December 23, 2022

WIRID & ZIKIR LEPAS SOLAT

Hari ni terjumpa satu post ni kat FB pasal wirid & zikir ni.. Jadi, alang² dah baca, bagi senang nak ingat & rujukan untuk diri sendiri, Nur masukkan kat dalam blog ni terus.. 😁


Untung², boleh jadi rujukan untuk sesiapa yg singgah sini kan.. Dan sekaligus memanjangkan pahala mereka yg share sebelum ni. Semoga Allah redha & memberkati kita semua.. 🤲🏻


Lepas solat, kalau ada masa terluang dan takde kerja penting , amalkanlah wirid, zikir dan doa dulu sebelum bangun. Sambung baca Quran 1 muka pun sangatlah digalakkan setiap kali lepas solat.


Amalan ni bagus untuk menyatakan rasa syukur kita pada Allah di atas segala nikmat yg tidak putus² untuk kita dari lahir sampailah ke detik kita ketika ini.. Jangan lupa niat, buat semuanya kerana Allah.. Bukan kerana nakkan sesuatu atau ganjaran yg lain. Jangan risau, setiap amalan pasti ada ganjaran & faedahnya. Penting sangat betulkan niat ni.. 


Moga-moga dengan basahnya lidah kita dalam berwirid, berzikir dan berdoa, semua tu dapat menambahkan pahala kita dan menjadi asbab gugurnya dosa-dosa yg kita. Buat selaras dengan sunnah Rasulullah S.A.W.. 


UAI kata tak buat pun takpe , tak berdosa . Cuma kalau buat dapat pahala sebab sunnah nabi. So, kita pilihlah amalan yg sentiasa beri kita extra pahala sebab dalam hidup pun antara du.itt Rm.5 dengan Rm.50, kita akan pilih yg lebih banyak. Kan kan ? 😏


Selesai wirid dan zikir, doalah apa-apa sahaja. Mintak Allah beri keredhaan dunia akhirat, mintak Allah sentiasa bantu kuatkan iman, mintak Allah jauhkan kita dari api neraka dan masukkan kita dalam syurga atau apa sahaja doa yang kita nak Allah kabulkan. 


Firman Allah :

“Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina."

— Surah Ghafir ayat 60


Ni adalah compilation wirid dan zikir yg kita boleh amal lepas solat . Boleh refer pada gambar ya, Nur susun ikut turutan ❤️ 


Kredit to w.site Aku Islam.




















































Doa yg baik², In shaa Allah yg baik² juga akan menghampiri kita semua.. 

In shaa Allah.. 🥰

Semoga bermanfaat.. 


🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹


Baca lagi.. 👇👇👇

TUBUH WANITA

https://foreverbyfbonur.blogspot.com/2021/09/tubuh-wanita.html?m=0


Atau


KATA KATA ORANG

https://foreverbyfbonur.blogspot.com/2021/09/kata-kata-orang.html?m=0


May 09, 2022

FOREVER NECTAR BERRY

 

Rasa mcm nak bukak Nectar lh plk hari ni...

Last minum nectar masa dalam pantang haritu jer.. lepas tu terus konsisten dengan AVG botol kuning dengan Forever Lite jer.. 😅 




Sambil² tu, Nur nk sharelah kan.. 

Antara Kesan yg paling utama sekali Nur rasa lepas Nur minum NECTAR ni, hilang terus craving dengan benda² manis.. kalau tak, sebelum tu hampir tiap hari Nur makan aiskrim coklat Corn**** tu tau..

Serius rasa lain sangat.. sebab kita jer tahu diri kita camner kan.. seram plk rasa bila mula ketagih nak makan eksrem tu sokmo..


Tapi, lepas minum NECTAR, bila makan aiskrim tu terasa cm muak plk.. terpikir sendiri, macam manalah aku boleh telan aiskrem manis giler tu dulu.. 😅 hampir setiap hari plk tu.. 


so, kalau perut tu bloated, padanlah ukee... 🤣 Saper suruh makan mcm² tak der control lepas tu tak cuci usus plk tu.. exercise jauh sekali.. adehhh... Ni kater kat diri sendiri ni.. skrg dh insofff... 😁


Lagilah musim² perayaan ni kan.. lagilah sokmo nak telan macam² tanpa kawalan. Fuhhh.. memang kalau dh ada depan mata, susah bangat nak tolak. 

Tapi, bila konsisten minum aloe drink ni, memang cepat jer rasa kenyang. Bila cepat kenyang, automatik rasa nak makan banyak tu pun terkawal dengan sendirinya.

Ini ikut pengalaman Nur laaa.. lain org, lainlah effectnya kan.. 


Korang yg selalu craving benda² manis tu, wajiblah try NECTAR ni.. diperkaya dengan buah cranberry + apple tau... Ada aloevera juga.. Serius produk premium pada harga mampu milik.. 

Rasa dia macam ala² Ribena tu. Tapi, in shaa Allah Nectar ni jauh lebih sihatlah untuk usus dan tubuh badan kita keseluruhannya.. 


Dari kiri,
1) Forever Freedom (untuk org yg ada masalah sakit sendi
2) Forever Aloe Vera Gel (pure alovera dlm bentuk air. Bukan gelly² tu tau)
3) Aloe Peach (aloevera perasa peach yg lebih sesuai utk anak²)
4) Nectar (alovera perasa berry + epal premium. Sangat membantu dalam menstabilkan hormon wanita & utk org yg ada masalah GOUT)



Nak try? Meh roger Nur...

Dah try, boleh share manfaat dgn orang lain plk.. takkan nk sihat sorang² gaisss.. berdosa tau tak share.. 😉

📲 011-11427469


#ForeverbyIbuNur

#ForeverLiving

#teamneeded

#familymagika

March 10, 2022

SUSU IBU DROP

 


Selepas melahirkan, mesti kebanyakan ibu pasang niat nak susukan baby sampai 2 tahun kan. Tapi, umum semua orang perlu tahu dan wajib tahu bahawa menyusukan anak ni bukan lah mudah dan bukan lah isu yg boleh diremehkan.


Sepanjang 2 tahun tersebut, pasti macam² perkara akan berlaku. Pasti macam² cabaran akan dilalui. Tidak kiralah ibu bekerja di luar atau di rumah. Pasti akan ada dugaan & cabaran.


Nur nak share pengalaman Nur sendiri. Walaupun baby Sufyan baru nak masuk 3 bulan, syukur sangat Allah dah beri pengalaman menyusukan 8 orang anak sebelum ni.. so, memang tak gelabah lah kan. 


Februari 2022 kami sekeluarga diuji dengan COVID 19.. Bermula daripada seorang anak yg positif covid, akhirnya semua satu keluarga positif. Alhamdulillah simptom tak teruk & berterusan. Cuma batuk ambil masa lebih sebulan juga nak baik.

Dalam tempoh tu juga, Nur diuji lagi dengan gusi bengkak + demam on off lebih sebulan. Nak makan tak selera, nak tidur pun tak lena. Supplimen dah makan, ubat dah makan tapi, kesembuhan tu milik Allah kan. Bila dia nak bagi sihat, itu adalah haknya.. kita, ikhtiar sahaja dengan apa yg ada. Jangan putus asa..


Setelah lebih sebulan Nur kurang sihat, susu mula drop.. Bekalan susu yg terkumpul dalam peti ais pun habis terus. Syukur juga memang dah start buat banyak stock susu utk Sufyan sejak dari dia lahir lagi.. sekurang²nya adalah backup bila diperlukan.


Pengalaman sebelum ni, tak buat stock susu dari awal. Bila tak sihat, baby pulak asyik nak menyusu, mulalah stress & cepat marah. Badan lesu, tak bertenaga & mulalah semua serba tak kena.. 


Benarlah ibu mengandung & menyusukan perlukan supplimen tambahan. Sebab, badan seorang ibu dikerah untuk 'bekerja' extra sepanjang lebih 3 tahun tu. Kalau tidak, bukan hanya akan beri tekanan pada badan tapi tekanan pada emosi juga.


Nur mula perasan susu drop bila nampak baby Sufyan kurang puas menyusu bila minum direct.. Kurang berak dan kalau berak pun warna najis memang nampak dia tak cukup susu.. Susu yg dipam plk nak dpt 2oz pun sangatlah susah.. Kepekatan susu pun kurang.


Lebih 2 minggu Nur betul² konsisten minum Forever Lite protein blend dengan kurma setiap pagi & malam.. sambil tu Nur buat power pumping hampir setiap hari sambil menyusukan baby Sufyan. Ini paling penting untuk upkan semula demand.. sebab, konsep asas penyusuan adalah SUPPLY ON DEMAND.




WHY FOREVER LITE & KURMA?

Sebab, forever lite ni kaya dengan protein. Protein adalah penting untuk perkembangan, dan pembaikan sel. Jumlah purata protein yang ibu menyusu perlukan setiap hari ialah 54g, tetapi sesetengah ibu mungkin perlukan 67g sehari, atau mungkin juga lebih. Protein yg cukup dapat membantu memelihara kulit ibu & baby supaya sentiasa sihat & cantik.


Selain tu, Forever Lite juga dapat membantu memberikan tenaga tambahan untuk ibu menyusu. Kalau ibu kurang bertenaga, macam mana nak menyusukan baby setiap 2 jam kan? Nak uruskan hal rumah tangga & anak² yg lain lagi.. 


Kajian menunjukkan tenaga harian yang diperlukan oleh ibu yang menyusukan bayi adalah kira-kira 2,000 kJ (478 kalori) lebih daripada yang diperlukan oleh seorang wanita normal. Kalau berpuasa, Forever Lite dapat membantu memberikan rasa 'kenyang' lebih lama, In shaa Allah.


Lagi satu, Nur suka minum Forever Lite ni sebab dia rasa coklat. Sebenarnya ada 2 perasa untuk Forever Lite ni. Coklat & vanila. Untuk tekak Nur yg agak susah nak minum susu putih ni, memang coklatlah jadi pilihan utama. 😁 Lagi pulak, coklat tu sendiri boleh merembeskan hormon oxytocin iaitu hormon penenang yg amat diperlukan oleh ibu² menyusu. Kalau tak tenang, susu susah juga nak produce. Sebab tu ibu menyusu ni kene elakkan stress. Kalau tak, memang susu mudah drop.


Ikut pengalaman sebelum ni, waktu bulan puasa adalah waktu susu Nur jadi extra daripada biasa. Sebab, bulan puasa jer yg Nur memang betul² banyak makan kurma. Setiap kali sahur & berbuka, kurma memang makanan yg paling wajib Nur amik. Kalau tak, Nur mudah gigil @ hypo di siang hari puasa tu.


Alhamdulillah hari ini, dah nampak hasilnya.. sambil menyusukan baby Sufyan, sambil pam dah dapat lebih 4oz.. Dia pun dah mula nampak puas bila minum direct. Warna najis pun dah tak pucat lagi.. Syukur Ya Allah.




Untuk ibu² di luar sana.. janganlah mudah putus asa dalam memenuhi hak anak yg satu ini. Tak lama.. 2 tahun jer. 2 tahun yg pertama kehidupan dia yg betul² kita bersama dengan dia.. Bonding yg 2 tahun ini sangatlah berharga untuk setiap ibu dan anak.


Siapkan diri luaran dan dalaman. Dapatkan sokongan untuk emosi dan tubuh badan. Jangan biarkn diri keseorangan. Jangan biarkn emosi kesepian. Carilah circle yg blh memeriahkn & jangan lupa amalan kerohanian.


Usaha, ikhtiar, sabar & solat..

In Shaa Allah, semoga segala urusan kita dipermudahkan. Setiap usaha yg berterusan dan bersungguh² tidak akan sia².. 🥰

Itu janjiNYA..


#mystory

#myjourney

#mybreastfeedingjourney

#ibugigih

#ForeverbyIbuNur


Nak order? Meh roger Nur laju².. kita submit order cepat². In shaa Allah, ready stock available... 

https://linktr.ee/ibunur

#ForeverMiracleEagle 

#yourfavoritefbo 

#familymagika 

#foreverlivingproducts 

#ProductspeakItself 

#teamneeded 

#askmehow






January 06, 2022

ABSORBENT C = VITAMIN C

 ABSORBENT C = VITAMIN C


Rasanya semua orang sedia maklum bahawa badan kita tak boleh menghasilkan vitamin C sendiri...semua kene ambil melalui pemakanan harian.


Dan semua juga sedia maklum bahawa pentingnya ambil vitamin c yg mencukupi setiap hari. Bukan sahaja bagus untuk kecantikan tetapi, sangat penting juga utk sistem imun yg lebih baik.


Vitamin C merupakan vitamin larut air.

Jadi ianya dapat bertahan dalam badan kita

hanyalah 3-4 jam sahaja. Selepas itu kita perlu gantikan lagi dengan pengambilan Vit C.



Nur pilih Absorbent C & buah buahan mcm oren & strawberry sebagai sumber vitamin C untuk keperluan badan Nur. Sebab, Forever Absorbent C diikat dengan SERAT OAT yang menghasilkan kesan seperti span.


Hasilnya Vitamin C tidak berkurang dengan segera dan bertahan dalam sistem penghadaman dalam tempoh yang lama.

Jadi, ia membantu badan untuk menyerap 100% Vitamin C secara berterusan.


Berbeza dengan Vitamin C di pasaran luar banyak mengandungi pewarna tiruan & overdose sukatannya...


Absorbent C Forever lain dari yang lain.

Tiada pengawet, tiada pewarna tambahan, memang pucat je warna dia. Dan kadarnya juga berpatutan utk badan. Lebih² nanti kesian kat buah pinggang kita nak proses banyak².. 


Nampak tak...kaler dia pun plain jer.
Tiada pewarna tambahan gaiss 😉


TEKNOLOGI INI BERPATEN DAN TIDAK BOLEH DITIRU OLEH MANA-MANA PENGELUAR VITAMIN C YANG LAIN.


Promo BUY 7 FREE 1 ABSORBENT C masih on sampai 15hb ni tau!! While stock last. 

Rasa dia pun sedap.. Sbb tu dia bersifat chewable.. so, anak² pun tak der masalah nak makan. Rasa mcm makan gula² jer.. 




Nak order? Meh roger Nur laju².. kita submit order cepat² sementara stock masih ada.. 

Free postage juga Nur bagi..

Lepas 15hb jangan mintak lagi naaa.. 😉


Lagi cerita ABSORBENT C = VITAMIN C


#AbsorbentC adalah sumber daripada BUAH OREN, BUAH BETIK, OAT dan MADU LEBAH.

Buah-buahan eksotik yang dimasak sendiri di bawah sinaran matahari dan bukannya diperam dalam gudang.


Ia tinggi dengan bioflavonoid, tinggi kandungan Vitamin C dan mampu memenuhi keperluan harian kita. Ia juga digemari oleh kanak-kanak disebabkan rasanya seperti oren dan hanya

boleh dikunyah begitu sahaja tanpa air.


Vitamin C juga sangat2 baik untuk mencegah daripada selsema, batuk, demam dan seumpamanya. Cubalah 😍


Kelebihan Lain Absorbent-C :


✅ Memberi kesan alkali dalam badan. Sesuai untuk meneutralkan asid daripada makanan.

✅ Meningkatkan daya tahan badan kita.

✅ Membantu membakar tisu lemak untuk pengamal diet.

✅ Membantu meningkatkan tenaga dalam badan dari sumber Oat dan Madu.

✅ Menjaga kesihatan tulang dan sendi untuk orang yang aktif bergerak.

✅ Mengekalkan kandungan Vitamin C dalam badan lebih lama berbanding vitamin C biasa

✅ Mencantik dan mencerahkan kulit secara keseluruhan.


Banyak lagi kelebihan orang yang amalkan Absorbent C 😍 

Ada juga yg kata masalah gastrik dia hilang tau lepas amalkan Absorbent C ni tiap hari..


Dos pun 60mg sebiji sahaja ikut keperluan badan. Sebab sifat vitamin C lain memang cepat larut dalam badan. Specialnya Absorbent-C dia 'kunci' lebih lama dalam badan.


Diulang, Promo BUY 7 FREE 1 ABSORBENT C masih on sampai 15hb ni tau!! While stock last. 

Kene bagitau banyak kali supaya uoollss ingat. Heheh.. 😁


Rasa dia pun sedap.. Sbb tu dia bersifat chewable.. so, anak² pun tak der masalah nak makan. Rasa mcm makan gula² jer.. 


Ni antara testimoni mereka yg dah amalkan Absorbent C ni sebagai makanan tambahan harian. 

👇👇👇

Anak dah kurang bersin pagi².


Dalam masa 6 bulan, jerawat dan parut beransur² surut.



Kulit lebih glowing, pinkish & tidak lagi kusam.


Susu badan banyak, vitamin c mudah makan.
Kunyah² jer.. sedap..



Kulit smooth, kurang berminyak.
Parut pudar.









Nak order? Meh roger Nur laju².. kita submit order cepat² sementara stock masih ada.. 

Free postage juga Nur bagi..

Lepas 15hb jangan mintak lagi naaa.. 😉

https://linktr.ee/ibunur

#ForeverbyIbuNur 

#ForeverMiracleEagle 

#yourfavoritefbo 

#familymagika 

#foreverlivingproducts 

#ProductspeakItself 

#teamneeded 

#askmehow




RENGAT + BENGKAK SUSU

 RENGAT + BENGKAK SUSU




Rengat ni orang tua-tua dulu panggil sebagai sakit batu merian


Sumber dari hmetro.com.my Disiarkan pada: February 4, 2019 @ 12:17pm 

👇👇👇

Menurut Pakar Perunding Obstetrik dan Sakit Puan Sunway Medical Centre Dr Sharmina Kamal Shamsul Kamal, kesakitan dialami wanita seperti kontraksi atau rengat adalah disebabkan proses pengecutan rahim untuk kembali ke bentuk asal.


“Sejurus selepas bersalin rahim perlu mengecut untuk mengelak daripada pendarahan yang terlalu banyak atau berterusan. Ini adalah proses normal yang dialami setiap wanita.


“Pada hari-hari seterusnya, rahim mengalami proses pengecutan untuk kembali ke bentuk asal. Secara amnya, dalam tempoh 10 hingga 14 hari, rahim sudah tidak boleh dirasai di kawasan abdomen,” katanya.


Tahap kesakitan rengat berbeza pada setiap wanita dan daya ketahanan terhadap kesakitan juga berbeza. Ada wanita yang berasakan ia amat menyakitkan dan ada pula yang boleh menahannya. Ada kalanya, sakit rengat akan juga bertambah ketika menyusukan bayi dan ini adalah normal kerana hormon oksitosin yang menggalakkan pengeluaran susu juga menggalakkan kontraksi.


“Oleh itu dinasihatkan wanita meneruskan penyusuan badan walaupun mereka terpaksa menahan kesakitan kerana semakin kerap bayi menyusu, lebih cepat rahim mengecut,” katanya.


Menurut Dr Sharmina, bagi wanita yang merasai kesakitan yang kuat, terlampau sakit atau terdapat banyak pendarahan, mereka perlu segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan kerana mungkin berlaku jangkitan kuman atau komplikasi yang lain. Ia mungkin juga bukan rengat dan boleh mengancam nyawa,” katanya.

~~~~~~~~~~~~~


Rengat dan bengkak susu ni adalah masalah utama Nur setiap kali lepas bersalin. Dari anak sulung sampailah anak ke 9 ni.. cuma tahap sakit jer yg membezakan.


Kalau ikut skala sakit hospital tu, 1-10, skala sakitnya tahap 9-10 gitu.. 😅 memang sakit tahap tak boleh bincang.. wajib nangis² thn sakit.. sampai rasa nak demamlah semlm. Tungku pun kurang membantu bila dah sakit sangat.

Terpaksa telan ubat tahan sakit + panadol. Lepas tu, terus tido. 

First time rasa sakit rengat yg teramat sangat ni masa lepas bersalin anak no 3, Syukrie. Mengharapkan tungku jer setiap kali sakit tu datang.


Bengkak susu yg teramat sangat ni sejak anak sulung lagi dah rasa.. Lagi plk anak sulung, tak reti lansung nak menyusukan. Safwan pun lambat pandai latch masa tu. Teruk merekah melecet luka. 


Tapi, practice make perfect kata org kan. Makin ramai anak, makin baiklah skill menyusu tu. Cuma awal² breastfeeding mesti akan jadi juga merekah melecet tu. Doc kata sebab memula lepas bersalin tu normal kawasan aerola tu agak kering ckit. Lepas 2-3 hari In shaa Allah ok kalau baby pandai latch.


 CL yg datang urut Nur tu pesan, cuba akak makan apa² supplimen yg ada minyak ikan. Tapinya yg ni dia syorkan utk kurangkan masalah bengkak susu tu.. untuk rengat tak pulak dia kata apa. Just tungku jer katanya.




Tak pikir lama dah. Terus Nur telan ARTIC SEA tu 2 biji sebelah petang, 2 biji sebelah malam. Alhamdulillah, semlm juga lega 2 masalah ni. Rengat + bengkak susu. Bonus lain yg Nur dapat, sakit² lenguh² badan sebelum tu pun tetiba jadi lega.


Susu yg bengkak rasa nak meletup tu pun tetiba menitis² keluar tanpa henti.. Dan peluh pun elok keluar semula. Hilang rasa seram sejuk. Syukur Ya Allah..


Kira sakit rengat kali ni agak singkatlah juga. Tak sampai seminggu pun sakitnya. Syukur sangat. 


Rezeki baby Sufyan sama mcm abg kakak sebelum ni.. susu memang meriah. Sufi pun join minum skali susu ibu guna botol.. Syauqie jer x mo..


So, korang kalau ada masalah rengat atau bengkak susu ni lepas bersalin, bolehlah cuba telan Artic Sea ni juga.. dia ada minyak zaitun juga tau. Sekaligus bagus utk mencantikkan kulit.. 🥰


Selain Artic Sea ni, Nur minum AVG + POMESTEEN juga masa dalam pantang kali ni. Pomesteen tu kaya dengan ekstrak buah delima tau. Memang bagus untuk ibu dalam pantang & bagus untuk menurunkan jaundis baby. Tapi, ibulah yg minum. Bukan baby tau. Baby bagi minum susu ibu jer kerap². Supaya dia kerap membuang. So, biliburin dalam badan dia yg jadi punca jaundis tu cepatlah habis keluar dari badan dia.

Nampak ketara jaundis baby Sufyan turun sangat cepat dan mendadak. Syukur.. Tiada lagi kisah prolonged jaundis kali ni. Anak² sebelum ni, kebanyakannya semua prolonged jaundis. Kesian depa asyik kene cucuk amik darah.


Kiri kanan tangan baby Sufyan kene cucuk utk check jaundis dia. Sedih ibu tengok tau..


Korang ada masalah sama macam Nur lepas melahirkan? Cubalah ikhtiar dengan ARTIC SEA ni ya. AVG + POMESTEEN juga bagus diamalkan semasa berpantang. Bukan sahaja melawaskan, masalah sembelit pun In shaa Allah berkurang atau tiada lansung.. 

Nak order?

Meh roger Nur.. In shaa Allah, banyak free gift nak bagi tau.. 😉

https://linktr.ee/ibunur

#ForeverbyIbuNur 

#ForeverMiracleEagle 

#yourfavoritefbo 

#foreversetiaalam 

#ForeverShahAlam 

#ForeverPuchong 

#dropshipwanted

January 05, 2022

RESULT EXAM UPKK SYUKRIE DAH KELUAR

 


Kat facebook JAKIM dah keluar notis bahawa 28 Disember 2021 dah boleh semak keputusan UPKK. Tapinya, line depa bz giler 2 hari tu.. 

Syukrie ni kira anak Nur yg pertama amik exam UPKK ni.. Abg kakak dia Safwan & Syamimi tak masuk sekolah rendah agama dulu. Adalah kekangan² yg tidak dapat dielakkan masa tu. 


So, Nur abadikanlah kat blog ni sebagai kenang kenangan untuk masa akan datang.. hehe.. 

Alhamdulillah...
Finally tengah malam, beberapa minit jer lagi nak masuk 30 Disember dapat jugak semak keputusan UPKK Syukrie..



Walau apapun keputusan abg chik, TAHNIAH ibu ucapkan. Sebab itu adalah usaha dan kesungguhan drpd abg chik sendiri..
Setiap keputusan bukan kayu pengukur segalanya tau. So, keep going.. 

Ibu doakan semoga abg chik berjaya dunia akhirat & dapat menjadi seorang hafiz yg cemerlang dunia akhirat juga.. Tercapai segala hajat & sentiasa dalam jagaan, lindungan Allah..

Terima kasih sebab pernah menjadi penghuni rahim ibu. Ibu sayang semua 9 orang anak² ibu.. selit nama ibu dalam doa abg chik ya.. 🥰




The next day, Baru dapat download result penuh dia utk setiap mata pelajaran..

Sama macam ibu juga dulu²..
Bahasa Arab mesti agak kurang pencapaiannya.. 😅 Abg Chik pn ckp dalam banyak², Bahasa Arablah yg paling susah..

Tapinya, abg chik sempat masuk sekolah agama 3 tahun jer...darjah 4, 5 & 6... itupun, 2 tahun pkp.. kasihan kamu wahai anak..
Kira keputusan yg bagus juga pada ibu tau! Dah lh tak tengok buku sangat pun. PDPR pun kelaut dalam. 

Pokoknya, kami berdua ni otak kiri.. kalau suruh menghafal lagi² fakta yg panjang², memang slow.. kalau srh mengira, kami laju.. (lagi² kalau kira duit 🤭)

Yg pasti, abg cik dah kalah ngan ibu... 
Hihihihii.. 🤣🤣🤣 sila cuba lagi untuk kalahkan result ibu bagi exam² akan dtg ya.. 😆

Kenangan kat Lexis Hotel PD masa check out.
Sarat betul dah masa ni.



Depa ni semua suka minum aloe peach.. Artic Sea & Bee Propolis item wajib anak² Nur amik lagi² kalau time tak sihat. Sekarang, Jarang sangat dah dengar abg chik ngadu ada ulser.. kalau dulu, dialah pengidap ulser sepanjang tahun. Alhamdulillah.. Biiznillah.. 🤲🏻


Nak order forever living product?
Meh roger Nur..

#ForeverbyIbuNur 
#yourfavoritefbo 
#ForeverMiracleEagle 
#foreversetiaalam 
#ForeverShahAlam 
#ForeverPuchong 
#dropshipwanted
#mystory
#myjourney
#ibugigih

Baca lagi...

9th PREGNANCY JOURNEY IBU NUR

Sebelum ni pernah janji kat salah satu post di Facebook nak share pregnancy journey anak ke 9 ni..

Kira post ni ditulis untuk menunaikan janjilah ek.. hehe.. amaran! Post ini panjang berjela tau. Amik masa 3 sesi juga nak mengarang ni. Terima kasih sudi membaca.. Semoga bermanfaat juga untuk semua..


Salah satu pic kenangan pregnancy yg ke 9 ni.. nampak nau ibu membesar dengan jayanya..


Salah satu kesyukuran 2021.. Alhamdulillah, pada tanggaL 18 Disember 2021 jam 4.27 pagi, lahirnya seorang lagi ahli dalam keluarga kami.. Mohammad Sufyan nama diberi. Kini, bilangan khalifah kecil kami dah jadi 9 orang. 6 lelaki, 3 perempuan. 



Tarikh ni juga tarikh keramat untuk rakyat Selangor kerana, berlakunya banjir besar yg menenggelamkan hampir seluruh kawasan Selangor. Kawasan yg tak pernah banjir pun tiba² banjir. Mujur ayahnya tunggu kat Hospital jer malam tu. Kalau tak, ayah tak dapatlah teman ibu lahirkan baby Sufyan. 



Lepas teman ibu bersalin, laju² ayh balik rumah. Hampir² juga terperangkap tengah² banjir tu. Tapi, fikirkan anak² yg lain kat rumah, ayh redah juga balik rumah follow belakang lori. Tenggelam juga kancil merah tu. Habis basah karpet dlm kereta katanya. Apa² pun, syukur selamat semuanya..



Nama baby Sufyan ni diambil sempena nama Imam Sufyan Ats-Tsauri, seorang tokoh ulama di abad ke-2 Hijriah yang kisah hikmahnya sangat mahsyur.. MasyaAllah.. Beliau dikenal sebagai imam dalam bidang hadis dan dinilai setara dengan para imam fikih mazhab yg empat iaitu Imam Abu Hanafi, Imam Malik, Imam Syafi'i, dan Imam Ahmad bin Hambal.



Semoga baby Sufyan juga cintakan agama Islam mcm Imam Sufyan Ats-Tsauri.. Aamiin ya mujibb..



Alhamdulillah, syukur perjalanan mengandung & melahirkan anak ke 9 ini tidak lansung terasa membebankan.. mungkin sebab lama rehat sebelum tu kan. 3 tahun setengah Allah bagi ibu rehat.

Lepas bersalin Syauqie, anak no 8, Nur guna perancang kehamilan jenis implanon. Yg masuk kat lengan tu.. Ngam² dalam pantang hari ke 44 terus dapat tarikh appointment utk pasang implanon ni.. Tempoh jangka hayat implanon ni adalah 3 tahun. 


Ini jenis impanon yg Nur gunakan sepanjang 3 tahun.



So, lepas dah cukup 3 tahun boleh gi mana² klinik yg menyediakan servis bukak implanon ni. Nur bukak kat klinik swasta. Cas bukak masa tu dalam RM200. Nur bukak implan dalam bulan 3, 2021.. ngam² bukak implan terus period yg pertama. Kira habis period pun sehari sebelum puasa bulan Ramadhan. Bulan puasa pun smooth jer. Tak der tanda² pelik or mual².. Cuma pelik kenapa tak period lansung dah lepas tu. Siap dapat puasa penuh. 


Last day puasa, terus buat UPT.. Tak cukup 1, Nur buat test sampai 3 kali. 😅 Masih tak percaya lagi, beli plk test yg Clear Blue tu. Orang kata kalau guna Clear Blue ni memang 90% tepatlah. MasyaAllah semua terus naik 2 line. Kat test clear blue keluar dah 5weeks+.. Tak sangka sangat sebab ikut kefahaman sendiri yg kurang ilmu ni, 6 bulan lepas bukak implanon tu baru tahap kesuburan akan jadi tinggi.. Rupanya tidak. Semua depends pada badan masing² juga..


TaK Ingat dah ni test UPT yg keberapa. 
Test malam pun dapat line terang gitu..


So, bermulalah journey pregnancy ibu yg ke9.. 3 bulan juga melepek siang malam. Siang malam pening mabuk muntah loya. Lemah badan semualah. Tapi yg peliknya bila dapat keluar jalan² hilang semua loya. Tapi, balik rumah, melepek balik.. 🤣🤣🤣


Walaupun mabuk semua tu, Nur still mampu makan tau. Tak macam pregnancy sebelum² ni. Tak lalu makan.. yg kali ni, siap makan nasi tengah² malam. Kalau terjaga time tgh tido tu, mesti nak makan. Kalau tak, mulalah perut masuk angin, moody semacam.


Masa ni, segala apa supplimen pun Nur sangat tidak konsisten makan. Kadang makan, kadang tak.. semua ikut mood. Susu pun minum ikut mood. Tapi banyak amik fresh milk coklat yg jenama Farm Fresh tu. Lepas tu banyak makan buah buahan fresh. Lagi² strawberry.. tiap minggu beli strawberry masa awal² tu.. Itu jer yg lalu telan. 

Ada jugak gambo kenangan strawberry ni 😅



Tiap bulan checkup, hampir tiap bulan jugalah kene scan perut. Sebab, kehamilan Nur kali ni doc tick sebagai kehamilan berisiko tinggi.. dengan history prem utk ank² sebelum ni, anemia in pregnancy, hyperthyroidism & history masalah tulang belakang. So, tiap bulanlah kadang tu jadi orang terakhir habis checkup dalam ramai² manusia yg dtg..


Masa awal² pregnancy doc detect uri bawah tahap 3.. Dah pertengahan, Alhamdulillah uri naik cantik. Bacaan darah TFT untuk masalah Hyperthyroidism Nur pun elok jer cantik sepanjang pregnancy.. Cuma bacaan HB (Hemoglobin) darah jer yg agak border dari bukak buku pink sampai 36 minggu.. Normal 11 ke atas.. tapi Nur, kat 9.1 - 9.9 jer. Tapi, dah hujung² nak bersalin tu elok plk dia naik tau!!


Tapi, masuk minggu yg ke 27,🥰 tiba² detect ada GDM plk lepas minum air gula. Yg depa panggil MGTT tu. Selalu pikir positif.. Allah sayang.. sebab tu dia bagi dugaan begini dan begitu.. Sejujurnya, tak minum habis secawan pun air gula tu. Tapi, bacaan sebelum minum air gula tu dah tinggi rupanya. Redha jerlah ibu on ubat kencing manis plk lepas tu.. Masa ni Nur sangat tak konsisten minum AVG, NECTAR, POMESTEEN semua tu tau. Sebab, masa mabuk awal² tu lansung tak dapat telan apa pun.. so sampai Trimester ke 3 tu pn mmg culas lah amik supplimen semua tu.. Menyesal giler rasa..


Korang jangan ikut macam Nur. Sepatutnya, once tahu jer pregnant, lagilah kene telan banyak² supplimen tau. Usahakan juga. Sebab, pemakanan kita tiap hari belum tentu dapat memenuhi rompong² dalam badan. Lagi² bila berbadan dua. Lagi banyak zat dan vitamin tambahan diperlukan. Ramai yg share.. Diorg amalkan AVG, NECTAR, POMESTEEN semasa pregnant, bacaan ujian darah semua cantik. 


Nampak tag kuning kat buku pink tu?
Kalau kehamilan biasa or tidak berisiko tag dia warna putih. Pernah merasa skali jer tag putih tu masa anak sulung..


Ingatkan dah makan ubat kencing manis tu, maximum dose plk tu, bacaan jadi ok.. Rupanya tak juga. Masalah cirit birit plk melanda sejak on ubat tu. Sampai kerap rasa cramp kat perut tau. Masa ni lah Nur mula konsisten btl² AVG & POMESTEEN.. Kira masuk Trimester ke 3 tu lah baru btl² amik supplimen ikut jadual. Better late than never kata orang.. Alhamdulillah, bila btl² konsisten, bacaan HB tu pun elok cantik naik.. Bacaan kencing manis tu plk elok border jer..


Selain tu, dari awal preggy Nur amik juga Forever Lite Protein perisa coklat shake² dengan 1 sachet Forevergreen biasanya. Fields Of Green pun Nur amik. Cuma tak konsisten jerlaa.. 😅 dah masuk trimester ke 3 baru mood insaf tu sampai..

Tapi, walaupn border, doc decide untuk induce pada 37minggu sebab baby besar.. Last scan seminggu sebelum induce tu pn doc dah estimate berat baby dalam 3.4 - 3.5kg.. masa ni debo dah sebab no 1-8 tak pernah lagi berat baby masa lahir lebih 3kg.. saspen woww.. So, 15 Disember 2021, pukul9.30 pagi, ibu pun serah diri untuk warded.. syukur dapat katil kat ward pada hari yg sama juga. So, takderlah menunggu kat PAC Hospital tu lama² mcm orang lain. Memang rezeki baby Sufyan sungguh.. 


Sebab, sebelum tu masa 32 minggu dah ada pengalaman bermalam kat PAC tu sebab ada contraction.. Sebelum ni pernah bersalin baby prem kan. So, kene tahan sbb doc risau lahir prem again. Syukur juga tak jadi. Doc kata just cramp kat area rahim tu akibat daripada regangan dalam tu dan akibat daripada cirit birit sebelum² tu. Merasalah tido atas lantai sejuk beku kat PAC tu.. Dugaan dugaan.. 


Serah diri


Mula² serah diri 15 Dis tu doc check bukaan jalan dah 3cm.. So, tak jadilah doc nak induce. Boleh normal mcm biasa kata doc. Next day, 16 Dis macam dah 4cm kata doc. Tiba² esoknya lagi, 17hb bukaan jalan jadi 2cm. Siap lena tido malam lagi. Tak mcm first night kene warded tu. Ibu dah mula cuak. Kenapa plk mengecut ni. Selesa btl baby Sufyan dalam rahim ibu. Dan doc terangkan, itu memang simptom baby besar. Dia jadi more comfortable dalam tu. 


Bosan btl masa ni. Snap gambo, mintak ampun maaF kat family terdekat & mohon doa semua.


Bermula dari lepas Subuh 17hb tu jugalah Nur start exercise mcm org nak pi olahraga tu.. extrakan sujud, extrakan solat, extrakan bacaan Quran. Semua buat extra sebab target nak bersalin hari tu juga.. Termasuklah mintak ampun kat semua org.. semua jadi extra.. lagi plk 17hb ni hari Jumaat. Tapi, perancangan Allah lebih baik kan. 


Mula sakit contraction tahap tak terkawal lepas maghrib 17hb tu. Control melalui pernafasan & keep on walking sekitar wad masa tu. Memang dah mcm orang tak tentu arahlh kekdahnya.. 😅 sampai rasa keliru.. contraction ker tak ni.. hehe.. 

Teknik pernafasan ni, korang boleh tengok You Tube. Rajin² juga tgk video proses kelahiran normal tu. Kira persediaanlah untuk mental dan fizikal sebelum bersalin.. 


Orang pun pelik tgk Nur tak tido lansung malam tu. Nurse pun dah mula check bukaan rahim setiap 2 jam skali. Pukul 10 malam 4cm, tapi jalan masih tebal katanya...lambat lagi katanya.. redhalah ibu dalam kesakitan yg amat sangat tapi masih boleh tahan.. Tengah malam, nurse check lagi.. 5cm katanya. Pun masih tebal katanya.. pukul2 pagi nurse panggil buat CTG.. Masa nilah doc detect contraction memang kuat sangat. Pukul 3.30 pagi nurse check jalan baru 6cm katanya tapi dah rasa kepala baby. Terus on the spot depa kemas barang² dan tolak ke labour room. 


Sampai kat labour room dalam pukul 4.05 pagi mcm tu.. baring jer atas katil tu, terus nurse yg attend nak bersalin check jalan. Masa ni terkejut sangat sebab dah fully 10cm. Tapi belum rasa nak meneran walaupn contraction yg dtg tahap menggigil menahan.. Nurse pun kata, relax puan, jangan teran lagi. 


Semuanya sangat smooth.. Rasa sekejap sangat proses melahirkannya. Dengan izin Allah, dengan bantuan guide dari nurse, Alhamdulillah lahirlah baby Sufyan dengan berat lahir 3.72kg, tanpa painkiller, tanpa koyak, tanpa kecederaan perineum & emosi lansung!! MasyaAllah... Hampir 4kg!!! 2-3 kali juga terpaksa curi nafas masa meneran tu. Tapi, ajaibnya, tak teran sungguh² sangat pun mcm anak² sebelum ni.. sungguh besar kuasa Allah yg Maha Memudahkan.





Tak terfikir lansung mampu bawak baby sebesar itu rupanya dalam rahim selama 37 minggu 4 hari. Benarlah kataNya, Dia tak kan beri sesuatu yg melebihi kemampuan kita. Syukur Allah mudahkan, izinkan untuk lalui moment gentle birth yg sangat berharga..


Hari ni, baby Sufyan dah berumur 19 hari. Jaundis pun dah tak der. Berat pun dah makin naik dengan jayanya. Semoga baby Sufyan terus membesar dengan sihat dan beriman ya. Best bau baby.. Bau syurga. Syukur Alhamdulillah Allah masih beri peluang merasainya lagi.. Lain btl feeling bila ada baby newborn ni. Mcm feeling booster gitu. Bahagia jer rasa. 


Lepas ni banyaklah Nur share pasal breastfeeding journey plk ya...hehe.. Salah satu journey yg sangat Nur suka sejak bergelar ibu ni. 🥰


Sambil menyusu, sambil tadah guna milk collector ni.. nampak tak warna susu tu kekuningan? Itu namanya kolostrom.. Susu awal yg sangat bagus utk newborn..





Ada yg bertanya..

Apa lagi produk #Forever yg Nur amik masa dalam pantang ni?


Selain Artic Sea, Nur amik 3 item dalam gambar ni lah. AVG, NECTAR & POMESTEEN.. Cara minum, Nur mixkan 3-3 skali, minum dalam 1 gelas setiap pagi & malam..






Alhamdulillah, berpantang dengan lebih bertenaga. Sembelit pun tiada.. seriau bila teringat bab sembelit masa berpantang ni. Dulu² siap jadi pakej buasir.. 😖 perit betul rasanya..


Syukur kali ni semuanya lancar.. 

Nifas yg keluar pun lebih lancar bila minum Nectar & Pomesteen tu.. anak Nur yg selalu senggugut time period pun minum Nectar ni.. Pomesteen tu ada campuran buah Delima tau. Bagus utk turunkan kuning baby.. juga bagus untuk merapatkan.. 🥰


Tapi, rutin bertungku, berbengkung, bertangas & bersauna Nur tetap buat tau. Moden + alami gitu.. Dua² pun ada manfaat dia sendiri. Asalkan jangan taksub, jangan keterlaluan.. 


Sauna YUkKk..


Berpantang tanpa pil. Itu pilihan Nur.. 😉

Anda pula bagaimana?


#ForeverbyIbuNur 

#yourfavoritefbo 

#ForeverMiracleEagle 

#foreversetiaalam 

#ForeverShahAlam 

#ForeverPuchong 

#dropshipwanted

BAcA LAGi...

https://foreverbyfbonur.blogspot.com/2022/01/absorbent-c-vitamin-c.html?m=0


TERIMA KASIH (^_^) ANDA PELAWAT KE....

Labels

kulit cantik (16) baby balm (15) bisness forever (12) serum (11) avg (10) baby balm najlaa (10) Forever (9) forever living (9) forever living setia alam (9) madu (9) madu forever (9) organik (9) Artic sea (8) aloe vera gel (8) cuci usus (8) eczema (8) sakura soap (8) Daftar ahli forever (7) Madu asli (7) Selsema (7) batuk (7) business forever (7) forever living shah alam (7) income (7) krim eczema (7) Pomesteen (6) Serum najlaa (6) alahan kulit (6) aloe vera (6) detox (6) detox usus (6) ikhtiar selsema (6) kulit bermasalah (6) madu terbaik (6) motivasi (6) balm kunyit hitam (5) bisness (5) bonus besar (5) essential oil (5) masalah kulit (5) sabun organik (5) tambah pendapatan (5) 3 konsep forever (4) Forever nectar (4) Resdung (4) forever shah alam (4) ikhtiar batuk (4) ikhtiar resdung (4) jus sihat (4) kulit sihat (4) kurus sihat (4) lautan artic (4) madu tulen (4) makanan sihat (4) set cantik (4) set eczema (4) tazkirah (4) DEODORANT (3) Pelembab (3) SOLAT (3) agen (3) aloe peaches (3) asma (3) athma (3) badan sihat (3) bonus direct (3) daftar agen (3) demam (3) inch loose (3) jerawat (3) loose inch (3) loose weight (3) merawat selsema (3) minyak ikan forever (3) pelembap (3) pengenalan najlaa (3) rahsia balm (3) sabun mandi (3) side income (3) sihat (3) sinus (3) tumit merekah (3) ubat gout (3) usus bersih (3) Agen najlaa (2) Antioksidan tinggi (2) Cara jaga tali pusat bayi baru lahir (2) Daftar forever (2) Doa (2) Kurma (2) Luka bersalin pembedahan (2) Pomegranate (2) Ubat gigi forever (2) WHY NAJLAA (2) alergik (2) anak (2) angin (2) apa itu steroid (2) asal usul najlaa (2) bahaya steroid (2) balsem (2) delima (2) deodorant natural (2) gerd (2) herba (2) hernia (2) jaundis (2) jeragat (2) jus antioksidan (2) jus delima (2) jus terbaik (2) kahak (2) kulit kering (2) kunyit hitam (2) lebatkan rambut (2) lembutkan kulit (2) lenguh (2) lip balm (2) luka cepat sembuh (2) minyak zaitun forever (2) mlm terbaik (2) nectar (2) pesan ustaz (2) protein coklat (2) protein sihat (2) protein vanilla (2) rawatan selsema (2) sakit kulit (2) sawan tangis (2) say no to steroid (2) senggugut (2) sistem imun (2) stabilkan darah (2) strechmark (2) tali pusat (2) tenang (2) ubat darah tinggi (2) ubat gigi best (2) ubat gigi selamat (2) ubat kolestrol (2) ubat sakit lutut (2) ubat sakit sendi (2) wanita (2) Alfatihah (1) Allah (1) Allergic Rhinitis. (1) Apa itu champor (1) BASI (1) BAU NAJLAA (1) BTL (1) Berat kurang (1) CERPEN (1) CHROMIUM (1) Cengkih (1) Forever freedom (1) Forever lite (1) G6PD (1) KEBAIKAN KURMA (1) MINYAK MAHAL (1) Morning sickness (1) Premenstrual dysphoric disorder (1) Puree (1) Qurban (1) Road to success (1) SEMULAJADI (1) Set untuk ibu (1) Shea butter (1) Steroid (1) Ubat cacing (1) WARNA NAJLAA (1) XANTHONES (1) aamiin (1) agen dikehendaki (1) aidiladha (1) air kelapa (1) air ketuban (1) air nabeez (1) akikah (1) alami (1) aqiqah (1) arthritis (1) arutic sea (1) awet muda (1) bacalah (1) bahaya vicks (1) bee honey (1) bee pollen (1) belajar (1) bernama (1) berpantang (1) bersalin cara czer (1) bloated (1) bonglai (1) buah peach (1) buang angin (1) candida (1) cara cuci botol susu (1) cara simpan sabun (1) cegah resdung (1) chewing gum (1) daftar dropship (1) daftar mini agen (1) darah (1) dedorant semulajadi (1) depression (1) doa resdung (1) dysmenorhoea (1) elak nyamuk (1) fadhilat (1) first food baby (1) flu (1) forever bee honey (1) forever bright (1) fungsi champor (1) fungsi lada hitam (1) gee alma (1) gurun sonoran (1) hea to toe (1) herba antik (1) hidung (1) home made (1) ibu menyusu (1) ibu.giguh (1) ikhtiar senggugut (1) ikhtiarselsema (1) immune booster (1) insect repellant (1) jalan kejayaan (1) jaundice (1) kapur barus (1) kegunaan lada hitam (1) kementerian kesihatan (1) kencing lawas (1) kenyang lebih lama (1) keputihan (1) keradangan (1) kerak kepala (1) ketiak aloevera (1) ketiak berbau (1) ketiak hitam (1) ketuban (1) korban (1) kronologi (1) kulit berminyak (1) kulit normal (1) kunyah (1) kurap (1) kurus (1) lada hitam (1) lilin lebah (1) limited edition (1) luka (1) luka czer (1) mabuk (1) makanan pertama baby (1) mandian bayi (1) manfaat chewing gum (1) manggis (1) mata cerah (1) minyak ikan terbaik (1) minyak kelapa dara (1) minyak serbaguna (1) najis keras (1) newborn (1) orac (1) panau (1) pedih ulu hati (1) pengalaman ibu anak hernia (1) penjagaan keintiman (1) penjagaan tali pusat (1) perubatan tradisional (1) perut buncit (1) perut kempis (1) pesanan (1) pewangi ketiak (1) pilis (1) pollen (1) punca jeragat (1) puri epal (1) puri golden pear (1) puri lobak (1) radikal bebas (1) rambut bersinar (1) rawat keputihan (1) rawatan alternatif (1) ruam (1) rukyah (1) sabar (1) sabun (1) sabun selamat (1) sabun tiada bahan kimia bahaya (1) sakit gigi (1) selawat syifa' (1) seluruh malaysia (1) semangat (1) sembelit (1) semut (1) set tof (1) slip disc (1) stress (1) success (1) sunburn (1) susu kurma (1) syafrina (1) tahan lapar (1) tekanan darah tinggi (1) tembikai (1) tiada bv (1) tiada orang tengah (1) tiada pv (1) tiada sistem pairing (1) tiada sistem point (1) tiada uv (1) tonsil (1) touch of forever (1) tulang patah (1) tulang rapuh (1) tulang retak (1) tulang sihat (1) tumit pecah (1) turun berat badan (1) ubat gigi tanpa florida (1) ubat gigi terbaik (1) ubat jangkitan kuman pundi kencing (1) ubat kencing kotor (1) ubat ketiak (1) ubat resdung (1) ubat steroid (1) urat simpul (1) varicose vein (1)