November 04, 2024

PROSES KEHAMILAN & KELAHIRAN

Ilmu kehamilan sangatlah penting untuk diketahui oleh setiap wanita. Terutamanya wanita yang telah pun mendirikan rumah tangga. Wanita mesti tahu segala-galanya tentang kehamilan agar dia mampu berhadapan dengan segala tekanan yang bakal datang.

Penulisan ini kebanyakannya adalah berdasarkan pengalaman Nur sendiri dan melalui pembacaan. Tetapi, fakta - fakta asas Nur dapat daripada Koleksi Pa&Ma bertajuk Sedia Melangkah Ke Alam Baru yang mengandungi maklumat lengkap mengenai kehamilan dan komplikasi.

Antara yang paling asas yang perlu diketahui ialah, tempoh kehamilan umum bagi manusia adalah selama 40 minggu atau secara puratanya 9 bulan 10 hari. Kehamilan juga di bahagikan kepada 3 tahap yang digelar TRIMESTER.

Jadi, 3 tahap tersebut ialah :-
♥ Trimester Pertama = 1 - 12 minggu (1 - 3 bulan)
♥ Trimester Kedua = 13 - 24 minggu (4 - 6 bulan)
♥ Trimester Ketiga = 24 - 36 minggu @ sehingga melahirkan (7 - 9 bulan)


PERINGATAN 1 - Trimester Pertama
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
  1. Jika anda menghidap diabetes, tekanan darah tinggi, epilepsi, sakit jantung, anemia atau penyakit keturunan lain, segeralah beritahu doktor agar kesihatan anda dapat dipantau terutamanya semasa hamil.
  2. Jangan merokok atau minum minuman keras
  3. Elakkan daripada mengambil ubat-ubatan tanpa mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu
  4. Jika anda ataupun pasangan menghidap penyakit kelamin, segeralah berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan.
  5. Perubahan hormon yang mendadak menyebabkan rasa mual kebanyakannya pada waktu pagi. Keadaan ini berlaku akibat tindak balas diri terhadap bau, makanan ataupun minuman tertentu. Pengambilan halia dapat mengurangkan masalah ini. Nur suka amalkan Peppermint Ginger kerana rasanya yg berangin sekaligus membuang angin dalam badan yang merupakan salah satu punca mual.
  6. Akibat badan yang kurang selesa, anda akan sentiasa rasa letih dan mengantuk. Hal ini akan menyebabkan anda banyak tidur.
  7. Perubahan bentuk badan akan membuatkan anda semakin risau kerana kelihatan kurang menarik. Payudara semakin membesar dan pada masa yang sama, warna pada aerola juga menjadi lebih gelap kerana hormon prolaktin mula wujud dalam badan.


PERINGATAN 2  - Trimester Kedua
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
  1. Untuk pengesahan kehamilan, segeralah berjumpa doktor. Waktu yang paling tepat untuk berbuat demikian ialah 2 minggu selepas tidak datang haid.
  2. Mengingat hari pertama tarikh haid terakhir penting bagi memudahkan doktor mengira tarikh anda dijangka bersalin.
  3. Setelah disahkan hamil, jangan mengambil sebarang ubat-ubatan tanpa mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
  4. Pada waktu ini, rasa mual dan kekerapan ke bilik air akan berkurangan. Dari masa ke semasa, selera makan akan semakin bertambah. Elakkan daripada makan snek yang tidak berkhasiat. Boleh gantikan dengan kurma atau kismis sebagai snek harian.
  5. Mulai bulan ini, kulit perut mula meregang menyebabkan anda rasa gatal. Pastikan perut di sapu pelembap atau minyak bayi bagi mengelakkan kulit perut daripada menjadi kering dan semakin gatal.
  6. Amalan pemakanan yang tinggi protein dan vitamin c juga dapat mengurangkan masalah ini. Dan, yang Nur suka amalkan adalah ESP dan Vitamin C Shaklee.. Krim Herbal Blend pula untuk di sapu di bahagian perut setiap kali selepas mandi.
  7. Pada waktu ini, denyutan jantung semakin meningkat. Kaki dan tumit juga mula membengkak. Urutan ringan daripada suami setiap malam mampu memberikan keselesaan pada ibu sekaligus mewujudkan hormon ketenangan di samping mengeratkan kasih sayang antara ibu, ayah dan bayi di dalam kandungan.
  8. Mula merasakan kehadiran bayi dalam kandungan kerana bayi semakin banyak bergerak. Ketika ini, fikiran hanya tertumpu pada bayi yang dikandung dan rasa cemas semakin menguasai.


PERINGATAN 3  - Trimester Ketiga
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
  1. Bayi mula menendang dengan kuat dan pergerakannya boleh dilihat dengan mata kasar. Perasaan gembira bercampur takut mula menguasai diri.
  2. Suhu tubuh semakin meningkat. Bengkak kaki juga semakin bertambah. Keadaan ini menyebabkan anda mula sukar untuk tidur lena.
  3. Pada bulan kelapan, payudara sudah berhenti membesar. Kolostrom mulai keluar. Kolostrom merupakan susu pertama ibu yang terbaik untuk bayi baru lahir. Warnanya yang kekuningan mempunyai 1001 khasiat yang bukan sahaja bagus untuk tumbesaran bayi tetapi penting untuk sistem perkumuhan bayi yang terdiri daripada organ dalaman seperti buah pinggang, hati dan usus.
  4. Pada bulan-bulan terakhir, cairan vagina semakin banyak dan lebih kental. Rasa bimbang dan tertanya-tanya tentang apakah yang akan terjadi semasa proses kelahiran akan semakin kerap datang. Pada waktu ini, sokongan emosi daripada suami dan keluarga terdekat amat penting.


PROSES KELAHIRAN
~~~~~~~~~~~~~~~~

Ketahuilah bahawa proses kelahiran terbahagi kepada 3 tahap :

Proses Kelahiran Normal


[Tahap pertama]

★ Rasa sakit ketika saat kelahiran  hampir tiba akan berlarutan di antara 10 hingga 14 jam.

★ Serviks akan terbuka selebar 10cm. Ketika serviks meregang, vagina akan melengkung bagi memudahkan bayi keluar.

★ Setelah serviks terbuka sepenuhnya, air ketuban akan pecah. Tetapi, kebanyakan situasi pada masa kini, apabila bukaan sedah mencecah 4cm, doktor akan pecahkan air ketuban (jika belum pecah) bagi mempercepatkan proses pembukaan serviks.

★ Ibu-ibu dinasihatkan jangan sesekali meneran selagi bukaan belum mencecah 10cm bagi mengelakkan otot di bahagian serviks menjadi stress dan menyebabkan bengkak.

★ Atasi rasa kesakitan dengan teknik pernafasan yang betul iaitu tarik nafas melalui hidung dan lepaskan melalui mulut dengan panjang. Posisi ibu juga mestilah selesa supaya ibu tidak keletihan apabila tiba waktu kelahiran yang sebenar. Ini penting bagi mewujudkan suasana kelahiran yang alami atau semulajadi.

★ Ibu digalakkan membuang air besar pada waktu ini untuk mengelakkan najis keluar terlalu banyak ketika proses kelahiran.



[Tahap kedua]

★ Bayi akan mula keluar.

★ Kontraksi akan mula dirasai setiap 2 hingga 2 setengah minit.

★ Setiap kali berlakunya kontraksi, bekalan oksigen kepada bayi akan berkurangan. Jika kontraksi berlaku terlalu lama, bayi akan berada dalam keadaan yang bahaya. Teknik pernafasan yang betul sangat penting dipraktikkan oleh ibu pada waktu ini.

★ Jika bayi masih belum keluar dalm tempoh yang telah ditetapkan oleh doktor, pembedahan terpaksa dilakukan.

[Tahap ketiga]


★ Ketika bayi dilahirkan, plasenta (uri) akan terpisah dari dinding rahim akibat kontraksi uterus (rahim). Plasenta akan keluar melalui serviks dengan sendirinya jika melalui kelahiran normal.

★ Suntikan mungkin akan diberikan pada saat terakhir kelahiran untuk membantu kontraksi uterus dan proses mengeluarkan plasenta. Selain itu, suntikan tersebut mampu mengurangkan kadar kehilangan darah ibu.

★ Selepas proses kelahiran yang sempurna berlaku, ibu perlu minum dan makan sedikit supaya masalah kelesuan ibu dapat diatasi. Kerana, ibu perlu menyusukan bayi pula dalam tempoh sejam selepas kelahiran..

Jadi, kepada bakal-bakal ibu, semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat dan panduan buat anda semua.. Dan, jangan lupa share artikel ini supaya dapat menjadi panduan kepada ibu-ibu diluar sana.. 



Nak order Najlaa?? boleh klik link di bawah untuk respon pantas 

www.wasap.my/+601111427469

 

💗💗💗💗💗💗💗

 

baca lagiiii... 

https://ibunurmomsof10.blogspot.com/2016/09/morning-sickness-petanda-baik.html

 

TERIMA KASIH SUDI SINGGAH BLOG NUR.. FREE2 SINGGAH LAGI YA!
😉

🌻🌻🌻


REZEKI

 Jom sama2 kita beramal... (^_^)


Dapat tgk view cantik2 pun rezeki..


Nur dapat kiriman whatsapp yang panjang pagi tadi... Jadi, Nur nak berkongsi tips-tips yang ada.... moga dapat dikongsi bersama...

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Perkongsian Ikhlas - MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Saya pergi semalam ke SEMINAR MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI di Melaka anjuran SEK REN i-MUSLEH bagi mengutip dana pembinaan sekolah.

Penceramah seminar ini adalah Pn. Areena Ahmad Jurulatih Seminar Mudahnya Menjemput Rezeki yang dilatih oleh USTAZ FATHURI SALEHUDDIN.

Apa yang diceritakan semuanya berbalik semula pada AL-QURAN & AS-SUNNAH.. Networking kita dengan ALLAH mesti luar biasa. Barulah rezeki kita luar biasa. Ini kerana beliau kata di luar sana kebanyakan biasa berbanding luar biasa.

Dia menceritakan kita penat untuk mencari rezeki, tapi kita tak penat untuk menjemput rezeki.

Formula yang saya dapat :

1) Networking pertama adalah DHUHA. Jika kita selalu buat 2 Rakaat..sekarang ubah lebih rakaat..makin lama makin meningkat.

Selepas Solat Dhuha kita perlu baca surah Al-Waqiah. Surah ini tidak akan membuat kita miskin untuk selamanya. Waktu DHUHA rasa getaran kita untuk menjadi apa. Jika ingin jadi JUTAWAN. Doalah jadi JUTAWAN BERKAT.

2) Tahajjud. Bangunlah menunaikan solat ini setiap malam. Tambahkan juga bilangan rakaat tahajjud ni. Muhasabah diri dan mintalah pertolongan Allah sebulat-bulatnya.

Nur pernah dengar di radio ikim.fm juga, Tahajjud juga mampu mengubati segala jenis penyakit zahir dan batin. Penyakit-penyakit akibat sihir juga dapat diubati dengan Tahajjud yang istiqamah.

3) Membaca Al-Quran setiap hari.

Apa yang di cerita, bangun pagi kita jangan buka hp atau rancang nak buat apa dulu.. mandi dan ambil wudhuk terus baca Al-Quran & terjemahan walaupun 1 ayat. Ini kerana apabila kita melakukan ini..Allah akan bagi kecukupan masa yang melampau pada kita untuk 1 hari. Jadi tiada istilah "TIADA MASA".

4) Berzikir.. Beliau meminta semua berzikir Ya Wahhab 40,000 kali setiap hari selama 7 hari. Ini adalah latihan kita bersama dengan Allah. Jika tiada perubahan buatlah sehingga 40 hari.

5) Solat Berjemaah. Terutama lelaki.. solat berjemaah di surau atau masjid. Pergi awal 10 minit awal sebelum azan. Orang lelaki diminta telefonlah ibu 1 hari 5 kali atau lebih. Atau, sekurang kurangnya 1 kali sehari.

6) Bersilaturrahim.. Janganlah kita memecahkan silaturrahim. Maafkan mereka yang pernah sakiti anda dengan hati yang yang lapang dan tenang.

Semasa Nur menyertai seminar LUA bersama Ateh Zuhairi, beliau selalu berpesan, kita memaafkan bukan kerana mereka layak untuk dimaafkan tetapi kerana, kita berhak bahagia. Belajarlah melepaskan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik di masa akan datang.

7) Bersedekah. Ini amalan yang sangat dititikberatkan oleh Pn.Areena kerana sedekah satu power yang luar biasa. Nak sakit sembuh, nak anak dengar cakap kita, nak kaya perlu kita sedekah. 1 kali memberi.. Allah gandakan 10 & boleh digandakan lagi 700 kali.

Contoh yang dia beri semalam.. Jika inginkan pendapatan bulan ini RM5000..10% daripada RM5000 yang kita inginkan..RM500 perlu kita sedekahkan pada bulan ini.

Bila bersedekah terang-terang kita minta dengan Allah.

- Testimoni beliau tentang sedekah..seorang peniaga online setiap bulan sedekah RM120,000. Pendapatan setiap bulan RM600,000.

- Testimoni beliau lagi..seorang kawan pergi outstation 7 hari. Sebelum outstation, kawan dia pergi bayar 'INSURANS'..bukan insurans prudential atau takaful tapi insurans SEDEKAH. Dia sedekah 3 tempat anak yatim. Dijadikan cerita..iron rumah dia tak tutup. Selama 7 hari tiada apa yang berlaku pada rumah dia..iron tu hanya panas sahaja. SUBHANALLAH

8) Solatlah di awal waktu. Panggilan ALLAH lagi penting dari segala-segalanya.

Contoh : Jika anda hendak susun 40 batu..batu yang ke 39 azan berkemandang,agaknya kita sambung batu terakhir atau tidak??

Pesan beliau sambunglah batu terakhir selepas solat..

9) Serahkan sepenuh pergantungan kita kepada ALLAH. Jangan mengharapkan manusia di luar sana.

10) Tawakal dan Usaha. Selalu kita dengar, usaha dulu baru tawakal. Betul tak ?? Tapi Pn.Rina kata ..tawakal dulu baru usaha..minta bulat-bulat pada Allah..baru kita usaha.

4 amalan surah setiap hari.
● Surah Yaasin- Setiap solat fardhu
● Surah Al-Waqiah-Waktu Dhuha
● Surah Ar-Rahman- Waktu Asar
● Surah Al-Mulk - Sebelum tidur

Pesan beliau juga minumlah air masak 3 liter sehari.
Jika yang perempuan mulalah pakai stokin. Sebab penyakit bermula dari kaki. Ini kerana mak dia adalah pesakit KANSER.. Tapi dia tak. Sebab dia tidak beremosi seperti mak,selalu minum air. Mak dia jarang minum air.

Yang ikut adalah adik dia pesakit KANSER. Ini kerana adik dia seperti mak yang selalu beremosi dan kurang minum air.

BILA ANDA CUKUP AMALAN...BARULAH SEMUA AKAN BERUBAH. SEKARANG SEMUA TERLETAK PADA DIRI KITA SAMA ADA INGIN BERUBAH ATAU TIDAK.

BERPEGANG KEPADA AL-QURAN

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Semoga bermanfaat untuk semua..


Nak order Najlaa?? boleh klik link di bawah untuk respon pantas 

www.wasap.my/+601111427469

 

💗💗💗💗💗💗💗

 

baca lagiiii... 

https://ibunurmomsof10.blogspot.com/2020/08/how-face-any-difficult-situation.htmlnull

 

TERIMA KASIH SUDI SINGGAH BLOG NUR.. FREE2 SINGGAH LAGI YA!
😉

🌻🌻🌻


November 03, 2024

CARA HANDLE SUSU IBU YANG DIPERAH

PENGENDALIAN SUSU IBU PERAHAN (EBM)

 

  •  Pastikan susu ibu yang diperah sentiasa dalam keadaan sejuk. Pilih beg atau bekas penyejuk yang mampu bertahan 8-12 jam setiap hari.
  • Beg penyejuk yang bagus mempunyai penebat haba yang baik.
  • Pastikan bongkah ais sentiasa dibekukan pada malam hari.
  • Anda boleh campurkan hasil perahan beberapa sesi dengan syarat suhunya sama dan ia mestilah dalam tepoh 24 jam.
  • Lebih kerap breast dikosongkan, lebih banyak susu baru akan dihasilkan.
  • Amalkan tendem pumping untuk menjimatkan masa mengepam sekaligus mampu meningkatkan penghasilan susu.
  • Minum air secukupnya. Sekurang-kurangnya 3 liter sehari.
  • Stress adalah penyebab utama susu merosot.
  • Bekalkan susu perahan (EBM) yang telah dicairkan kepada pengasuh untuk memudahkan dan menjimatkan masa proses pemanasan.
  • Kerapkan penyusuan kerana kebiasaannya bayi yang mudah kembung adalah kerana kurang menyusu.
  • Pastikan bayi menyusu disebelah payudara sahaja sehingga kenyang supaya bayi dapat khasiat susu ibu sepenuhnya iaitu 'HIND MILK' dan 'FOREMILK' secukupnya.
  • berat bayi yang sihat adalah bergantung kepada banyaknya susu akhir atau hind milk yang diambil oleh bayi.
  • supplemen bukan penentu banyaknya susu anda tetapi supplemen membantu menghasilkan susu yang lebih berkhasiat dan memberikan kesihatan sempurna kepada ibu bagi menghasilkan susu yang banyak dan secukupnya untuk bayi.
  • Jangan MALAS mengepam. Makin MALAS anda mengepam, makin kuranglah payudara anda diransang untuk menghasilkan susu.
  • Senyum selalu.. 


Di sini Nur share antara doa yg Nur amalkan semasa dalam tempoh menyusukan anak2 sebelum ini..




Nak order Najlaa?? boleh klik link di bawah untuk respon pantas 

www.wasap.my/+601111427469

 

💗💗💗💗💗💗💗

 

baca lagiiii... 

https://ibunurmomsof10.blogspot.com/2024/09/produk-bayi.html

 

🌻🌻🌻

TERIMA KASIH SUDI SINGGAH BLOG NUR.. FREE2 SINGGAH LAGI YA!
😉

WITH LOVE, NUR.. 

FAKTA TENTANG BAYI

  FAKTA TENTANG BAYI


Anak adalah anugerah Allah yg tidak ternilai.. yang perlu kita pelihara, didik & jaga sebaiknya.. Tetapi, tidak semua tahu fakta-fakta menarik berkenaan bayi. Siapa tak suka bayi mmg rugi..    

  • Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan 
Sebab itu tidak digalakkan menggunakan ‘walker’ seawal usianya kerana risiko kaki bengkok amatlah tingi 
  • Bayi tiada air mata. 
Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tida wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu
  • Mereka mempunyai lebih tulang
Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.
Pengambilan Kalsium oleh ibu yg menyusukan bayi mereka dengan susu ibu dapat membantu membentuk tulang bayi supaya bercantum dengan sempurna
  • Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir
  • Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan. 
Kerana itu bayi lebih suka didakap & mudah lena sewaktu dalam dakapan ibu ataupun sewaktu menyusu. Ketenangannya apabila didakap oleh ibu sama seperti ketenangannya ketika di dalam rahim ibu
  • Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan 
 Pengambilan Omega oleh ibu yg menyusukan bayi mereka dengan susu ibu dapat membantu retina mata terbentuk dengan sempurna & membentuk penglihatan yg sihat sejak dari kecil
  • Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur-ansur dan akan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan 
 Ia meliputi rambut di bahagian kepala & rambut di bahagian seluruh badannya
  • Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat.  
Boleh membezakan bunyi-bunyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan.Oleh sebab itu, ramai pakar pediatrik menggalakkan ibu supaya sering bercakap dengan bayi untuk meransang otaknya terutamanya jika bayi pramatang
  • Deria rasa bayi masih tidak terbentuk sepenuhnya semasa lahir. 
Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik. Tetapi boleh mengingati setiap rasa makanan atau minuman yg masuk ke dalam mulutnya. Kerana itu, digalakkan supaya ibu menyusukan bayi secara ekslusif “tanpa makanan tambahan, tanpa air kosong & tanpa puting kosong” untuk mengelakkan bayi keliru
  • Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit 
Degupan jantung yg semakin lemah menandakan pelbagai penyakit bakal dating & senaman yg kerap harus dilakukan supaya jantung berdenyut dengan aktif
  • Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit..
Kerana itu harus dipastikan bahawa, jika bayi bernafas lebih laju, itu adalah tanda bahawa bayi tersebut akan diserang penyakit asma. Pengambilan Omega yg mencukupi bagi ibu yg menyusukan adalah penting untuk mengelakkan daripada serangan asma berlaku
  • Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan
  • Mendengarkan musik klasikal & bacaan Al Quran akan menambah kepintaran bayi
  • Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari..
Tetapi adalah penting untuk ibu mengejutkan bayi untuk menyusu setiap 1-2 jam untuk mengelakkan bayi daripada terkena jaundis
  • Bayi Cuma mempunyai satu lapisan kulit 
sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga & sebagainya. 
Penting untuk ibu supaya tidak menggunakan losyen kepada bayi kerana ia akan lebih mengeringkan kulit bayi akibat daripada bahan kimia yg terdapat di dalamnya. Pakar pediatrik lebih menggalakkan ibu supaya menggunakan minyak bayi untuk mengurut bayi. Urutan bayi juga boleh meninggalkan rasa tenang & selesa kepada bayi
  • Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik sahaja dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya 




MY LITTLE SYAFIQ KETIKA UMURNYA 6 BULAN..
Sekarang Syafiq dah 13 tahun.. kejap jer masa berlalu...
WITH LOVE & CARE, NUR.. 

ASMA - PENCEGAHAN & RAWATAN

 

APA ITU PENYAKIT ASMA?

Asma adalah penyakit kronik berpunca daripada kekejangan otot di cabang tenggorok yang menyebabkan saluran pernafasan bengkak dan sempit.
Meskipun ia tidak boleh diubati, asma boleh dikawal dengan cara mengurangkan serangan melalui penjagaan rapi.




Malah, pakar-pakar turut menganggarkan 80 peratus daripada kematian di kalangan penghidap asma boleh dicegah jika mereka diberi pendidikan yang sempurna bagi menangani penyakit berkenaan.

Walaupun ia tidak berjangkit, asma boleh diwarisi, di mana anak-anak kepada penghidap penyakit ini mempunyai risiko yang lebih tinggi.


Pada hari ini dianggarkan 200 juta orang di seluruh dunia menghidap asma. Jumlah ini jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan penyakit diabetes iaitu sebanyak 145 juta orang. Di kebanyakan negara, asma adalah penyakit kronik yang paling kerap berlaku di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa. Menurut Dr. Jeyaindran, dianggarkan 40 hingga 50 kes serangan asma akut dirawat di Jabatan Kecemasan HKL setiap hari. Berbanding dengan serangan jantung, hanya satu atau dua kes sahaja penghidap penyakit itu dirawat di jabatan berkenaan setiap hari.``Oleh kerana jumlah pesakit asma yang terlalu banyak dan risiko kematian rendah, serangan asma akut kurang mendapat perhatian jika dibandingkan dengan penyakit jantung. "Memandangkan serangan jantung boleh meningkatkan risiko kematian sebanyak 80 peratus, maka ia dianggap lebih serius dan mendapat perhatian lebih rapi berbanding asma,'' katanya. Mengikut kajian, seperti juga serangan penyakit jantung, serangan asma akut merupakan masalah perubatan yang perlu diberi keutamaan. Dr. Jeyaindran memberitahu, berdasarkan kepada garis panduan yang ditetapkan oleh Global Initiave For Asthma (GINA) rawatan asma bergantung pada tahap keseriusannya.

Daripada jumlah tersebut, kira-kira satu juta adalah penduduk Malaysia dan 340,000 merupakan kanak-kanak di bawah 15 tahun.

Pengurus Besar Total Health Concept, Jagdev Singh berkata, kajian Institut Strategik dan Pengajian Antarabangsa (ISIS) dan Persatuan Thorasik Malaysia mendapati asma adalah penyebab utama kanak-kanak tidak hadir ke sekolah kerana sakit.

Statistik menunjukkan lebih dari 53 peratus kanak-kanak tidak hadir ke sekolah kerana masalah paru-paru dari September hingga November 2001.

Malah, ibu bapa juga terpaksa menanggung perbelanjaan yang tinggi untuk kos perubatan seperti ubat, lawatan ke doktor dan penginapan di hospital.

GEJALA 

Selama ini gejala asma hanya dikaitkan dengan nafas berbunyi atau jika seseorang mengalami sesak nafas ketika melakukan aktiviti-aktiviti seperti menaiki tangga, bersenam atau berlari. Sebaliknya, jika pesakit asma kerap batuk sama ada ketika bercakap atau ketawa itu adalah gejala pertama keadaan asma mereka sudah tidak terkawal. Biasanya, batuk itu adalah jenis tanpa kahak.

PUNCA ASMA

Faktor keturunan. Ia merupakan sejenis penyakit genetik di mana saluran pernafasan penghidap menjadi begitu sensitif dengan alahan-alahan tertentu. Ini termasuklah habuk, debu bunga, bulu haiwan peliharaan, asap rokok, bahan-bahan kimia seperti cat, gam dan sebagainya. Dianggarkan 80 peratus penghidap asma mengalami masalah sinusitis (resdung) dan alahan pada makanan. Mereka juga mudah terkena penyakit kulit.

KOMPLIKASI

Asma yang tidak dirawat boleh mengakibatkan paru-paru menjadi keras dan tidak dapat berkembang dengan baik. Jika dibiarkan, keadaan ini boleh menyebabkan paru-paru kehilangan fungsinya.

SALAH FAHAM MENGENAI ASMA

Penggunaan istilah semput yang dikonotasikan dengan asma adalah tidak tepat. Semput tidak semestinya bermakna penghidapnya mengalami asma. Semput boleh berpunca daripada penyakit paru-paru seperti pneumonia, kronik bronkitis, fibrosis atau penyakit jantung seperti lemah jantung dan kekurangan darah (anemia)

- Asma bukan penyakit berjangkit
- Asma sukar dirawat
- Penyakit ini boleh dirawat dengan rawatan tradisional
- Gejala asma hanya boleh ditangani dengan alat semburan bronchodilator.

Menguji tahap asma Anda boleh mengesan sama ada asma anda terkawal atau sebaliknya dalam tempoh 30 saat dengan menjawab soalan-soalan berikut:
  • Adakah anda batuk, nafas berbunyi atau sakit dada kerana asma selama empat hari atau lebih dalam seminggu?
  • Adakah anda batuk, nafas berbunyi atau sakit dada ketika anda terjaga  pada waktu malam?
  • Adakah anda berhenti melakukan senaman kerana asma dalam tempoh tiga bulan lalu?
  • Adakah anda menggunakan ubat sedutan empat kali atau lebih dalam masa seminggu?
Jika jawapan anda `Ya' pada salah satu soalan atau lebih yang dinyatakan, penyakit asma anda adalah tidak terkawal. Berbincanglah dengan doktor anda secepat mungkin untuk memastikan asma anda tidak merebak.






"MENCEGAH ADALAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATINYA"






BAGAIMANA OMEGA 3 MEMBANTU MENCEGAH & MENGURANGKAN SERANGAN ASMA BAGI YG MENGHIDAPNYA?

“Meskipun kanak-kanak lebih terdedah kepada asma, ia boleh dikurangkan dengan memastikan mereka mendapat pemakanan yang dapat mencegah penyakit tersebut.

“Satu kajian di Hospital Diraja Prince Alfred, Australia menunjukkan mereka yang makan ikan lebih dari sekali seminggu dapat mengurangkan risiko yang berkaitan dengan masalah pernafasan,” katanya.

Menurut beliau, hasil kajian itu mendapati tidak wujud kumpulan makanan atau khasiat lain yang mempunyai kaitan dalam meningkat atau mengurangkan risiko asma kecuali ikan.

Ini memberi gambaran bahawa bahawa pengambilan minyak ikan dapat mencegah penyakit asma terutama semasa kecil.

Bagi mereka yang menghidap asma kronik pula, pengambilan dos tinggi minyak ikan dapat mengurangkan serangannya.

“Ikan atau minyak ikan mengandungi Omega 3 yang kaya dengan Asid Lemak Essential (EFA) dan Asid Docosahexanoic (DHA).


“Omega 3 inilah yang bertindak mencegah penyakit asma ketika kanak-kanak, serta dapat mengurangkan serangan bagi mereka yang menghidapinya,” jelasnya.

Tambah Jagdev, antara sumber Omega 3 terbaik ialah ikan laut sejuk seperti tuna, kod, halibut, salmon, sardin dan mackerel.

Antara ubatan yang biasa dicadangkan oleh doc utk merawat asma/ asthma adalah steroid. Tapi kita tahu steroid memberi kesan sampingan dalam jangka masa panjang. Untuk makluman, kandungan omega 3 mampu bertindak seperti steroid tapi ianya tidak akan memberikan kesan sampingan seperti mana steroid. Bonus kepada ibu menyusu kerana kandungan DHA dlm Omega Guard akan disalurkan kepada anak (DHA baik untuk otak anak).

Kajian juga menunjukkan mereka yang menghidap penyakit berkaitan inflamasi seperti asma/ asthma mempunyai kandungan Omega-3 yang rendah.

Pengambilan Omega-3 dari minyak ikan juga membantu meredakan inflamasi.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Selain daripada pemakanan, rawatan daripada luaran juga dapat membantu meredakan serangan asma bagi kanak2.. Seperti sapuan balm atau minyak angin di bahagian dada dan belakang badan anak2..


Kaedah sapuan luaran ini juga banyak membantu meredakan masalah kahak yang berpanjangan di kalangan kanak2. 

Walau apapun ikhtiar kita, semoga ianya memberi kesan yg baik buat semua. 😊


Nak order Najlaa?? boleh klik link di bawah untuk respon pantas 

💗💗💗💗💗💗💗

baca lagiiii... 

🌻🌻🌻

November 02, 2024

KRONOLOGI KELAHIRAN NUR SYAFRINA ~ ANAK KE 6

 Sekadar perkongsian pengalaman 

hidup... sekaligus sebagai kenangan untuk masa akan datang.. 
post ni pun dah ada dalam draf sejak tahun 2015 lagi.. tak tahu juga kenapa tak dipost.. kelupaan sudah.. jadi, hari ni alang2 dah jumpa kita kasi uplah post ni.. hehehee...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Walau berapa banyak pengalaman melahirkan pun, setiap anak yang dilahirkan pasti ada perbezaannya.. Sama juga macam Nur.. Kelahiran ke 6 yang penuh dengan keajaiban & keistimewaannya.. Sama seperti maksud nama puteri yg dilahirkan.. 
Cahaya yang Teristimewa... NUR SYAFRINA..

Mula dari 10 Mei 2015, ketidakselesaan mula dirasai. 
Setiap pergerakan terasa bisa & pinggang pun semakin terasa lenguhnya. Walau apapun, semua pekerjaan di rumah tetap dibuat seperti biasa seolah2 tiada apa yang berlaku.. Ini dinamakan kontraksi palsu @ false contraction.

14 Mei 2015.. petang..
Checkup 36 minggu di Klinik Kesihatan Seksyen 7, Shah Alam. Nurse mula kira jarak kontraksi.. katanya, dh mula kuat. Doktor check pula bukaan rahim. Dah 4 cm rupanya. Patutlah lebih seminggu terasa lenguh pinggang.. Doktor buat surat refer ke hospital serta merta.. tapi, tak pergi serta merta pun. Sempat lagi ambil ank balik sekolah, kemas apa yang patut, hantar ank gi rmh mak, minum milo panas.. Dah pukul 1 pagi, masuk 15 Mei 2015, barulah pergi hospital..

15 Mei 2015..
>>> 1.30 am
Sampai di Dewan Bersalin, Hospital Putrajaya. Soalan pertama ditanya, ada doktor perempuan tak? Alhamdulillah, ada.. Disebabkn sejarah kelahiran dah mmg ada, doktor pn x byk tanya.. Masa ni bukaan servicks 5 cm.. Masa ni juga discuss dgn cara kelahiran yg diingini.. Nur memang minta nak NATURAL BIRTH.. Nur minta tidak dipecahkn air ketuban, tidak diseluk kecuali sakit, tidak mahu baring sepanjang masa & mesin CTG tidak dipasang masa.. Alhamdulillah semua permintaan dipenuhi doktor walaupn tiada 'hitam putih'..

>>> 3.30 am
Masa ni dah tak boleh duduk, tak boleh baring & semua serba tak kene. Apa yg di baca & apa yg belajar selama 9 bulan masa pregnant mula dipraktikkan.. Salah satunya, tarik nafas panjang sambil sedikit tunduk ke hadapan semasa menahan sakit contraction.. Masa ni, sakit contraction 20 minit sekali.. Time tak sakit, memang berjalan tanpa henti dalam labour room.. letih, just duduk kejap & minum air suam.. sambil2 bersandar kat dinding..

Antara cara lain menahan sakit contraction, suami boleh urut belakang isteri bahagian pinggang, betul betul di atas punggung secara membulat menggunakan tapak tangan.. 
Jika duduk, suami boleh urut bahagian bahu untuk memberi kelegaan kepada isteri. 
Urutan mampu memberi ketenangan dan isteri akan rasa lebih relax untuk semasa menahan sakit. Jadi, bila relax, isteri tak kan jadi stress.. 
Bila emosi lebih stabil, kelahiran juga akan menjadi semakin lancar, In shaa Allah..

>>> 4.30 am
Contraction dah mula turun 10 minit sekali.. Kali ni, cara menahan sakit sedikit berubah. Sampai berada pada kedudukan rukuk setiap kali contraction datang.. Lendir bercampur darah pun dah mula keluar time ni. Waktu2 mustajab doa, Sentiasa doa Allah permudahkan segalanya.. Anakku selamat, sihat & sempurna.. Zikir tiada henti.. Kerana, di saat2 nyawa seolah oleh seperti berada di hujung tanduk, hanya doa yg menjadi sumber kekuatan diri. 

>>> 5.30 am
Nurse dah makin kerap kali masuk bilik yg Nur duduk sementara menunggu nak bersalin tu... Masa ni mesin CTG di pasang selama 20 minit untuk pantau jantung baby, pantau pergerakan baby. Alhamdulillah, baby semua ok.. Berada dalam keadaan 'JAGA2'.. Jantung pun normal.. Dia benar benar izinkan ibu untuk merasai nikmat sakit bersalin yg sebenar benarnya. Syukur yg teramat sangat sampai buat sujud syukur atas katil labour room.

>>> 6.30 am
Masuk waktu subuh.. Masa ni doktor tgh bizi dengan bilik sebelah. Ada wanita warga asing sedang berperang untuk melahirkan juga.. Gementar, berdebar, dengar orang mengerang kesakitan. Air mata menitik. Teringat kat mak.. Dan masa ni juga contraction dah mula turun ke tahap 3 minit sekali.. Tapi tetap masih bertahan. Sebab tunggu husband tak masuk lagi.. hihihihi..

>>> 6.45 am
Husband dah masuk.. Dia mula urutkan pinggang yg semakin tidak tertahan sakitnya.. Dipimpin hingga ke katil. Masa ni, panggil doktor kat bilik sebelah & cakap.. Doktor, saya dah ready nak melahirkan.. Naik baring atas katil, doktor check bukaan pintu rahim pukul 6.55 am, dah fully open.. Masa ni contraction setiap 1 minit sekali.. Air ketuban pun belum ada tanda nak keluar.. 

>>> 7.12 am
Doktor ckp, puan boleh teran kalau nk teran, sebab kepala baby dah nampak.. Dengan lafaz Bismillah, dengan hanya sedikit teran (tak teran sampai habis nafas macam anak2 sebelum ni pun), air ketuban meletup keluar.. Sekaligus keluar dengan kepala baby... Dan doktor just pusingkan sikit, baby pun fully keluar seluruh badan.. Selang 5 minit, dengan sedikit urutan di bahagian rahim uri pulak keluar dengan selengkapnya.. Husband kata, uri anak yg kali ni yang paling cantik & nampak yg paling bersih.. Yang paling kecik juga antara anak - anak yg lain..



Selepas perbincangan sesama keluarga, anak ke 6 yg bertuah ini di beri nama Nur Syafrina binti Junaidi.. yang memberi maksud, Cahaya Yang Teristimewa.. Alhamdulillah..

Tak sempat naik wad pun, hari yg sama sebelah petang, kami dah balik rumah... Syukur...

Apa yang wajib diketahui, kejadian Allah itu memang cantik.. Dia berikan rasa sakit itu secara berperingkat. Bukan sekaligus. Kalau sekaligus, rasanya mesti tak mampu nak hidup dah kan.. Selain tu, tuntutlah ilmu.. Bacalah... carilah.. pergilah kelas2 untuk belajar tentang melahirkan anak ini.. Jangan harapkan pihak hospital 100%.. Sebab, kadang tu, diorg tak sempat nak makan pun sebab melayan pesakit. Jadi, kita sendiri perlu ikhtiar... 

Dan, sabarlah... Sakit itu penghapus dosa kan.. Syukur Alhamdulillah Allah Maha Baik..

Semoga Syafrina terus membesar dengan baik, sihat & cergas..

~ibugigih

September 12, 2024

PRODUK BAYI

Whether you're a new mom seeking a vitamin rich skincare products for your baby, or an experienced mom looking to relieve symptoms of dry itchy skin, diaper rash or eczema, the Najlaa' Baby Skincare Products are specially formulated with green and natural products to help nourish, soothe and protect baby's sensitive skin.




PRODUK PENJAGAAN BAYI NAJLAA: 

Di design khas untuk semua jenis kulit bayi, normal ataupun sensitif. Menggunakan Minyak Kelapa Dara, Herba asli, Extrak Gamat dan sebagainya. Pendekatan yang " Green and Natural from the Very Start and Baby Friendly". Produk Muslim dan Halal.


SERUM COLLAGEN

=========

*FUNGSI*

=========

💖 Penjagaan rapi kulit allergy dan eczema

💖 Mengecutkan jerawat

💖 Memudarkan jeragat

💖 Melembapkan kulit kering

💖 Merawat psoriasis

💖 Menghaluskan & melembapkan kulit

💖 Menghilangkan kedutan, anti penuaan

💖 Memulihkan & melembutkan kulit yang kering & kasar

=============

*CARA GUNA*

=============

Sapu pada kulit dan muka 2x sehari. Tak perlu guna banyak, dap dap dap sahaja dan sapu keseluruhan kulit dan muka


HERBAL OIL
==============
*KANDUNGAN* :
==============
Diperbuat dari herba asli seperti :
✅ Halia 
✅ Buah pala
✅ Serai wangi
✅ Dedaun herba 
✅ Minyak kayu putih dan pelbagai essential oil 

=============
*KEGUNAAN* :
=============
⦁ Perlindungan kepada bayi dari _TANGISAN BERPANJANGAN_ (sawan tangis)
⦁ Membantu merawat perut kembung & selsema
⦁ Digunakan untuk urutan bayi dan sengal-sengal badan
⦁ Menghangatkan badan bayi selepas mandi
⦁ Ubat tahan sakit, mengurangkan radang dan kesakitan
⦁ Menangani Morning sickness



ESSENCE RUB
==============
*KEGUNAAN* :
==============
1) Membantu menyembuh kaki pecah
2) Memulihkan mabuk dlm perjalanan
3) Membantu merawat demam selsema
4) Mengurangkan kesakitan dan keradangan
5) Membantu merawat masalah pernafasan
6) Membantu masalah batuk, dgn melonggarkan kahak dan mencairkan secara semulajadi
7) Bersifat anti rheumatiod. Mengurangkan sakit sendi
8) Meningkatkan konsentrasi, minda lebih segar
9) Mengurangkan rasa gatal gatal akibat allergy atau ruam
10) Melegakan sakit kepala
11) Mengurangkan tekanan dan kerisauan
12) Membuka rongga hidung, membolehkan kita boleh bernafas lebih dalam segar
13) Mengurangkan bengkak dan benjol
14) Mereda gigitan dan sengatan serangga
15) Menangani masalah resdung, mengurangkan rasa gatal gatal


SOOTH CREAM (HERBAL)
==============
*KEGUNAAN* :
==============
Membantu Merawat ■ eczema ■ Ruam lampin ■ Gatal-gatal ■ Alahan kulit ■ Kudis ■ Panau ■ Kayap ■ Cagu 9 ■ Ruam chickenpox ■ HFMD ■ Kurap ■ Anti penuaan ■ Tumit Kaki pecah ■ Sunburn ■ Terbakar, Melecur ■ Terluka ■ Ketuat ■ Jeragat ■ Meningkatkan kolagen kulit ■ Melembap kulit kering

===========
*CARA GUNA* :
===========
Sapu kan dibahagian kulit bermasalah, sehingga menyerap ke dalam.
Kulit NORMAL boleh terus sapu herbal cream pada area kulit bermasalah
Kulit KERING, perlu lapiskan dahulu kulit dengan pelembao seperti Gel pelembap, minyak olive atau VCO, kemudian sapu herbal cream. Kekerapan sapuan mengikut keperluan pesakit. Sekurang-kurangnya 2x sehari


NOURISH LOTION
=========
*FUNGSI*:
=========
🍥 Untuk menjaga kesihatan, kelembapan dan kecantikkan kulit.
🍥 Bertindak dengan menganjalkan kulit secara semulajadi
🍥 Memudarkan parut serta cela, Memudarkan vericose vein & strecthmark
🍥 Menghalau nyamuk
🍥 Tinggi Vitamin E, menjadikan ia anti-penuaan berkuasa
============
*CARA GUNA*:
============
Sapu pada kulit selepas mandi 2x sehari. Guna bila perlu

NUTRIEN OIL
======================
*KANDUNGAN & FUNGSI*
======================
✅ *Minyak kelapa dara* - pelembap berkesan dan melambatkan kedutan di samping mencantikkan kulit. Untuk rambut minyak kelapa dara menyerap kedalam folikel, menggalakkan pertumbuhan rambut serta anti kelemumur. Ia juga memelihara rambut dari "split end/breakage"
✅ *Minyak vitamin A* - Menyempurnakan proses fisiologi kulit untuk menggalakkan pertumbuhan kulit yang lebih sihat & berseri
✅ *Vitamin E*- Antioksida, antipenuaan, menghilangkan parut & kedutan
✅ *Sakura Extract*- Memberi kesan wangi yang lembut & semulajadi
✅ *Minyak zaitun*- Minyak Zaitun kaya dengan biotin, niacin, Vitamin E dan D. Menjadikan ia Pelembap kulit semulajadi dan Membantu rambut tumbuh subur.
✅ *Minyak Argan*-Minyak argan merupakan minyak "emas" atau sebagai "liquid gold" dikalangan wanita Eropah kerana khasiatnya yang menakjubkan untuk kecantikan kulit, rambut, kuku dan bersifat anti-aging semulajadi terbaik.
✅ *Minyak Bunga Matahari*-Mengandungi Vit ABC dan E serta kalsium potassium dan Zat Besi. Menguatkan rambut dan mengelakkan keguguran serta menggalakkan pertumbuhan 
✅ *Minyak Biji Anggur*-Mengandungi linoleic acid, protein, mineral dan Vit E yg membantu penumbuhan rambut yg sihat. Antipenuaan, Collagen booster dan menyembuhkan luka

======================
*CARA GUNA*
======================
Sapukan pada kulit dan rambut.
Untuk penggunaan rambut sepanjang Hari: 👉 Sapukan pada rambut tanpa mengenai kulit kepala.
Untuk rawatan rambut : 👉 Sapukan minyak pada rambut sehingga kulit kepala. Urut-urut kepala dengan minyak. Biarkan 1-2jam. Cuci dengan shampoo


FRESH SOAP
======================
*FUNGSI FRESH SOAP*
======================
■ Untuk meningkatkan nilai kesihatan & kecantikkan diri
■ Sesuai untuk mandian si manja & pesakit kulit seperti ekzema, kudis, kulit kering
■ Sesuai juga untuk kulit muka/badan yang berjerawat & berparut
==============
*CARA GUNA*
==============
Untuk BAYI👉 Potong sebahagian sakura soap masukkan kedalam botol, tambah air. Goncang Biarkan larut. Guna untuk cuci kepala dan badan bayi. 2x sehari
Untuk DEWASA 👉 Sabunkan muka dan badan seperti sabun biasa. 2x sehari. Cuci muka sebelum tidur juga.


KUNYIT HITAM BALM
=============
*FUNGSI*
=============
⦁ Digunakan seperti pilis, disapu pada dahi wanita dalam pantang
⦁ Membantu mengurangkan symptom asthma
⦁ Melancarkan peredaran darah
⦁ Memulihkan mabuk dlm perjalanan
⦁ Membantu merawat demam selsema
⦁ Mengurangkan kesakitan dan keradangan
⦁ Membantu masalah batuk, dgn melonggarkan kahak dan mencairkan secara semulajadi
⦁ Bersifat anti rheumatiod. Mengurangkan sakit sendi
⦁ Penahan sakit semulajadi yg berkesan
⦁ Bersifat anti mikroorganism. Membantu masalah jangkitan kulit
⦁ Melegakan sakit kepala
⦁ Mengurangkan tekanan dan kerisauan
⦁ Membuka rongga hidung, membolehkan kita boleh bernafas lebih dalam segar
⦁ Mengurangkan bengkak dan benjol
⦁ Mereda gigitan dan sengatan serangga
⦁ Menangani masalah resdung, mengurangkan rasa gatal gatal


MULTI WASH (SHOWER BATH)
=============
*KEGUNAAN* :
=============
- Kulit kering
- Eczema - Allergik
- Cantikkan kulit
- Melembap dan melembutkan kulit secara semulajadi
======================
*CARA GUNA*
======================
- Guna untuk mandi 
- Boleh juga utk cuci muka
- Guna untuk cuci tangan kulit sensitif
1) Guna 3-5 titis sahaja untuk memandikan bayi.
2) Boleh digunakan sebagai sabun badan dan shampoo kepala.
3) Elakkan terkena mata



















 

TERIMA KASIH (^_^) ANDA PELAWAT KE....

Labels

kulit cantik (16) baby balm (15) bisness forever (12) serum (11) avg (10) baby balm najlaa (10) Forever (9) forever living (9) forever living setia alam (9) madu (9) madu forever (9) organik (9) Artic sea (8) aloe vera gel (8) cuci usus (8) eczema (8) sakura soap (8) Daftar ahli forever (7) Madu asli (7) Selsema (7) batuk (7) business forever (7) forever living shah alam (7) income (7) krim eczema (7) Pomesteen (6) Serum najlaa (6) alahan kulit (6) aloe vera (6) detox (6) detox usus (6) ikhtiar selsema (6) kulit bermasalah (6) madu terbaik (6) motivasi (6) balm kunyit hitam (5) bisness (5) bonus besar (5) essential oil (5) masalah kulit (5) sabun organik (5) tambah pendapatan (5) 3 konsep forever (4) Forever nectar (4) Resdung (4) forever shah alam (4) ikhtiar batuk (4) ikhtiar resdung (4) jus sihat (4) kulit sihat (4) kurus sihat (4) lautan artic (4) madu tulen (4) makanan sihat (4) set cantik (4) set eczema (4) tazkirah (4) DEODORANT (3) Pelembab (3) SOLAT (3) agen (3) aloe peaches (3) asma (3) athma (3) badan sihat (3) bonus direct (3) daftar agen (3) demam (3) inch loose (3) jerawat (3) loose inch (3) loose weight (3) merawat selsema (3) minyak ikan forever (3) pelembap (3) pengenalan najlaa (3) rahsia balm (3) sabun mandi (3) side income (3) sihat (3) sinus (3) tumit merekah (3) ubat gout (3) usus bersih (3) Agen najlaa (2) Antioksidan tinggi (2) Cara jaga tali pusat bayi baru lahir (2) Daftar forever (2) Doa (2) Kurma (2) Luka bersalin pembedahan (2) Pomegranate (2) Ubat gigi forever (2) WHY NAJLAA (2) alergik (2) anak (2) angin (2) apa itu steroid (2) asal usul najlaa (2) bahaya steroid (2) balsem (2) delima (2) deodorant natural (2) gerd (2) herba (2) hernia (2) jaundis (2) jeragat (2) jus antioksidan (2) jus delima (2) jus terbaik (2) kahak (2) kulit kering (2) kunyit hitam (2) lebatkan rambut (2) lembutkan kulit (2) lenguh (2) lip balm (2) luka cepat sembuh (2) minyak zaitun forever (2) mlm terbaik (2) nectar (2) pesan ustaz (2) protein coklat (2) protein sihat (2) protein vanilla (2) rawatan selsema (2) sakit kulit (2) sawan tangis (2) say no to steroid (2) senggugut (2) sistem imun (2) stabilkan darah (2) strechmark (2) tali pusat (2) tenang (2) ubat darah tinggi (2) ubat gigi best (2) ubat gigi selamat (2) ubat kolestrol (2) ubat sakit lutut (2) ubat sakit sendi (2) wanita (2) Alfatihah (1) Allah (1) Allergic Rhinitis. (1) Apa itu champor (1) BASI (1) BAU NAJLAA (1) BTL (1) Berat kurang (1) CERPEN (1) CHROMIUM (1) Cengkih (1) Forever freedom (1) Forever lite (1) G6PD (1) KEBAIKAN KURMA (1) MINYAK MAHAL (1) Morning sickness (1) Premenstrual dysphoric disorder (1) Puree (1) Qurban (1) Road to success (1) SEMULAJADI (1) Set untuk ibu (1) Shea butter (1) Steroid (1) Ubat cacing (1) WARNA NAJLAA (1) XANTHONES (1) aamiin (1) agen dikehendaki (1) aidiladha (1) air kelapa (1) air ketuban (1) air nabeez (1) akikah (1) alami (1) aqiqah (1) arthritis (1) arutic sea (1) awet muda (1) bacalah (1) bahaya vicks (1) bee honey (1) bee pollen (1) belajar (1) bernama (1) berpantang (1) bersalin cara czer (1) bloated (1) bonglai (1) buah peach (1) buang angin (1) candida (1) cara cuci botol susu (1) cara simpan sabun (1) cegah resdung (1) chewing gum (1) daftar dropship (1) daftar mini agen (1) darah (1) dedorant semulajadi (1) depression (1) doa resdung (1) dysmenorhoea (1) elak nyamuk (1) fadhilat (1) first food baby (1) flu (1) forever bee honey (1) forever bright (1) fungsi champor (1) fungsi lada hitam (1) gee alma (1) gurun sonoran (1) hea to toe (1) herba antik (1) hidung (1) home made (1) ibu menyusu (1) ibu.giguh (1) ikhtiar senggugut (1) ikhtiarselsema (1) immune booster (1) insect repellant (1) jalan kejayaan (1) jaundice (1) kapur barus (1) kegunaan lada hitam (1) kementerian kesihatan (1) kencing lawas (1) kenyang lebih lama (1) keputihan (1) keradangan (1) kerak kepala (1) ketiak aloevera (1) ketiak berbau (1) ketiak hitam (1) ketuban (1) korban (1) kronologi (1) kulit berminyak (1) kulit normal (1) kunyah (1) kurap (1) kurus (1) lada hitam (1) lilin lebah (1) limited edition (1) luka (1) luka czer (1) mabuk (1) makanan pertama baby (1) mandian bayi (1) manfaat chewing gum (1) manggis (1) mata cerah (1) minyak ikan terbaik (1) minyak kelapa dara (1) minyak serbaguna (1) najis keras (1) newborn (1) orac (1) panau (1) pedih ulu hati (1) pengalaman ibu anak hernia (1) penjagaan keintiman (1) penjagaan tali pusat (1) perubatan tradisional (1) perut buncit (1) perut kempis (1) pesanan (1) pewangi ketiak (1) pilis (1) pollen (1) punca jeragat (1) puri epal (1) puri golden pear (1) puri lobak (1) radikal bebas (1) rambut bersinar (1) rawat keputihan (1) rawatan alternatif (1) ruam (1) rukyah (1) sabar (1) sabun (1) sabun selamat (1) sabun tiada bahan kimia bahaya (1) sakit gigi (1) selawat syifa' (1) seluruh malaysia (1) semangat (1) sembelit (1) semut (1) set tof (1) slip disc (1) stress (1) success (1) sunburn (1) susu kurma (1) syafrina (1) tahan lapar (1) tekanan darah tinggi (1) tembikai (1) tiada bv (1) tiada orang tengah (1) tiada pv (1) tiada sistem pairing (1) tiada sistem point (1) tiada uv (1) tonsil (1) touch of forever (1) tulang patah (1) tulang rapuh (1) tulang retak (1) tulang sihat (1) tumit pecah (1) turun berat badan (1) ubat gigi tanpa florida (1) ubat gigi terbaik (1) ubat jangkitan kuman pundi kencing (1) ubat kencing kotor (1) ubat ketiak (1) ubat resdung (1) ubat steroid (1) urat simpul (1) varicose vein (1)