ke arah yg bukan bukan.. 
Jadi, inilah pentingnya kumpulan sokongan...

Rezeki ni sebenarnya banyakkkk sangat yg Allah dah bagi.. dapat buka mata pagi2 pn rezeki..
Dapat mandi pagi pn, rezeki..
Dan sekarang, jom kita baca, 8 jenis rezeki, antara rezeki2 yg Allah bagi pada kita semua.. 

*LAPAN JENIS REZEKI DARI ALLAH*

👉*1.Rezeki Yang Telah Dijamin.*

‎وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ 
"Tidak ada satu makhluk melata pun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin ALLAH rezekinya."
(Surah Hud : 6).

Ini termasuklah mereka yg bukan beragama Islam, bayi, kanak2, hatta cacing sekalipun. Semuanya sudah dijamin oleh Allah ada rezekinya.. 
In shaa Allah.. 
Untung kan kita.. buat jahat pun, Allah tetap bagi rezeki.. Subhanallah.. baiknya Allah.. 
😇😇😇

👉*2. Rezeki Kerana Usaha.*

‎وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَى
"Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya."
(Surah An-Najm : 39). 

Inilah yg dikatakan, siapa buat, dialah yg dapat.. 
Siapa malas, dialah yg rugi..
Jadi, buat banyak, dapat banyak.. 
Yg penting, setelah berusaha jangan lupa tawakal kepada Allah.. serahkan segalanya pada Allah.. kerana, segalanya milik Dia.. kita tiada apa2.. kecuali amalan kebaikan yg kita lakukan.. 
In shaa Allah.. 
😎😎😎

👉*3. Rezeki Kerana Bersyukur.*

‎لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu."
(Surah Ibrahim : 7). 

Dapat sikit syukur, dapat banyak apetah lagi..
Wajib lipatgandakan syukur... Syukur bukan sekadar ucapkan Alhamdulillah tetapi, tanda seseorang itu bersyukur ada solat 5 waktu sehari semalam.. 
Jadi, dah dapat, wajib berterima kasih.. 
Barulah Allah tambah lagi.. 
Jangan jadi hambaNya yg sombong ya... 
Ingatakan utk diri sendiri juga...
😁😁😁

👉*4. Rezeki Tak Terduga.*

‎وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا( ) وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ
"Barangsiapa yang bertakwa kepada ALLAH nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya."
(Surah At-Thalaq : 2-3).

Pernah dengar ceramah, barangsiapa yg bertawakal kepada Allah, sebenar2nya, pasti Allah akan bantu..
Jadi, kalau tak der duit, minta dulu pada Allah..
Ada masalah, minta dulu pada Allah.. 
Itulah hikmahnya solat sunat Istikharah, solat sunat Dhuha...
Mari amalkan bersama!
😉😉😉

👉*5. Rezeki Kerana Istighfar.*

‎فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا ( ) يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا
"Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyak harta.”
(Surah Nuh : 10-11).

Amalkan 100× sekurang kurangnya 
Istighfar setiap hari.. 
Siapa yg amalkan, pasti dapat merasai perbezaannya.. sebab, janji Allah itu pasti.. 
Tidak akan Dia mungkiri.. 
In shaa Allah..
😇😇😇

👉*6. Rezeki Kerana Menikah.*

‎وَأَنكِحُوا الْأَيَامَىٰ مِنكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ إِن يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِن فَضْلِهِ
"Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak dari hamba sahayamu baik laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, maka ALLAH akan memberikan kecukupan kepada mereka dengan kurnia-Nya."
(Surah An-Nur : 32). 

Salah satu sunnah Rasulullah s.a.w juga ni..
Bernikahlah bagi yg mampu dengan
perbelanjaan yg berpada2.. 
Jangan sesekali berlebih lebihan dalam sesuatu perkara sehingga terpaksa berhutang..
Kelak, makan diri..
💑💑💑

👉*7. Rezeki Kerana Anak.*

‎وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلَاقٍ نَّحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُمْ
"Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu.”
(Surah Al-Israa' : 31). 

Alhamdulillah syukur yg tidak terhingga, 
memang benar, setiap anak ada rezekinya..
Janganlah takut nak beranak wahai sahabat2 semua..
Benar ikut kemampuan, tapi, kalau dah Allah beri, dah ada dalam rahim, jangan sesekali dibuang..
Daripada sulung sampai yg ke 6, 
Daripada tiada apa2, kami ada kereta, rumah sendiri, motosikal sendiri, barang2 rumah sendiri..
Siapa sangka? Kita tak nampak.. 
Tapi, Allah sentiasa mencukupkan keperluan hambanya..
👪👪👪

👉*8. Rezeki Kerana Sedekah.*

‎مَّن ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافًا كَثِيرَةً
"Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada ALLAH, pinjaman yang baik (infak & sedekah), maka ALLAH akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak."
(Surah Al-Baqarah : 245).

Tangan yg memberi, lebih baik daripada tangan yg menerima.. sedekah setiap hari, dalam apa cara sekalipun.. bukan hanya dengan wang ringgit semata2.. Telah terbukti, ramai jutawan, menjadi jutawan senyap dengan cara ini.. 
💲💲💲

Semoga Allah sentiasa limpahkan kita dengan rezeki zahir dan batin yang dapat membantu perjalanan kita menuju Allah. 
Aamiin.. Allahumma Aamiin... 


💌💌💌💌💌💌💌💌💌💌💌💌💌

Maklumat lanjut tentang produk najlaa,
 tentang bisness najlaa, 
nak jana pendapatan dengan Najlaa,
 sila hubungi Nur..
What'sApp 📲 0172720564

#najlaa
#stokisselangor
#staynatural
#stayorganik
#staywithnajlaa

February 26, 2017

TAZKIRAH PETANG


Image result for DR. ZAKIR NAIK

Dari Dr Zakir Naik.
🎾🎾🎾 Tolong baca sampai habis..

Kita selalu luangkan masa yg sdikit utk Allah; Tapi DIA selalu menyayangi dan merahmati kita. 
Allah sentiasa bersama kita.. Marilah luangkan 30 min masa kita utk ALLAH. 
Bukan berdoa, tetapi memuji-NYA.

Hari ini, saya nak mesej ini disebarkn ke sluruh dunia.. 
Sudikah anda menolong?? Jangan tamatkn pnyebaran mesej ini..
DIA selalu memberikan kita segala y kita mahukan.. 
Maka marilah kita sama2 mnyebarkn mesej ini.

Kenapa kita rasa mengantuk bila SOLAT?
 Tapi blh pula kita berjaga sepanjang 3 jam tgk movie.
Kenapa kita rasa bosan bila lihat AL-QURAN? 
Tapi senang utk baca buku lain.
Kenapa senang je kita tak peduli mesej berkaitan ALLAH? 
Tapi senang je forward benda yg kelakar.
Kenapa Masjid makin kecil? 
Tapi Bar dan Kelab Malam semakin bnyk.
Kenapa senang kita sanjung celebrity? 
Tapi susah kita ingat ALLAH.

Cuba fikir, nak forward mesej ni? 
Atau nak biar je sebab takut org gelakkan anda?
Forward mesej ini kepada kawan/contacts.

Ingatlah; Allah (SWT) Berfirman: Jika kamu berpaling dari aku didepan kawan kamu, 
Aku akan berpaling dari kamu pada Hari Kiamat kelak..
Jika seseorang menutup satu pintu, Allah akan membuka dua pintu; 
Jika Allah membuka pintu untuk kamu, hantarlah mesej ini termasuk saya..

Allah tiada hphone tapi DIA lagi favourite contact saya...

Allah tiada TWITTER Tapi data sentiasa mengikuti DIA,
 Dan tetap akan saya ikut selamanya..

Allah tiada WHATSAPP tapi dia selalu online...
Jadi walau tanpa INTERNET saya akan sentiasa berhubung denganNya...

Tolong forward mesej ini kepada semua contact anda!
* Dikatakan bahawa bila Malaikat Maut cabut nyawa dari jasad org y mati.. 
Dia adalah satu pengalaman yang menyakitkan. 
Dikatakan juga bila manusia dibangkitkan pada Hari Kiamat, 
kesan sakit roh dicabut dari jasad masih ada lagi.
Maka, ALLAH menyuruh kita utk membaca AYAT KURSI setiap selepas solat fardhu dan 
dinyatakan sesiapa yang membaca ayat kursi, roh mereka akan dicabut seperti mengambil sehelai rambut daripada tepung.. Bayangkan betapa ringannya rasa ITU, MasyaAllah!  
Moga Allah menyelamatkan kita dari sebarang sakit dan
 moga DIA mematikan kita dgn iman di hati dan selamatkan kita dari Azab. 
Aameen..

💟Tiada perkataan secantik ALLAH (SWT).

💟Tiada contoh secantik Rasulullah (SAW).

💟Tiada ajaran secantik Islam.

💟Tiada lagu sesedap Adhaan.

💟Tiada amal yang bermakna dari Zakat.

💟Tiada ensiklopedia sesempurna AL-QURAN.

💟Tiada sembahyang sesempurna SALAAT(Namaz).

💟Tiada diet sesempurna PUASA.

💟Tiada pengembaraan sesempurna HAJJ.

💟💟Sedarlah bahawa Islam ITU sentiasa Cantik & Sempurna. Tolong forward mesej ini utk berkongsi ilmu.

Ini benda biasa kita buat, sebahagian dari kita bercakap masa tgh Adhaan...
BACA ini..
Nabi Muhammad(SAW) bersabda, 
Berhenti melakukan apa2 semasa AdhZaan, walau membaca Quran, 
sesiapa yang bercakap semasa AdhZaan orang itu takkan dapat mengucap Kalimah Shahadat 
waktu dia mati... Tolong pass mesej INI kpd Muslim yang lain...

BACA DU'A INI UTK HIDUP YG LEBIH BAIK..
 Allahumma- inni-ala- dhikrika-wa Shukrika-wa-husni-ibaadatika.

Duaa yg hebat telah dihantar kepada anda. Apa y anda fikir nak buat dgn Duaa ini. 
Bayangkan kalai 1000 org baca doa ini sebab anda. 
سُبْحَانَاللَّه ِ !!!
SubhaanaLLaah!!!

📌Bangun bila dengar AZAN, seperti anda bangun bila PHONE BERBUNYI❗

📌Baca AL-QURAN dengan cermat seperti anda baca nota❗

♣ Takut ALLAH, seperti anda takut MATI❗

♠ Ingatlah MATI, seperti anda ingat NAMA anda❗

♦Berapa minit kita luangkan untuk SOLAT❗

🍇"FAJR" 4/6 Minit❗

🍇"ZUHUR" 6/8 Minit❗

🍇"ASAR" 6/8 Minit❗

🍇"MAGHRIB" 5/7 Minit❗

🍇"ISHAA" 7/10 Minit❗

🍒Jumlah 28/39  minit sehari dari 24 jam❓ 🍒

♥ Jom kita fikir betul ke kita luangkan masa kerana ALLAH ❓

⚠ 80% orang takkan forward mesej ni

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Khasiat Minyak ARGAN dalam Essential Oil Najlaa



8 Khasiat Minyak ARGAN dalam Essential Oil Najlaa-Utk Rambut 👱👸👱.



Minyak Argan sangat bermanfaat untuk pertumbuhan serta penjagaan rambut yang sihat. Cecair EMAS ini memberikan nafas baru kepada rambut kering, kusut, beruban, cabang, rapuh dan sebagainya.

Image result for MINYAK ARGAN

Minyak Mahsyur ini mempunyai beberapa khasiat seperti berikut :-

1-Minyak Argan menghidrat rambut dengan cara semulajadi dan 
mengurangkan kekasaran rambut.

2-Minyak Argan mampu menembusi ke liang rambut serta 
meningkatkan pertumbuhan dan keanjalan rambut.

3-Minyak Argan mampu merawat pertumbuhan rambut yang tidak terkawal serta tidak terurus.

4-Anti-oksidan semulajadi yang terdapat dalam Minyak Argan 
mampu mengukuhkan rambut dengan membaik pulih sel sel yang rosak.

5-Kehadiran Vitamin E dalam Minyak Argan menjadikannya agen terbaik 
untuk rawatan rambut secara semulajadi dan memelihara rambuat daripada agen perosak.

6-Para penyelidik percaya bahawa Minyak Argan berfungsi 
mengekalkan kelembapan serta mengembalikan kilau dan sinar rambut.
 
7-Pakar-pakar rambut mempercayai Minyak Argan merupakan 
pilihan yang tepat untuk menyembuhkan serta memulihkan 
rambut yang rosak, kering dan lemah akibat daripada persekitaran alam sekitar, 
amalan penggayaan yang berlebihan dan sebagainya.
 
8-Kaya dengan asid lemak tak tepu seperti Omega 3 dan Omega 9,
Minyak Argan adalah sumber komponen penting pemakanan untuk liang-liang akar rambut. 
Asid lemak tak tepu ini mengukuhkan struktur ikatan protein dalam rambut dan dengan itu meningkatkan kekuatan rambut serta penyembuhan sehingga ke hujung rambut.

Gunalah Essential Oil Najlaa hari ini, untuk rambut hitam lebat bersinar yg cantik dan sihat

#EssentialOilNajlaa

Image result for MINYAK ARGAN

APA ITU ARGAN OIL??

Salah satu bahan yang terdapat didalam ESSENTIAL OIL NAJLAA adalah ARGAN OIL.

🌸Argan Oil atau minyak argan berasal dari buah pohon Argan (Argania spinosa) 
yang hanya bisa ditemukan di Maroko, Afrika Utara.

🌸Untuk mendapatkan 1 liter minyak argan memerlukan 30 kg buah argan dan 
memperuntukan waktu selama 15 jam untuk mendapatkan ekstraknya.


🌸Argan Oil mengandungi vitamin E dua kali ganda  lebih banyak daripada Olive Oil. 
Vitamin E yang berperan sebagai antioksidan ini bermanfaat untuk 
melawan radikal bebas yang mana merupakan salah satu penyebab penuaan kulit.


🌸Sedangkan untuk kulit wajah, Argan Oil berperan sangat efektif dalam 
melawan penuaan kulit, melembabkan kulit yang kering dan BERKEDUT.


🌸Selain itu, minyak ini juga bisa digunakan untuk 
mengatasi jerawat,mengatasi luka, dan kulit yang terbakar (sunburn).


🌸PENGGUNAAN setiap hari
Secara teratur dapat membantu memutihkan wajah, 
membuat kulit jadi lebih lembut dan bersinar secara semulajadi.


💌💌💌💌💌💌💌💌💌💌💌💌💌


Nak order Najlaa?? boleh klik link di bawah untuk respon pantas 

💗

Jemput like page Nur..
http://facebook.com/IbuNurBabyBoutique

#najlaa
#stokisselangor
#staynatural
#stayorganik
#staywithnajlaa

APA ITU MENTHOL / MENTOL

Memandangkan ade yg bertanya..

Sy share..
 *Ape itu menthol?*

_Methol ni ade dlm baby balm Najlaa la_

_Selamat ke?_

_Baby g6pd boleh ke pakai?_
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Image result for MENTHOL
🍀 Menthol 🍀

Terhasil drpd minyak daun pudina ( peppermint )

Byk digunakan.. sejak dahulu kala lagi..

Menthol yg digunakan di dalam najlaa ekstraks dri peppermint..
 Daun mint..


Berfungsi utk :
=====================

🍀 meredakan stress

🍀terapi

🍀 bahan Asas utk menghasilkan balm

🍀rasa hangat2 yg melegakan..

🍀 sesuai utk melegakan pernafasan.. Hidung tersumbat..

🍀 sesuai juga utk melegakan Sakit kepala


Ps : Sbb tu sesuai utk mghilangkan batuk..
Selsema.. Kahak.. Melegakan pernafasan..


❤ anak ade g6pd pun boleh guna balm Najlaa.. ADA TESTIMONI TELAH TERBUKTI!!

❤Selamat

Other info  ~ safe range menthol use for babies n kids are 5%..

Najlaa baby balm only use 3% of menthol..

Instead of ambik nab DAN ubat salbutamol.. Leh sapu balm 😊




Nak order Najlaa?? boleh klik link di bawah untuk respon pantas 

💗

Jemput like page Nur..
http://facebook.com/IbuNurBabyBoutique


#najlaa
#stokisselangor
#staynatural
#stayorganik
#staywithnajlaa

Sekian.. ☺

Mujahadah



Image result for Mujahadah

CERPEN : Mujahadah
By Azzy Al Hafizah

SURAT tawaran ke tingkatan 6 itu dibaca berulang-ulang. Hatinya berbolak-balik. Mahu terima atau tidak. Yang difikirkannya selama ini hanya universiti. Tetapi, mengenangkan kos yang agak mahal dan hidup dalam serba kekurangan, dia tidak mahu bebankan keluarga.

Kata Puan Mama, terimalah tawaran itu. Encik Papa pun cadang yang sama. Along dan angah pun suruh terima. Adik? Walau tak terlalu faham, dia suruh terima juga. Sebenarnya, dipengaruhi oleh abang-abangnya.

Anisah Humaira buntu sendirian. Berhari-hari memikirkan benda yang sama. Berhari-hari mendengar saranan yang sama. Dia bukanlah terlalu benci tingkatan enam pun. Cuma dia takut tak dapat bawa. Lantas dia bermesej dengan guru kaunselingnya.

"Assalamu'alaikum, cikgu." - Nisa Maira

"Waalaikumussalam. Ya, Nisa. Ada apa pm saya tiba-tiba? Rindu saya? Haha." -Cikgu Sarah

"Rindu sangat... Hehe... Saya dapat tawaran form six. Tak tahu nak ikut ke tak. Saya takut tak dapat bawak." -Nisa Maira

"Tahniah. Eh, awak ni macam bukan Nisa pulak." -Cikgu Sarah

Mesej dari Cikgu Sarah memeranjatkannya. Mengapa pula Cikgu Sarah katakan yang dia bukan Nisa?

"Kenapa cikgu kata macam tu?" -Nisa Maira.

"Nisa yang saya kenal, berhati kuat. Cabaran apa pun, dia tetap akan buat. Berat macam mana pun, dia tetap mencuba. Nisa yang saya kenal tak pernah kenal erti putus asa. Jadi, 'takut tak boleh bawa' itu hanya satu sisi dalam fikiran. Maybe saya perlu katakan, 'saya cabar awak ambil form six!' So, macam mana?" -Cikgu Sarah

"Cabaran cikgu buat saya betul-betul tercabar. Saya akan terima tawaran form six tu." -Nisa Maira

"Saya nak pesan, terima dan belajar bersungguh, ikhlas kerana Allah. Bukan hanya kerana cabaran saya. Mama dan papa awak macam mana? Apa pendapat mereka tentang ni?" -Cikgu Sarah

"Mama dan papa saya galakkan sangat saya terima tawaran ni." -Nisa Maira

"Ha, baguslah tu. Awak dah ada redha mereka. InshaaAllah, awak boleh lalui liku form six." -Cikgu Sarah

"Masheh, cikgu." -Nisa Maira

"Kejap lagi pos laju akan sampai rumah kamu. Hadiah dari saya. Harap awak suka." -Cikgu Sarah

"Betul ke cikgu?" -Nisa Maira

Tinn! Tinn!

Terdengar bunyi hon dari luar rumah. Telefon bimbit ditinggalkan. Tudung disarungkan dan terus sahaja dia melangkah ke muka pintu utama. Pintu dibuka. Seorang lelaki berbaju uniform menghulurkan barang dan meminta tandatangannya. Setelah selesai, Anisah Humaira kembali ke bilik.

Bungkusan yang diterima, dibuka. Tak sabar ingin tahu hadiah dari guru kesayangannya. Sehelai tudung dan blouse. Tudung mesir petak kecil berwarna hijau gelap itu ditenung. Cantik. Memang kegemarannya. Sehelai blouse berwarna hijau muda sangat sesuai untuk dipadankan.

Anisah Humaira mencuba. Dicari kain berwarna hitam. Disarungkan blouse unik itu. Dicuba tudung labuh itu. Memandang cermin besar di hadapan. Dia terasa seperti seorang yang lain. Hatinya diselubungi rasa sebak.

"Aku ke ni?" Disentuh kedua pipinya.

Anisah Humaira seperti tidak percaya dengan dirinya sendiri. Telefon bimbit dicapai. Gambar diambil. Segera dihantar ke whatsapl cikgu Sarah.

"Cantik awak pakai macam ni. Suka saya tengok." -Cikgu Sarah

"Thanks cikgu. Saya suka sangat." -Nisa Maira

"U're welcome. :)" -Cikgu Sarah

Tudung dan blose ditanggalkan semula. Anisah Humaira terus mendapatkan Puan Mama dan Encik Papa yang sedang berdating di taman belakang rumah. Ganggu sekejap.

"Mama... Papa... Sorry kacau." Ujarnya. Puan Mama dan Encik Papa tersenyum sahaja.

"Anis nak masuk form six." Kata-katanya menambahkan lebar senyuman di bibir Encik Papa dan Puan Mama.

"Betul ni? Okey, jom cari barang." Excited Encik Papa mendengar kata-kata anaknya.

"Tak payahlah papa. Ada lagi last year punya barang. Pakai je yang tu." Balas Anisah Humaira.

"Betul ni? Kasut?" Tanya Puan Mama pula.

"Kasut pengawas tahun lepas tu muat lagi, Ma." Jawab Anisah Humaira. Puan Mama hanya membalas dengan anggukan.

"Moga anak Mama dan Papa berjaya dalam form six!" Ujar Encik Papa bersemangat.

"Apa? Anis ambik form six?" Along tiba-tiba muncul.

"Bagus Anis. Keputusan terbaik untuk Anis. Nanti Angah belanja baju baru." Angah menyampuk. Anisah Humaira tersenyum.

"Kak Chik masuk form six? Yeah! Jumpa la nanti dekat sekolah Zubair." Ujar adiknya gembira.

Dalam adik beradik Anisah Humaira, hanya dia perempuan. Yang lain lelaki. Alongnya, Zakwan. Angahnya, Zarif. Adiknya Zubair. Namanya sahaja yang terlajak special. Di rumah panggil Anis dan Kak Chik. Di sekolah panggil Nisa. Mungkin form six ini dia akan dipanggil Maira pula.

Malam itu, Anisah Humaira melayan whatsapp sahaja. Berborak dengan sahabat-sahabat yang sudah lama tidak ditemui. Rindu tak terkata. Walaupun keputusannya adalah menerima form six, tetap ada sesuatu yang dirunsingkan. Selama ini, dia duduk di sekolah yang semuanya perempuan. Tapi, kali ini dia akan bersekolah di sekolah yang ada pelajar lelaki. Jujur, dia tak biasa. Dia tak selesa.

"Assalamu'alaikum. Tahniah Anisah Humaira dapat form six. Belajar rajin-rajin. Ingat, tajdid niat hari-hari. 'Aku belajar kerana Allah'. -011-23456789

Anisah Humaira pelik menerima mesej dari satu nombor yang tak dikenali. Anisah Humaira mengabaikan chat itu. Namun, nasihat dari nombor itu amat berguna. Disemat kemas dalam hati.

Hari berganti hari, detik pendaftaran tiba akhirnya. Anisah Humaira bersiap awal. Dipakai blouse dan tudung pemberian Cikgu Sarah. Tanpa solekan. Hanya ditepek bedak baby yang wangi baunya. Bedak baby, bau baby.

Debar di hati Anisah Humaira. Sedikit takut dan gentar dengan imej dirinya. Selamat kembali ke sekolah, Anisah Humaira. Perjalanan dari rumah ke sekolah tidaklah terlalu jauh. Semakin dekat, semakin kuat debaran di hatinya. Sudahlah sendirian. Tiada kawan yang dia kenal.

Beberapa orang pelajar yang datang mendaftar memandang pelik pada dia. Mana tidaknya. Tudung yang dipakai itu bidang 60. Labuh. Padahal majoriti di situ mengikut "perkembangan" fesyen. Sepanjang sehari itu, tiada langsung yang mendekatinya. Anisah Humaira diam. Dalam hati sedikit sedih.

Pulang sahaja ke rumah, moodnya hilang. Terasa mahu berhenti sekolah. Dia tak selesa dengan suasana bercampur lelaki dan perempuan. Menghadap ke cermin, dia tertanya sendiri, apa yang salahnya dalam mengikut syariat? Hampir sahaja dia menangis di situ.

Satu chat masuk dari sahabatnya. Sahabat baiknya itu tiada whatsapp. Tiada wechat. Tiada facebook. Tiada instagram. Hanya telefon nokia biasa. Namun, tak pernah sahabatnya itu merungut. Kerana tawadhuknya seorang sahabat, Anisah Humaira jadi tak kisah habis kredit bermesej dengan sahabatnya.

"Salam. Macam mana first day?" -Asiah

"Wassalam. Teruk!" -Anisah Humaira

"Kenapa dear? Nak share tak?" -Asiah

"Jom otp." -Anisah Humaira

Anisah Humaira membuat panggilan ke nombor sahabatnya. Tidak lama kemudian, panggilan berjawab.

"Assalamu'alaikum my dear... Kenapa hari ni?" Asiah memulakan.

"Wa'alaikumussalam. Oh my... Miss you. Tak ada langsung orang dekat tadi. Tak selesa la sekolah situ. Rasa nak berhenti." Cerita Anisah Humaira.

"Eh... jangan macam tu... Mujahadah dear. Jalan perubahan memang tak mudah. Tapi, kalau kita yakin janji Allah, inshaaAllah kita kuat." Pujuk Asiah.

"Kalau Asiah ada dekat sini, Nis dah peluk nangis dah." Anisah Humaira sebak.

"Anisah Humaira... La tahzan. Innallah ma'ana. Nis jangan putus asa. Hari ni mungkin dorang rasa pelik. Lama-lama, inshaaAllah mereka tertarik. Inilah masanya berdakwah dengan akhlak." Balas Asiah.

"Dakwah? Nis pun tak cukup baik lagi. Tak layak." Ujar Anisah Humaira.

"Nis... Aslih nafsak, wad'u ghairak. Perbaiki diri dan ajaklah yang lain. Kita tak nak masuk syurga sorang-sorang kan? Kita nak masuk ramai-ramai kan?" Lembut Asiah bersuara.

"Mampu ke Nis buat semua tu?" Tanya Anisah Humaira.

"Nis mampu. Yang penting, jangan anggap mereka yang benci atau pandang pelik Nis sebagai musuh. Tapi, jadikan mereka sasaran dakwah. Ini peluang besar, Nis." Asiah memberi semangat.

"Thank you, Asiah. Nanti bagi ingatan selalu ye." Ujar Anisah Humaira.

"InshaaAllah, Nis. Qowwiy lillah. Assalamu'alaikum."

"Wa'alaikumussalam." Talian dimatikan. Anisah Humaira sedikit bersemangat.

'Islam itu datang dalam keadaan asing, dan akan kembali asing. Berbahagialah menjadi yang asing itu, sahabat. Siapa tahu, ia menjadi asbab ke syurga-Nya.' -Asiah.

Anisah Humaira tersenyum membaca pesanan ringkas dari Asiah. Ya, berbahagialah dia menjadi asing di kala orang lain sibuk mengejar arus kemodenan dunia. Mengikut telunjuk barat dari syariat.

"Kak Chik! Angah ajak pergi kedai sekarang." Zubair datang memanggilnya.

"Oh ya? Okey, jom." Anisah Humaira menurut.

Angah membawanya ke kedai baju. Ingin menunaikan janjinya untuk membelanja adik perempuan satu-satunya baju baru. Encik Papa dan Puan Mama tak ketinggalan untuk dibelanja.

"Anis nak baju macam mana?" Tanya Angah.

"Yang sesuai dengan tudung ni." Jawab Anisah Humaira sambil membelek baju yang ada.

"Oh. Ni, nak?" Angah menunjukkah sehelai baju berwarna hijau biru.

"Eh, cantik. Boleh la." Puji Anisah Humaira.

"Adik nak baju jugak." Pinta Zubair.

"Adik tak payah. Baju dah banyak." Usik Angah. Zubair menarik wajah. Merajuk.

"Dah besar, merajuk. Pergilah pilih. Satu je." Bicara Angah mengembalikan keceriaan di wajah Zubair.

Selesai membuat pembayaran, Along pula membelanja makan. Selesai makan, mereka pulang ke rumah. Anisah Humaira masuk ke bilik dan meletakkan barang yang dibeli di atas katil. Baru sahaja duduk, pintu bilik diketuk.

"Ye, Along?" Anisah Humaira membuka pintu bilik.

"Nah." Satu beg dihulurkan. Anisah Humaira menyambut dan melihat ke dalamnya. MashaaAllah. Tudung.

"Thanks, Along." Ucap Anisah Humaira.

"You are welcome. Jadi adik solehah okey?" Pesan Along. Anisah Humaira senyum.

"InshaaAllah, along." Jawab Anisah Humaira.

Terus disiapkan pakaian untuk hari esok. Excited untuk ke sekolah. Dengan azam dan semangat membara. Dia yakin jalannya penuh liku. Tapi, dia akan lalui semampunya. Dengan izin Allah jua.

"Assalamu'alaikum. Anisah Humaira. pegang janji Allah. Tabah okey. Tolong agama Allah, Allah akan tolong Anisah Humaira. Moga dalam peliharaan Allah." -011-23456789

Malam itu, sekali lagi dia menerima chat dari nombor yang sama. Semakin kuat hatinya untuk meneruskan perjuangan. Walau dia tak kenal dan tak ingin kenal, dia yakin insan itu adalah insan baik yang mengenalinya. Yang Allah hantar untuk meminjamkan keuatan walau hanya dengan kata-kata.

Sejak dari itu, pelbagai pesanan dan nasihat yang dia terima. Pernah sekali, dia terasa down akibat dipulau. Dia bukan begitu kuat menahan. Digelar ustazah, orang alim dan macam-macam lagi. Namun, saat itu insan yang tidak dikenali itu memberi kata semangat.

"Assalamu'alaikum. Saya yakin Anisah Humaira kuat. Walau dicerca, dihina, teruslah kuat. Anisah Humairah bertudung labuh kerana Allah, kan? Jadi, Anisah Humaira mungkin dikeji gadis lain, tapi Allah pelihara Anisah Humaira dari pandangan nafsu mata lelaki. Anisah Humaira tetap dilindungi. Jangan putus asa!" -011-23456789

Kesannya, Anisah Humaira tetap bertahan hingga kini. Hari terakhir di tingkatan 6. Memang sakit terpijak duri, namun bila redha dan sabar, akhirnya duri dapat dicabut. Memang perit bila tersesat di hutan, namun bahagia saat berjumpa jalan keluar. Begitulah hidup. Memang pahit di dunia, namun kerana sabar dan taqwa, akhirat kampung abadi paling bahagia.

"Assalamu'alaikum. Anisah Humaira. Ini chat terakhir saya. Walau Anisah Humaira jatuh tujuh kali, bangkitlah lapan kali. Walau nanti gagal seratus kali, gandakan usaha seribu kali ganda.

Jangan tinggal solat.
Istiqamah dalam dakwah.
Istiqamah dalam tarbiyyah.
Istiqamah dalam hijrah.

Saya tak pernah kenalkan diri. Saya seorang yang sentiasa memerhati Anisah Humaira. Ada satu yang selalu menarik hati saya pada Anisah Humaira. Nama saya Al Banna. Tapi, saat Anisah Humaira membaca pesanan ini, saya pasti sudah 'pergi'.

Jaga iman, jaga hati, fi hifzillah." -011-23456789

Itulah pesanan terakhir diterimanya dari seorang Al Banna. Dia tak peranh terfikir dirinya diperhati. Pelbagai benda boleh ditafsirkan dengan perkataan 'pergi' Al Banna itu. Entahlah. Dia sendiri tidak pasti.

Apa yang penting saat ini, dia sudah berjaya menamatkan pelajarannya di tingkatan enam. Satu cita-citanya sahaja belum tercapai. Dia teringin membantu saudara di Syria dan Palestin. Sangat ingin. Buat masa ini, hanya doa mampu ditembak.

"Assalamu'alaikum..." satu suara memberi salam.

"Wa'alaikumussalam..." Puan Mama membukakan pintu dan menjemput tetamu untuk masuk ke rumah.

"Boleh kami bertemu Anisah Humaira?" Tanya si tetamu.

"Boleh. Sekejap, saya panggilkan." Jawab Puan Mama.

Anisah Humaira keluar ke ruang tamu tidak lama kemudian. Dilihatnya, satu keluarga yang tidak dikenali. Puan Mama menemaninya duduk melayan tamu.

"Anisah Humaira, kamu terima mesej dari Al Banna bukan?" Tanya seorang wanita berusia 40-an. Anisah Humaira mengangguk.

"Kami diamanahkan oleh Al Banna untuk memaklumkan pada kamu tentang kepergiannya dan pelawaannya." Ujar seorang lelaki yang berusia dalam lingkungan 30-an pula.

"Pergi ke mana? Dan pelawaan apa?" Anisah Humaira tertanya-tanya.

"Beliau ke Syria. Dan mempelawa Anisah Humaira ke Syria juga." Kebetulan, waktu itu Encik Papa, Along, Angah dan Adik baru pulang.

"Ke Syria?" Soal Encik Papa.

"Papa izinkan?" Tanya Anisah Humaira.

"Siapa menjemput?" Soal Encik Papa kembali.

"Al Banna, pak cik." Jawab pemuda tadi.

"Al Banna?! Pergilah, anakku! Sahut seruan itu. Papa dan Mama serta adik beradik Anis akan doakan dari sini." Terkejut Anisah Humaira. Bagai tak percaya Encik Papa memberi izin.

"Terima kasih, papa." Ucap Anisah Humaira.

"Bila bertolak?" Tanya Encik Papa.

"Lusa, pak cik." Mendengar jawapan itu, Encik Papa menganggukkan kepalanya. Walau berat, dia yakin ada hikmahnya.

Hari kepergiannya, Anisah Humaira memandang sayu keluarga. Tapi, jiwanya teguh ingin berjuang membantu saudara-saudaranya di Syria. Anisah Humaira lagsung tidak menitiskan air matanya.

"Apa yang buatkan papa izinkan Anis ke Syria?" Tanya Anisah Humairah.

"Sudah sebulan papa mimpikan pemuda bernama Al Banna. Memohon papa izinkan Anisah Humaira ke Syria. Papa bukan benci Anisah Humaira, malah sangat sayang. Tapi, papa yakin dan tahu apa impian Anis. Kalau Anis syahid di sana, tunggulah kami di pintu syurga!" Papa memberi pesanan. Seolah perpisahan bakal terjadi selamanya.

Anisah Humaira memeluk papanya. Begitu juga mamanya. Adik beradiknya yang lain juga dipeluk. Mungkin menjadi pelukan terakhir.

"Doakan Anis di sana!" Anisah Humairah bersemangat. Kereta yang membawanya ke lapangan terbang bergerak perlahan meninggalkan perkarangan rumah.

"Tak salah Al Banna memilih kamu." Ujar pemuda yang sedang memandu. Isterinya menyokong sama.

"Kenapa?" Tanya Anisah Humaira. Hairan.

"Kamu benar-benar berjiwa kental. Sedang manusia lain lari dan takut untuk ke sana, kamu dengan semangat dan roh jihad yang kukuh. Semoga kamu beroleh kemenangan mahupun syahid." Jawab pemuda itu.

"Allahumma aamiin..."

Sebulan telah berlalu sejak kepergian Anisah Humaira. Dan hari ini, berita dari Syria diterima. Anisah Humaira syahid ditembak ketika sedang membantu menyediakan makanan dan minuman. Encik Papa dan Puan Mama tabah. Setitis air mata tidak jatuh langsung. Sedar anak mereka sedang berbahagia dengan nikmat. Menanti mereka di pintu syurga.

Sungguh. Mujahadah itu tak pernah dibilang mudah. Penuh onak. Adakala badai melanda. Namun, dengan keteguhan iman, ia dapat diatasi. Dengan bantuan Allah, ia berjaya ditempuhi. Walau hujan, ribut dan taufan melanda, tetap teguh di atas jalan mujahadah. Walau dilanda tsunami dugaan, tetap tak mengalah!


Image result for Mujahadah

WALLAHUALAM...

BELAJARLAH DARI SEMUT



Belajarlah Dari Semut
-----------------------------------


Image result for SEMUT KUAT

1) SEMUT TIDAK PERNAH PUTUS ASA
Walaupun jalannya disekat, 
dia tetap terus berjalan mencari laluan yang lain untuk sampai ke destinasinya



Image result for SEMUT KUAT

2) SEMUT RAJINNYA LUAR BIASA
Semut tak penah bosan dengan apa yang dikerjakan setiap hari 
sebab dia mempunyai tujuan dan arah hidup



Image result for SEMUT KUAT

3) SEMUT ITU KUAT
Semut angkat beban lebih besar dari tubuhnya, tak penah mengeluh dan menyerah




Image result for SEMUT KUAT

4) SEMUT BERJIWA SOSIAL
Semut tiada ego, saling tolong menolong sesama sendiri



Image result for SEMUT KUAT

5) SEMUT CEPAT MELIHAT PELUANG
Semut tahu peluang hanya datang sekali, pantas merebut peluang



Image result for SURAH ANNAML

Moga serangga kecil yang disebut dalam AlQuran, surah Al-Naml ini mengajar kita sesuatu yang positif dalam kehidupan kita sehari hari...Aameen

TERIMA KASIH (^_^) ANDA PELAWAT KE....

Labels

kulit cantik (16) baby balm (15) bisness forever (12) serum (11) avg (10) baby balm najlaa (10) Forever (9) forever living (9) forever living setia alam (9) madu (9) madu forever (9) organik (9) Artic sea (8) aloe vera gel (8) cuci usus (8) eczema (8) sakura soap (8) Daftar ahli forever (7) Madu asli (7) Selsema (7) batuk (7) business forever (7) forever living shah alam (7) income (7) krim eczema (7) Pomesteen (6) Serum najlaa (6) alahan kulit (6) aloe vera (6) detox (6) detox usus (6) ikhtiar selsema (6) kulit bermasalah (6) madu terbaik (6) motivasi (6) balm kunyit hitam (5) bisness (5) bonus besar (5) essential oil (5) masalah kulit (5) sabun organik (5) tambah pendapatan (5) 3 konsep forever (4) Forever nectar (4) Resdung (4) forever shah alam (4) ikhtiar batuk (4) ikhtiar resdung (4) jus sihat (4) kulit sihat (4) kurus sihat (4) lautan artic (4) madu tulen (4) makanan sihat (4) set cantik (4) set eczema (4) tazkirah (4) DEODORANT (3) Pelembab (3) SOLAT (3) agen (3) aloe peaches (3) asma (3) athma (3) badan sihat (3) bonus direct (3) daftar agen (3) demam (3) inch loose (3) jerawat (3) loose inch (3) loose weight (3) merawat selsema (3) minyak ikan forever (3) pelembap (3) pengenalan najlaa (3) rahsia balm (3) sabun mandi (3) side income (3) sihat (3) sinus (3) tumit merekah (3) ubat gout (3) usus bersih (3) Agen najlaa (2) Antioksidan tinggi (2) Cara jaga tali pusat bayi baru lahir (2) Daftar forever (2) Doa (2) Kurma (2) Luka bersalin pembedahan (2) Pomegranate (2) Ubat gigi forever (2) WHY NAJLAA (2) alergik (2) anak (2) angin (2) apa itu steroid (2) asal usul najlaa (2) bahaya steroid (2) balsem (2) delima (2) deodorant natural (2) gerd (2) herba (2) hernia (2) jaundis (2) jeragat (2) jus antioksidan (2) jus delima (2) jus terbaik (2) kahak (2) kulit kering (2) kunyit hitam (2) lebatkan rambut (2) lembutkan kulit (2) lenguh (2) lip balm (2) luka cepat sembuh (2) minyak zaitun forever (2) mlm terbaik (2) nectar (2) pesan ustaz (2) protein coklat (2) protein sihat (2) protein vanilla (2) rawatan selsema (2) sakit kulit (2) sawan tangis (2) say no to steroid (2) senggugut (2) sistem imun (2) stabilkan darah (2) strechmark (2) tali pusat (2) tenang (2) ubat darah tinggi (2) ubat gigi best (2) ubat gigi selamat (2) ubat kolestrol (2) ubat sakit lutut (2) ubat sakit sendi (2) wanita (2) Alfatihah (1) Allah (1) Allergic Rhinitis. (1) Apa itu champor (1) BASI (1) BAU NAJLAA (1) BTL (1) Berat kurang (1) CERPEN (1) CHROMIUM (1) Cengkih (1) Forever freedom (1) Forever lite (1) G6PD (1) KEBAIKAN KURMA (1) MINYAK MAHAL (1) Morning sickness (1) Premenstrual dysphoric disorder (1) Puree (1) Qurban (1) Road to success (1) SEMULAJADI (1) Set untuk ibu (1) Shea butter (1) Steroid (1) Ubat cacing (1) WARNA NAJLAA (1) XANTHONES (1) aamiin (1) agen dikehendaki (1) aidiladha (1) air kelapa (1) air ketuban (1) air nabeez (1) akikah (1) alami (1) aqiqah (1) arthritis (1) arutic sea (1) awet muda (1) bacalah (1) bahaya vicks (1) bee honey (1) bee pollen (1) belajar (1) bernama (1) berpantang (1) bersalin cara czer (1) bloated (1) bonglai (1) buah peach (1) buang angin (1) candida (1) cara cuci botol susu (1) cara simpan sabun (1) cegah resdung (1) chewing gum (1) daftar dropship (1) daftar mini agen (1) darah (1) dedorant semulajadi (1) depression (1) doa resdung (1) dysmenorhoea (1) elak nyamuk (1) fadhilat (1) first food baby (1) flu (1) forever bee honey (1) forever bright (1) fungsi champor (1) fungsi lada hitam (1) gee alma (1) gurun sonoran (1) hea to toe (1) herba antik (1) hidung (1) home made (1) ibu menyusu (1) ibu.giguh (1) ikhtiar senggugut (1) ikhtiarselsema (1) immune booster (1) insect repellant (1) jalan kejayaan (1) jaundice (1) kapur barus (1) kegunaan lada hitam (1) kementerian kesihatan (1) kencing lawas (1) kenyang lebih lama (1) keputihan (1) keradangan (1) kerak kepala (1) ketiak aloevera (1) ketiak berbau (1) ketiak hitam (1) ketuban (1) korban (1) kronologi (1) kulit berminyak (1) kulit normal (1) kunyah (1) kurap (1) kurus (1) lada hitam (1) lilin lebah (1) limited edition (1) luka (1) luka czer (1) mabuk (1) makanan pertama baby (1) mandian bayi (1) manfaat chewing gum (1) manggis (1) mata cerah (1) minyak ikan terbaik (1) minyak kelapa dara (1) minyak serbaguna (1) najis keras (1) newborn (1) orac (1) panau (1) pedih ulu hati (1) pengalaman ibu anak hernia (1) penjagaan keintiman (1) penjagaan tali pusat (1) perubatan tradisional (1) perut buncit (1) perut kempis (1) pesanan (1) pewangi ketiak (1) pilis (1) pollen (1) punca jeragat (1) puri epal (1) puri golden pear (1) puri lobak (1) radikal bebas (1) rambut bersinar (1) rawat keputihan (1) rawatan alternatif (1) ruam (1) rukyah (1) sabar (1) sabun (1) sabun selamat (1) sabun tiada bahan kimia bahaya (1) sakit gigi (1) selawat syifa' (1) seluruh malaysia (1) semangat (1) sembelit (1) semut (1) set tof (1) slip disc (1) stress (1) success (1) sunburn (1) susu kurma (1) syafrina (1) tahan lapar (1) tekanan darah tinggi (1) tembikai (1) tiada bv (1) tiada orang tengah (1) tiada pv (1) tiada sistem pairing (1) tiada sistem point (1) tiada uv (1) tonsil (1) touch of forever (1) tulang patah (1) tulang rapuh (1) tulang retak (1) tulang sihat (1) tumit pecah (1) turun berat badan (1) ubat gigi tanpa florida (1) ubat gigi terbaik (1) ubat jangkitan kuman pundi kencing (1) ubat kencing kotor (1) ubat ketiak (1) ubat resdung (1) ubat steroid (1) urat simpul (1) varicose vein (1)