Assalammualaikum...morning ! 😊
Pagi2 lagi dah dapat kata2 ilmiah & motivasi daripada group wassap Usahawan Najlaa Gee Alma.. Untung kan.. sentiasa ada orang bantu naikkan semangat..
Kita kan manusia biasa..
Tak lari daripada rasa down, kecewa, sedih, dan macam2 lagilah perasaan negetif..
Pada yg pandai kawal, mesti capai Al-Quran, capai tasbih, zikir.. mana yg tak berapa nak cerdik tu, mulahlah pergi ke arah yg bukan bukan..
Jadi, inilah pentingnya kumpulan sokongan...
Rezeki ni sebenarnya banyakkkk sangat yg Allah dah bagi.. dapat buka mata pagi2 pn rezeki..
Dapat mandi pagi pn, rezeki..
Dan sekarang, jom kita baca, 8 jenis rezeki, antara rezeki2 yg Allah bagi pada kita semua..
*LAPAN JENIS REZEKI DARI ALLAH*
👉*1.Rezeki Yang Telah Dijamin.*
وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ
"Tidak ada satu makhluk melata pun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin ALLAH rezekinya."
(Surah Hud : 6).
Ini termasuklah mereka yg bukan beragama Islam, bayi, kanak2, hatta cacing sekalipun. Semuanya sudah dijamin oleh Allah ada rezekinya..
In shaa Allah..
Untung kan kita.. buat jahat pun, Allah tetap bagi rezeki.. Subhanallah.. baiknya Allah..
😇😇😇
👉*2. Rezeki Kerana Usaha.*
وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَى
"Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya."
(Surah An-Najm : 39).
Inilah yg dikatakan, siapa buat, dialah yg dapat..
Siapa malas, dialah yg rugi..
Jadi, buat banyak, dapat banyak..
Yg penting, setelah berusaha jangan lupa tawakal kepada Allah.. serahkan segalanya pada Allah.. kerana, segalanya milik Dia.. kita tiada apa2.. kecuali amalan kebaikan yg kita lakukan..
In shaa Allah..
😎😎😎
👉*3. Rezeki Kerana Bersyukur.*
لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu."
(Surah Ibrahim : 7).
Dapat sikit syukur, dapat banyak apetah lagi..
Wajib lipatgandakan syukur... Syukur bukan sekadar ucapkan Alhamdulillah tetapi, tanda seseorang itu bersyukur ada solat 5 waktu sehari semalam..
Jadi, dah dapat, wajib berterima kasih..
Barulah Allah tambah lagi..
Jangan jadi hambaNya yg sombong ya...
Ingatakan utk diri sendiri juga...
😁😁😁
👉*4. Rezeki Tak Terduga.*
وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا( ) وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ
"Barangsiapa yang bertakwa kepada ALLAH nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya."
(Surah At-Thalaq : 2-3).
Pernah dengar ceramah, barangsiapa yg bertawakal kepada Allah, sebenar2nya, pasti Allah akan bantu..
Jadi, kalau tak der duit, minta dulu pada Allah..
Ada masalah, minta dulu pada Allah..
Itulah hikmahnya solat sunat Istikharah, solat sunat Dhuha...
Mari amalkan bersama!
😉😉😉
👉*5. Rezeki Kerana Istighfar.*
فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا ( ) يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا
"Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyak harta.”
(Surah Nuh : 10-11).
Amalkan 100× sekurang kurangnya
Istighfar setiap hari..
Siapa yg amalkan, pasti dapat merasai perbezaannya.. sebab, janji Allah itu pasti..
Tidak akan Dia mungkiri..
In shaa Allah..
😇😇😇
👉*6. Rezeki Kerana Menikah.*
وَأَنكِحُوا الْأَيَامَىٰ مِنكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ إِن يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِن فَضْلِهِ
"Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak dari hamba sahayamu baik laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, maka ALLAH akan memberikan kecukupan kepada mereka dengan kurnia-Nya."
(Surah An-Nur : 32).
Salah satu sunnah Rasulullah s.a.w juga ni..
Bernikahlah bagi yg mampu dengan
perbelanjaan yg berpada2..
Jangan sesekali berlebih lebihan dalam sesuatu perkara sehingga terpaksa berhutang..
Kelak, makan diri..
💑💑💑
👉*7. Rezeki Kerana Anak.*
وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلَاقٍ نَّحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُمْ
"Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu.”
(Surah Al-Israa' : 31).
Alhamdulillah syukur yg tidak terhingga,
memang benar, setiap anak ada rezekinya..
Janganlah takut nak beranak wahai sahabat2 semua..
Benar ikut kemampuan, tapi, kalau dah Allah beri, dah ada dalam rahim, jangan sesekali dibuang..
Daripada sulung sampai yg ke 6,
Daripada tiada apa2, kami ada kereta, rumah sendiri, motosikal sendiri, barang2 rumah sendiri..
Siapa sangka? Kita tak nampak..
Tapi, Allah sentiasa mencukupkan keperluan hambanya..
👪👪👪
👉*8. Rezeki Kerana Sedekah.*
مَّن ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافًا كَثِيرَةً
"Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada ALLAH, pinjaman yang baik (infak & sedekah), maka ALLAH akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak."
(Surah Al-Baqarah : 245).
Tangan yg memberi, lebih baik daripada tangan yg menerima.. sedekah setiap hari, dalam apa cara sekalipun.. bukan hanya dengan wang ringgit semata2.. Telah terbukti, ramai jutawan, menjadi jutawan senyap dengan cara ini..
💲💲💲
Semoga Allah sentiasa limpahkan kita dengan rezeki zahir dan batin yang dapat membantu perjalanan kita menuju Allah.
Aamiin.. Allahumma Aamiin...
💌💌💌💌💌💌💌💌💌💌💌💌💌
Maklumat lanjut tentang produk najlaa,
tentang bisness najlaa,
nak jana pendapatan dengan Najlaa,
sila hubungi Nur..
What'sApp 📲 0172720564
#najlaa
#stokisselangor
#staynatural
#stayorganik
#staywithnajlaa







0 comments:
Post a Comment