Dah janji kan nak combine citer kronologi dalam blog kan.. Dan hari ni Nur tunaikan janji.. Semoga ada sedikit sebanyak manfaat yang boleh dijadikan iktibar ataupun panduan..
Selamat membaca.. 😊
KRONOLOGI KELAHIRAN ANK KE 8 - BABY SYAUQIE (PART 1)
AWAS!! Cerita ini panjang berjela..😉
Kalau nk diikutkan, semua kelahiran dari yg nombor 1 sampai yg ke 8, semuanya tak dirancang.. Dan semuanya tak di duga akan 'ada'.. Kuasa DIA kan.. kerja DIA.. Kita, jgn persoalkan kerja DIA..Risau jatuh murka.. 😉
Sebab tu Nur tak berapa nak amik port sangat bila org kata,
> "aik, mengandung lagi?"
> "macam sama jer dgn alasan tahun lepas2"
> "asyik beranak jer keje ko kan"
> "kesiannya abg dia..tak sempat nk manja2"
Dan, sebab itu juga malas nk hebah2kan yg kita ni mengandung lg.. utk apa? Utk dijadikan topik membawang lagi? Memang taklh nak calarkan emosi sendiri.. 😊
Kehadiran baby Syauqie dalam rahim ibu lambat dikesan.. sebab selepas bersalin baby Sufi, Nur ada masalah buah pinggang sampai kene warded.. tambahan plk memang lansung tak period.. atau mungkin period yang tak disedari selepas nifas tu.. Hanya disedari masa checkup bulanan utk thyroid di hospital.. Tiada alahan, tiada mabuk2 melepek & tiada simptom org mengandung pn.. Buat buku merah pun masa dah masuk 24 minggu.. First scan doc terkejut.. kenapa baby dh besar? Perut pn tak nampak.. Pergerakan dalam rahim pun tiada sampai 28 minggu..
Alhamdulillah, sgt dipermudahkan.. cuma awal2 tu pelik kenapa susu mcm kurang.. sbb nampak baby Sufi menyusu kurang puas & berat turun..rupanya dh ada isi...😁
Sepanjang pregnancy, tiada makanan khusus yg diambil.. ubat2 pun tiada.. cuma rutin harian, habbatus sauda.. Masa dah 32 minggu baru minum susu anmum sebab doc bagitau, baby nampak kecik.. Kalau boleh, kita tak nak baby kecik sebab risiko lahir pramatang tinggi.. Sebelum2 ni, walaupun ank2 Nur lahir border prem & prem, berat lahir diorg cantik.. tak der masalah.. Alhamdulillah .. Untuk pengetahuan semua, untuk badan Nur, susu anmum memang membantu naikkan berat baby secara cepat.. Nur cuma minum sekotak, tapi berat baby naik lebih 600gram masa tu.. Lepas tu, stop..
Alhamdulillah, bulan Ramadhan dapat puasa mcm biasa cuma seminggu yg terakhir tak dapat puasa sebab contraction makin kerap & perut kerap cramp.. Masa ni, hampir setiap hari dapat bawak ank2 berbuka di masjid.. Diorg memang suka sangatlah.. Semoga dibalas dengan beribu kebaikan kepada mereka yang menyediakan juadah berbuka setiap hari di masjid tu.. Hari2 ibu dpt makan buah..kadang tu, time sahur siap dpt buat jus buah 1 jug lagi.. syukur sangat..
Raya tahun ni, persiapan semua ala kadar.. untuk anak2, pihak sekolah bermurah hati beri bantuan persiapan raya dari segi baju raya, baju jalan & mcm2 lagi.. Semoga Allah balas jasa cikgu2 & penyumbang dgn kebaikan berganda2.. Raya kedua baru kami balik kampung jumpa opah kat Perak.. tp, balik hari jer sbb tak nak tanggung risiko..asalkan dpt timbulkan rasa seronok kat anak2, itu dh cukup..
Checkup diteruskan, daripada 2 minggu sekali di klinik & 2 minggu skali di hospital sampailah ke seminggu skali di klinik... Umpama macam tiap2 minggu lah checkup & scan.. 😅 Masalah kritikal tiada, cuma anemia, hyperthyroidism & high risiko pregnancy.. sebab baru bersalin last year & dah ank ke 8, ibu low weight...
Sampailh pada minggu ke 36, 6 hari.. Checkup di klinik, dh lewat petang, nurse tak tanya banyak dh bila jantung baby ok, ibu tak rasa contraction kuat lagi.. acah2 tu selalulh..
Esoknya checkup spital plk..doc kt spital pn tak tanya banyak.. terus jer nk check jalan..
Bersambunggg.....
Throwback gambar raya...
#mystory
#myjourney
#ibugigih
KRONOLOGI KELAHIRAN ANAK KE 8 - BABY SYAUQIE (PART 2)
AWAS!! Cerita ini panjang berjela!!
Sebelum di teruskan, ingin diingatkan sekali lagi.. Tujuan cerita ini dikongsikan adalah hanya sebagai hiburan, panduan ataupun inspirasi buat mereka yg memerlukan.. Tidak terniat lansung hendak riak atau bangga diri memiliki apa yg Allah punya ini.. Segala yg baik hanyalah daripadaNya jua, dan yg kurang adalah kekhilafan & kelemahan diri ini... Semoga bermanfaat...😊
~~~~~~~~~~
25 Jun - Checkup di klinik.. kene refer doc utk ambil sample keputihan.. prosedurnya sama mcm prosedur pap smear.. mencari punca kenapa kelahiran awal sering berlaku.. siap tanya doc, perlu ker buat? Sebab sy dh 36 weeks 6 days.. anytime jer akn bersalin.. doc tetap bertegas kata, Perlu.. tak perlah, mereka lebih tahu sebab itu bidang mereka.. kakak syamimi teman ibu masa ni.. abg safwan, jaga adik2..
26 Jun - pagi2, pukul8 dah sampai klinik.. tak perlu tunggu turn, terus lakukan prosedur yg doc cakap semalam.. Alhamdulillah doc yg buat prosedur tu sangat cermat & lemah lembut.. sebenarnya masa ni dh risau sebab waktu prosedur dilakukan, pinggang belakang dah mula terasa lain mcm..
Habis prosedur di klinik, terus ke hospital utk rutin temujanji checkup dengan pakar O & G di hospital plk.. Sampai jer nombor giliran, doc pakar tak cakap banyak.. dia rasa jer perut.. terus kata nak check bukaan jalan.. Mulut menolak.. sebab bgtau doc, sy tak der sakit kuat lagi doc.. tapi, mcm biasa.. dh keje depa kan.. memang pandai psiko patient ni.. hahaha. 😂 Dan kita ni pun nak tak nak terpaksa ikut nasihat depa.. kakak Syamimi juga teman waktu ni..
Terima kasih kakak, dari pagi teman ibu betapa sampai petang..
Masa doc check jam 10 - 11 pagi lebih kurang, masa ni jalan dah bukak 3 cm.. lapisan dalam tu pun dh nipis kata doc.. jadi, bila2 masa akan bersalin..
start drpd ni, doc dh tak bagi jalan banyak, suruh tukar baju masuk ward & teruslah warded.. tp, pukul 5 petang juga baru masuk wad sebab wad Hospital Shah Alam penuh sokmo kata nurse.. kesian kakak tunggu lama.. nasib baik pagi tu ibu ada bekal nasi goreng.. bahagian ibu pun bagi kat dia.. sbb nampak dia lapar seharian menunggu.. sampai habislah buku2 cerita kat situ dia baca.. 😅
sebelum naik wad, opah atuk datang amik kakak & bawak ank2 yg lain utk jumpa ibu.. risau kan apa2 hal..sedih btl masa ni..😢 mak pun nampak risau & sedih..
Sampai di wad, syukur Alhamdulillah dapat katil yg selesa, lebih privasi berbanding masa bersalin Sufi dulu.. Allah Maha Baik.. Dia makbulkan doa ibu nak wad mcm kat Hospital Putrajaya..
Lagi bertambah sedih masa ni...😭😭😭 Terfikir, aku yang banyak dosa ni pun Allah makbulkan doa..huwaaa.. sungguh2 meraung.. Nikmat apa lagi yg kau dustakan.. Satu persatu DIA mudahkan.. Terima kasih Allah..
Jam 6 petang, husband sampai lepas habis kerja.. Husband outstation masa ni.. Perlu habiskan kerja sampai esoknya.. masa ni baru Husband amik beg utk stanby di labour room & keperluan di wad yg dah stanby lama dalam kereta..barulah dapat mandi & tenang2 berehat..
Jam 7 petang, doc yang round wad sampai.. Dia kata, labour room dah panggil utk proses seterusnya.. Masa ni dh start request, Nur nak natural birth, sama seperti bersalin Syafrina.. walaupun prosesnya lambat, kita tak trauma & baby pun lebih tenang.. Doc menolak.. Dia suruh turun juga labour room & bincang dengan doc pakar di sana.. akhirnya, terpaksa jugalah setuju.. laparnya masa ni.. ayah belikan Horlicks peket with grain utk lapik perut..
Jam 7.45 petang, sampai di wad.. doc check jalan, masih 3 cm.. no progress, no contraction just back pain & pinggang.. masa ni memang tak putus2 sapu Herbal Oil najlaa utk kurangkan sakit.. tak lama lepas tu, Doc bagitahu, nak pecahkan ketuban.. segala permintaan utk natural birth bagai tidak lagi di layan...
Cuma baik hatinya doc pakar yg lagi sorg tu, dia bagi chance sampai jam 9.30 malam.. jika masih tak der progress, prosedur utk pecahkan air ketuban tetap akan dilakukan utk galakkan contraction... sebab utama nak cepatkan proses, sebab labour room tak banyak & ramai lagi yg menunggu untuk bersalin..😑
Tapi, apakandaya.. jika kita tidak bergerak, jika kita tidak berjalan semasa awal2 labour ni, memang tidak akan adalah progressnya.. masalahnya pihak hospital kata, itu prosedur.. puan tak dibenarkan turun drpd katil once dah masuk labour room.. kecewanya masa ni.. Sabar jer lh.. bertambah kecewa bila doc yg sorang ni siap suruh panggil husband cepat2 sebab nak sain surat nak czer & BTL..
Datang doc yg lebih tinggi pangkat dari dia, terus kene marah & dipersoalkan, why U nak czer & BTL? Tak takut kene saman ker? Dah anak ke 8 kot.. mustahil tak boleh normal.. Terima kasih doc senior, datang cepat2 selamatkan keadaan.. sebenarnya, Allah jualah yg menggerakkan hatinya..
Masa ni baru Nur tahu BTL tak boleh dilakukan jika patient berumur bawah 40 tahun & jika tiada masalah penyakit kritikal..
Tepat jam 9.30 malam, doc pecahkan ketuban.. Dan contraction kuat mula terasa 2 jam selepas itu.. Sakit yg tidak dapat digambarkan dengan kata2.. Menggigil, berpeluh & habis basah baju tudung dengan peluh..
Sebenarnya, inilah yg nak dielakkan.. sakit jika air ketuban di pecahkan awal dengan sakit natural birth tak sama.. sakit natural birth, memang dah di ajar cara untuk mengatasinya.. memang nur dh belajar.. Tp sayang, kali ni tak dapat dipraktikkan.. Tak perlah, pasti ada hikmahnya.. Husnuzon kerana kita merancang, tapi pasti perancangan DIA lebih baik..
Setiap 2 jam, bukaan di periksa.. jam 12.30 tengah malam, sakit yg betul2 kuat dah terasa.. minta nurse periksa.. bukaan masih 5 cm.. katanya, lambat lagi.. sempat berpesan, jangan teran,.. memang tak teran pun sebab tahu, jika kita meneran awal sebelum bukaan cecah 10cm, bahagian servicks akan membengkak, luka lebih besar & kepala baby pun akan jadi bengkak.. tahu ilmu ni masa bersalin yg nombor 4.. Syafiq.. bila kelahiran pramatang, ramai doc akan datang pantau.. dan banyaklah juga doc akan turunkan ilmu.. 😊 syukur Alhamdulillah..
Salah satu petua atau tips yg dipraktikkan, walau sakit macam mana pun, zikir jangan berhenti, sambil mengiring ke kiri.. Posisi ni adalah posisi selamat jika kita terteran tanpa sedar semasa contraction kuat itu datang.. tengah sakit kan, kadang tu, terjerit2 pun ada orang tak sedar.. dan, orang tua2 kata, posisi ini juga akan menolak baby turun secara semulajadi lebih cepat & mengurangkan sakit juga..
tapi, hakikat sebenar, walau posisi mcm mana sekalipun, sakit tetap sakit kan.. 😅 jangan lupa request tinggikan kepala katil sehingga 45 darjah..kalau nurse tak bagi, ko tinggikan sendiri atau suruh laki ko tinggikan.. hihihii.. In shaa Allah, lebih selesa..
Jam 12.45 am, terasa mcm ada bunyi 'plup' dan serta merta rasa kepala baby dah kat bawah.. terus bagitahu kat husband suruh jerit panggil nurse.. Datang2, nurse marah, awak belum lagi.. tadi kan baru jer lagi check.. entah tenaga mana datang, terus terjerit kat nurse tu, kepala baby dah keluarrrr... Haaa... Tau pun kelam kabut.. dia jerit plk panggil kawan dia tlg sediakan kelengkapan..
Syukur Alhamdulillah, dengan sekali teran, tanggal 27 Jun 2018, jam 12.50am lahirlah khalifah kecil, Mohammad Syauqie ke dunia..ajaibnya kuasa Dia, dari 5cm, terus bersalin?
Memang pelik.. tak terjangkau dek pemikiran manusia ni.. semua kuasa Dia.... lepas potong tali pusat, terus diletakkan atas dada ibu.. masa lahir, nangis kuat betul.. letak jer atas dada, terus senyap.. dah bukak mata masa ni..terkebil2 dia tgk ibu & ayh.. badan semangat, kulit merah, rambut lebat & tebal betul, penuh verniks menutupi seluruh bdn.. semua ank nur mcm ni..verniks penuh..
Perasaan ibu, tak tergambar dengan kata2.. benarlah kata org, bila lahir jer baby, diletakkan plk atas dada, segala sakit tu mcm magic.. terus hilang.. lama dia atas ibu.. sampai nurse siap bersihkan apa yg patut, keluarkan uri semualah.. uri dia kecik jer..tak macam uri sufi.. besar.. tapi tali pusatnya besar.. semua ank nur mempunyai tali pusat yg besar.. inilah antara sebab kenapa baby tetap lahir besar walaupun nur lahir baby prem..kurniaan DIA ..
Syukur, kelahiran kali ini, juga tiada jahitan diperlukan.. Lepas nurse bersihkan ibu, bersihkan baby, ayh pun azan + iqamatkan dia dalam labour room tu juga.. bijaknya dia, terus pandai menyusu dengan btl.. pandai latch.. menyusu plk sungguh2, sampai sendawa mcm org beso.. 😅 terkejut nurse dengar.. pukul 5 pagi, masuk wad semula & ayah balik rumah terus siap pegi keje semula.. kesian ayh.. penat tak hilang lagi, sempat tido 2-3 jam jer dalam labour room..
Alhamdulillah, hari yg sama, discharge wad.. tunggu ayah habis keje dalam pukul 2-3 pm baru balik...
Ok, habis dah cerita kronologi kelahiran baby Syauqie walaupun banyak juga part yg diskip sebab nk pendekkan cerita.. 😂yeyyy.. 👏👏👏
Terima kasih Allah, izinkan utk Nur habiskan cerita ini.. semoga ada ilmu & sesuatu yg dapat dimanfaatkan oleh sekelian alam..
Terima kasih yang tak terhingga juga untuk doc2 & nurse2 Hospital Shah Alam yang banyak membantu ibu anak 8 ini demi meneruskan kelansungan hidup.. Hanya Allah yg dapat membalas jasa & budi baik kalian.. utk korang diluar sana, hargailah golongan perubatan ini.. walaupun ada sesetengahnya tidak bagus, tapi yang bagus2 & baik hati juga ramai.. jangan kerana seorang, kita nak marah & beri negative vibs kepada semua mereka sekaligus... 😊
Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga..
Edited pada 13 Oktober 2018..
Nur doakan, sesiapa sahaja yg membaca cerita ini, yg belum lagi dikurniakan cahaya mata kandung, akan dikurniakan cahaya mata yg soleh solehah, sihat & cemerlang dunia akhirat.. Aamiin.. Allahumma Aamiin..
#mystory
#myjourney
#ibugigih
Budak baik ni...
Dia tengok jer ibu layan abang Sufi tengah meragam.. Sejam lebih dia tunggu ibu layan dia pulak.. Sangat2 memahami.. setiap kali ibu toleh kat dia, dia hadiahkan ibu senyuman yg paling manis...
Dia tengok jer ibu layan abang Sufi tengah meragam.. Sejam lebih dia tunggu ibu layan dia pulak.. Sangat2 memahami.. setiap kali ibu toleh kat dia, dia hadiahkan ibu senyuman yg paling manis...
Terima kasih syg..
Semoga adik Syauqie membesar dengan sihat & ceria, jadi anak yg soleh & selalu menyejukkan mata sesiapa sahaja yg memandang.. Aamiin... 😊
#mystory
#myjourney
#ibugigih
#Syauqie
#myjourney
#ibugigih
#Syauqie
Nur guna Najlaa Baby Skincare jer semasa penjagaan dalam pantang & penjagaan baby.. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan Allah, baby pun kurang meragam & ibu pun lebih selesa juga sihat..
😊
Nak order juga?
Meh klik link ni..








































