
CERPEN : Mujahadah
By Azzy Al Hafizah
SURAT tawaran ke tingkatan 6 itu dibaca berulang-ulang. Hatinya berbolak-balik. Mahu terima atau tidak. Yang difikirkannya selama ini hanya universiti. Tetapi, mengenangkan kos yang agak mahal dan hidup dalam serba kekurangan, dia tidak mahu bebankan keluarga.
Kata Puan Mama, terimalah tawaran itu. Encik Papa pun cadang yang sama. Along dan angah pun suruh terima. Adik? Walau tak terlalu faham, dia suruh terima juga. Sebenarnya, dipengaruhi oleh abang-abangnya.
Anisah Humaira buntu sendirian. Berhari-hari memikirkan benda yang sama. Berhari-hari mendengar saranan yang sama. Dia bukanlah terlalu benci tingkatan enam pun. Cuma dia takut tak dapat bawa. Lantas dia bermesej dengan guru kaunselingnya.
"Assalamu'alaikum, cikgu." - Nisa Maira
"Waalaikumussalam. Ya, Nisa. Ada apa pm saya tiba-tiba? Rindu saya? Haha." -Cikgu Sarah
"Rindu sangat... Hehe... Saya dapat tawaran form six. Tak tahu nak ikut ke tak. Saya takut tak dapat bawak." -Nisa Maira
"Tahniah. Eh, awak ni macam bukan Nisa pulak." -Cikgu Sarah
Mesej dari Cikgu Sarah memeranjatkannya. Mengapa pula Cikgu Sarah katakan yang dia bukan Nisa?
"Kenapa cikgu kata macam tu?" -Nisa Maira.
"Nisa yang saya kenal, berhati kuat. Cabaran apa pun, dia tetap akan buat. Berat macam mana pun, dia tetap mencuba. Nisa yang saya kenal tak pernah kenal erti putus asa. Jadi, 'takut tak boleh bawa' itu hanya satu sisi dalam fikiran. Maybe saya perlu katakan, 'saya cabar awak ambil form six!' So, macam mana?" -Cikgu Sarah
"Cabaran cikgu buat saya betul-betul tercabar. Saya akan terima tawaran form six tu." -Nisa Maira
"Saya nak pesan, terima dan belajar bersungguh, ikhlas kerana Allah. Bukan hanya kerana cabaran saya. Mama dan papa awak macam mana? Apa pendapat mereka tentang ni?" -Cikgu Sarah
"Mama dan papa saya galakkan sangat saya terima tawaran ni." -Nisa Maira
"Ha, baguslah tu. Awak dah ada redha mereka. InshaaAllah, awak boleh lalui liku form six." -Cikgu Sarah
"Masheh, cikgu." -Nisa Maira
"Kejap lagi pos laju akan sampai rumah kamu. Hadiah dari saya. Harap awak suka." -Cikgu Sarah
"Betul ke cikgu?" -Nisa Maira
Tinn! Tinn!
Terdengar bunyi hon dari luar rumah. Telefon bimbit ditinggalkan. Tudung disarungkan dan terus sahaja dia melangkah ke muka pintu utama. Pintu dibuka. Seorang lelaki berbaju uniform menghulurkan barang dan meminta tandatangannya. Setelah selesai, Anisah Humaira kembali ke bilik.
Bungkusan yang diterima, dibuka. Tak sabar ingin tahu hadiah dari guru kesayangannya. Sehelai tudung dan blouse. Tudung mesir petak kecil berwarna hijau gelap itu ditenung. Cantik. Memang kegemarannya. Sehelai blouse berwarna hijau muda sangat sesuai untuk dipadankan.
Anisah Humaira mencuba. Dicari kain berwarna hitam. Disarungkan blouse unik itu. Dicuba tudung labuh itu. Memandang cermin besar di hadapan. Dia terasa seperti seorang yang lain. Hatinya diselubungi rasa sebak.
"Aku ke ni?" Disentuh kedua pipinya.
Anisah Humaira seperti tidak percaya dengan dirinya sendiri. Telefon bimbit dicapai. Gambar diambil. Segera dihantar ke whatsapl cikgu Sarah.
"Cantik awak pakai macam ni. Suka saya tengok." -Cikgu Sarah
"Thanks cikgu. Saya suka sangat." -Nisa Maira
"U're welcome. :)" -Cikgu Sarah
Tudung dan blose ditanggalkan semula. Anisah Humaira terus mendapatkan Puan Mama dan Encik Papa yang sedang berdating di taman belakang rumah. Ganggu sekejap.
"Mama... Papa... Sorry kacau." Ujarnya. Puan Mama dan Encik Papa tersenyum sahaja.
"Anis nak masuk form six." Kata-katanya menambahkan lebar senyuman di bibir Encik Papa dan Puan Mama.
"Betul ni? Okey, jom cari barang." Excited Encik Papa mendengar kata-kata anaknya.
"Tak payahlah papa. Ada lagi last year punya barang. Pakai je yang tu." Balas Anisah Humaira.
"Betul ni? Kasut?" Tanya Puan Mama pula.
"Kasut pengawas tahun lepas tu muat lagi, Ma." Jawab Anisah Humaira. Puan Mama hanya membalas dengan anggukan.
"Moga anak Mama dan Papa berjaya dalam form six!" Ujar Encik Papa bersemangat.
"Apa? Anis ambik form six?" Along tiba-tiba muncul.
"Bagus Anis. Keputusan terbaik untuk Anis. Nanti Angah belanja baju baru." Angah menyampuk. Anisah Humaira tersenyum.
"Kak Chik masuk form six? Yeah! Jumpa la nanti dekat sekolah Zubair." Ujar adiknya gembira.
Dalam adik beradik Anisah Humaira, hanya dia perempuan. Yang lain lelaki. Alongnya, Zakwan. Angahnya, Zarif. Adiknya Zubair. Namanya sahaja yang terlajak special. Di rumah panggil Anis dan Kak Chik. Di sekolah panggil Nisa. Mungkin form six ini dia akan dipanggil Maira pula.
Malam itu, Anisah Humaira melayan whatsapp sahaja. Berborak dengan sahabat-sahabat yang sudah lama tidak ditemui. Rindu tak terkata. Walaupun keputusannya adalah menerima form six, tetap ada sesuatu yang dirunsingkan. Selama ini, dia duduk di sekolah yang semuanya perempuan. Tapi, kali ini dia akan bersekolah di sekolah yang ada pelajar lelaki. Jujur, dia tak biasa. Dia tak selesa.
"Assalamu'alaikum. Tahniah Anisah Humaira dapat form six. Belajar rajin-rajin. Ingat, tajdid niat hari-hari. 'Aku belajar kerana Allah'. -011-23456789
Anisah Humaira pelik menerima mesej dari satu nombor yang tak dikenali. Anisah Humaira mengabaikan chat itu. Namun, nasihat dari nombor itu amat berguna. Disemat kemas dalam hati.
Hari berganti hari, detik pendaftaran tiba akhirnya. Anisah Humaira bersiap awal. Dipakai blouse dan tudung pemberian Cikgu Sarah. Tanpa solekan. Hanya ditepek bedak baby yang wangi baunya. Bedak baby, bau baby.
Debar di hati Anisah Humaira. Sedikit takut dan gentar dengan imej dirinya. Selamat kembali ke sekolah, Anisah Humaira. Perjalanan dari rumah ke sekolah tidaklah terlalu jauh. Semakin dekat, semakin kuat debaran di hatinya. Sudahlah sendirian. Tiada kawan yang dia kenal.
Beberapa orang pelajar yang datang mendaftar memandang pelik pada dia. Mana tidaknya. Tudung yang dipakai itu bidang 60. Labuh. Padahal majoriti di situ mengikut "perkembangan" fesyen. Sepanjang sehari itu, tiada langsung yang mendekatinya. Anisah Humaira diam. Dalam hati sedikit sedih.
Pulang sahaja ke rumah, moodnya hilang. Terasa mahu berhenti sekolah. Dia tak selesa dengan suasana bercampur lelaki dan perempuan. Menghadap ke cermin, dia tertanya sendiri, apa yang salahnya dalam mengikut syariat? Hampir sahaja dia menangis di situ.
Satu chat masuk dari sahabatnya. Sahabat baiknya itu tiada whatsapp. Tiada wechat. Tiada facebook. Tiada instagram. Hanya telefon nokia biasa. Namun, tak pernah sahabatnya itu merungut. Kerana tawadhuknya seorang sahabat, Anisah Humaira jadi tak kisah habis kredit bermesej dengan sahabatnya.
"Salam. Macam mana first day?" -Asiah
"Wassalam. Teruk!" -Anisah Humaira
"Kenapa dear? Nak share tak?" -Asiah
"Jom otp." -Anisah Humaira
Anisah Humaira membuat panggilan ke nombor sahabatnya. Tidak lama kemudian, panggilan berjawab.
"Assalamu'alaikum my dear... Kenapa hari ni?" Asiah memulakan.
"Wa'alaikumussalam. Oh my... Miss you. Tak ada langsung orang dekat tadi. Tak selesa la sekolah situ. Rasa nak berhenti." Cerita Anisah Humaira.
"Eh... jangan macam tu... Mujahadah dear. Jalan perubahan memang tak mudah. Tapi, kalau kita yakin janji Allah, inshaaAllah kita kuat." Pujuk Asiah.
"Kalau Asiah ada dekat sini, Nis dah peluk nangis dah." Anisah Humaira sebak.
"Anisah Humaira... La tahzan. Innallah ma'ana. Nis jangan putus asa. Hari ni mungkin dorang rasa pelik. Lama-lama, inshaaAllah mereka tertarik. Inilah masanya berdakwah dengan akhlak." Balas Asiah.
"Dakwah? Nis pun tak cukup baik lagi. Tak layak." Ujar Anisah Humaira.
"Nis... Aslih nafsak, wad'u ghairak. Perbaiki diri dan ajaklah yang lain. Kita tak nak masuk syurga sorang-sorang kan? Kita nak masuk ramai-ramai kan?" Lembut Asiah bersuara.
"Mampu ke Nis buat semua tu?" Tanya Anisah Humaira.
"Nis mampu. Yang penting, jangan anggap mereka yang benci atau pandang pelik Nis sebagai musuh. Tapi, jadikan mereka sasaran dakwah. Ini peluang besar, Nis." Asiah memberi semangat.
"Thank you, Asiah. Nanti bagi ingatan selalu ye." Ujar Anisah Humaira.
"InshaaAllah, Nis. Qowwiy lillah. Assalamu'alaikum."
"Wa'alaikumussalam." Talian dimatikan. Anisah Humaira sedikit bersemangat.
'Islam itu datang dalam keadaan asing, dan akan kembali asing. Berbahagialah menjadi yang asing itu, sahabat. Siapa tahu, ia menjadi asbab ke syurga-Nya.' -Asiah.
Anisah Humaira tersenyum membaca pesanan ringkas dari Asiah. Ya, berbahagialah dia menjadi asing di kala orang lain sibuk mengejar arus kemodenan dunia. Mengikut telunjuk barat dari syariat.
"Kak Chik! Angah ajak pergi kedai sekarang." Zubair datang memanggilnya.
"Oh ya? Okey, jom." Anisah Humaira menurut.
Angah membawanya ke kedai baju. Ingin menunaikan janjinya untuk membelanja adik perempuan satu-satunya baju baru. Encik Papa dan Puan Mama tak ketinggalan untuk dibelanja.
"Anis nak baju macam mana?" Tanya Angah.
"Yang sesuai dengan tudung ni." Jawab Anisah Humaira sambil membelek baju yang ada.
"Oh. Ni, nak?" Angah menunjukkah sehelai baju berwarna hijau biru.
"Eh, cantik. Boleh la." Puji Anisah Humaira.
"Adik nak baju jugak." Pinta Zubair.
"Adik tak payah. Baju dah banyak." Usik Angah. Zubair menarik wajah. Merajuk.
"Dah besar, merajuk. Pergilah pilih. Satu je." Bicara Angah mengembalikan keceriaan di wajah Zubair.
Selesai membuat pembayaran, Along pula membelanja makan. Selesai makan, mereka pulang ke rumah. Anisah Humaira masuk ke bilik dan meletakkan barang yang dibeli di atas katil. Baru sahaja duduk, pintu bilik diketuk.
"Ye, Along?" Anisah Humaira membuka pintu bilik.
"Nah." Satu beg dihulurkan. Anisah Humaira menyambut dan melihat ke dalamnya. MashaaAllah. Tudung.
"Thanks, Along." Ucap Anisah Humaira.
"You are welcome. Jadi adik solehah okey?" Pesan Along. Anisah Humaira senyum.
"InshaaAllah, along." Jawab Anisah Humaira.
Terus disiapkan pakaian untuk hari esok. Excited untuk ke sekolah. Dengan azam dan semangat membara. Dia yakin jalannya penuh liku. Tapi, dia akan lalui semampunya. Dengan izin Allah jua.
"Assalamu'alaikum. Anisah Humaira. pegang janji Allah. Tabah okey. Tolong agama Allah, Allah akan tolong Anisah Humaira. Moga dalam peliharaan Allah." -011-23456789
Malam itu, sekali lagi dia menerima chat dari nombor yang sama. Semakin kuat hatinya untuk meneruskan perjuangan. Walau dia tak kenal dan tak ingin kenal, dia yakin insan itu adalah insan baik yang mengenalinya. Yang Allah hantar untuk meminjamkan keuatan walau hanya dengan kata-kata.
Sejak dari itu, pelbagai pesanan dan nasihat yang dia terima. Pernah sekali, dia terasa down akibat dipulau. Dia bukan begitu kuat menahan. Digelar ustazah, orang alim dan macam-macam lagi. Namun, saat itu insan yang tidak dikenali itu memberi kata semangat.
"Assalamu'alaikum. Saya yakin Anisah Humaira kuat. Walau dicerca, dihina, teruslah kuat. Anisah Humairah bertudung labuh kerana Allah, kan? Jadi, Anisah Humaira mungkin dikeji gadis lain, tapi Allah pelihara Anisah Humaira dari pandangan nafsu mata lelaki. Anisah Humaira tetap dilindungi. Jangan putus asa!" -011-23456789
Kesannya, Anisah Humaira tetap bertahan hingga kini. Hari terakhir di tingkatan 6. Memang sakit terpijak duri, namun bila redha dan sabar, akhirnya duri dapat dicabut. Memang perit bila tersesat di hutan, namun bahagia saat berjumpa jalan keluar. Begitulah hidup. Memang pahit di dunia, namun kerana sabar dan taqwa, akhirat kampung abadi paling bahagia.
"Assalamu'alaikum. Anisah Humaira. Ini chat terakhir saya. Walau Anisah Humaira jatuh tujuh kali, bangkitlah lapan kali. Walau nanti gagal seratus kali, gandakan usaha seribu kali ganda.
Jangan tinggal solat.
Istiqamah dalam dakwah.
Istiqamah dalam tarbiyyah.
Istiqamah dalam hijrah.
Saya tak pernah kenalkan diri. Saya seorang yang sentiasa memerhati Anisah Humaira. Ada satu yang selalu menarik hati saya pada Anisah Humaira. Nama saya Al Banna. Tapi, saat Anisah Humaira membaca pesanan ini, saya pasti sudah 'pergi'.
Jaga iman, jaga hati, fi hifzillah." -011-23456789
Itulah pesanan terakhir diterimanya dari seorang Al Banna. Dia tak peranh terfikir dirinya diperhati. Pelbagai benda boleh ditafsirkan dengan perkataan 'pergi' Al Banna itu. Entahlah. Dia sendiri tidak pasti.
Apa yang penting saat ini, dia sudah berjaya menamatkan pelajarannya di tingkatan enam. Satu cita-citanya sahaja belum tercapai. Dia teringin membantu saudara di Syria dan Palestin. Sangat ingin. Buat masa ini, hanya doa mampu ditembak.
"Assalamu'alaikum..." satu suara memberi salam.
"Wa'alaikumussalam..." Puan Mama membukakan pintu dan menjemput tetamu untuk masuk ke rumah.
"Boleh kami bertemu Anisah Humaira?" Tanya si tetamu.
"Boleh. Sekejap, saya panggilkan." Jawab Puan Mama.
Anisah Humaira keluar ke ruang tamu tidak lama kemudian. Dilihatnya, satu keluarga yang tidak dikenali. Puan Mama menemaninya duduk melayan tamu.
"Anisah Humaira, kamu terima mesej dari Al Banna bukan?" Tanya seorang wanita berusia 40-an. Anisah Humaira mengangguk.
"Kami diamanahkan oleh Al Banna untuk memaklumkan pada kamu tentang kepergiannya dan pelawaannya." Ujar seorang lelaki yang berusia dalam lingkungan 30-an pula.
"Pergi ke mana? Dan pelawaan apa?" Anisah Humaira tertanya-tanya.
"Beliau ke Syria. Dan mempelawa Anisah Humaira ke Syria juga." Kebetulan, waktu itu Encik Papa, Along, Angah dan Adik baru pulang.
"Ke Syria?" Soal Encik Papa.
"Papa izinkan?" Tanya Anisah Humaira.
"Siapa menjemput?" Soal Encik Papa kembali.
"Al Banna, pak cik." Jawab pemuda tadi.
"Al Banna?! Pergilah, anakku! Sahut seruan itu. Papa dan Mama serta adik beradik Anis akan doakan dari sini." Terkejut Anisah Humaira. Bagai tak percaya Encik Papa memberi izin.
"Terima kasih, papa." Ucap Anisah Humaira.
"Bila bertolak?" Tanya Encik Papa.
"Lusa, pak cik." Mendengar jawapan itu, Encik Papa menganggukkan kepalanya. Walau berat, dia yakin ada hikmahnya.
Hari kepergiannya, Anisah Humaira memandang sayu keluarga. Tapi, jiwanya teguh ingin berjuang membantu saudara-saudaranya di Syria. Anisah Humaira lagsung tidak menitiskan air matanya.
"Apa yang buatkan papa izinkan Anis ke Syria?" Tanya Anisah Humairah.
"Sudah sebulan papa mimpikan pemuda bernama Al Banna. Memohon papa izinkan Anisah Humaira ke Syria. Papa bukan benci Anisah Humaira, malah sangat sayang. Tapi, papa yakin dan tahu apa impian Anis. Kalau Anis syahid di sana, tunggulah kami di pintu syurga!" Papa memberi pesanan. Seolah perpisahan bakal terjadi selamanya.
Anisah Humaira memeluk papanya. Begitu juga mamanya. Adik beradiknya yang lain juga dipeluk. Mungkin menjadi pelukan terakhir.
"Doakan Anis di sana!" Anisah Humairah bersemangat. Kereta yang membawanya ke lapangan terbang bergerak perlahan meninggalkan perkarangan rumah.
"Tak salah Al Banna memilih kamu." Ujar pemuda yang sedang memandu. Isterinya menyokong sama.
"Kenapa?" Tanya Anisah Humaira. Hairan.
"Kamu benar-benar berjiwa kental. Sedang manusia lain lari dan takut untuk ke sana, kamu dengan semangat dan roh jihad yang kukuh. Semoga kamu beroleh kemenangan mahupun syahid." Jawab pemuda itu.
"Allahumma aamiin..."
Sebulan telah berlalu sejak kepergian Anisah Humaira. Dan hari ini, berita dari Syria diterima. Anisah Humaira syahid ditembak ketika sedang membantu menyediakan makanan dan minuman. Encik Papa dan Puan Mama tabah. Setitis air mata tidak jatuh langsung. Sedar anak mereka sedang berbahagia dengan nikmat. Menanti mereka di pintu syurga.
Sungguh. Mujahadah itu tak pernah dibilang mudah. Penuh onak. Adakala badai melanda. Namun, dengan keteguhan iman, ia dapat diatasi. Dengan bantuan Allah, ia berjaya ditempuhi. Walau hujan, ribut dan taufan melanda, tetap teguh di atas jalan mujahadah. Walau dilanda tsunami dugaan, tetap tak mengalah!
WALLAHUALAM...






0 comments:
Post a Comment