Selepas melahirkan, mesti kebanyakan ibu pasang niat nak susukan baby sampai 2 tahun kan. Tapi, umum semua orang perlu tahu dan wajib tahu bahawa menyusukan anak ni bukan lah mudah dan bukan lah isu yg boleh diremehkan.
Sepanjang 2 tahun tersebut, pasti macam² perkara akan berlaku. Pasti macam² cabaran akan dilalui. Tidak kiralah ibu bekerja di luar atau di rumah. Pasti akan ada dugaan & cabaran.
Nur nak share pengalaman Nur sendiri. Walaupun baby Sufyan baru nak masuk 3 bulan, syukur sangat Allah dah beri pengalaman menyusukan 8 orang anak sebelum ni.. so, memang tak gelabah lah kan.
Februari 2022 kami sekeluarga diuji dengan COVID 19.. Bermula daripada seorang anak yg positif covid, akhirnya semua satu keluarga positif. Alhamdulillah simptom tak teruk & berterusan. Cuma batuk ambil masa lebih sebulan juga nak baik.
Dalam tempoh tu juga, Nur diuji lagi dengan gusi bengkak + demam on off lebih sebulan. Nak makan tak selera, nak tidur pun tak lena. Supplimen dah makan, ubat dah makan tapi, kesembuhan tu milik Allah kan. Bila dia nak bagi sihat, itu adalah haknya.. kita, ikhtiar sahaja dengan apa yg ada. Jangan putus asa..
Setelah lebih sebulan Nur kurang sihat, susu mula drop.. Bekalan susu yg terkumpul dalam peti ais pun habis terus. Syukur juga memang dah start buat banyak stock susu utk Sufyan sejak dari dia lahir lagi.. sekurang²nya adalah backup bila diperlukan.
Pengalaman sebelum ni, tak buat stock susu dari awal. Bila tak sihat, baby pulak asyik nak menyusu, mulalah stress & cepat marah. Badan lesu, tak bertenaga & mulalah semua serba tak kena..
Benarlah ibu mengandung & menyusukan perlukan supplimen tambahan. Sebab, badan seorang ibu dikerah untuk 'bekerja' extra sepanjang lebih 3 tahun tu. Kalau tidak, bukan hanya akan beri tekanan pada badan tapi tekanan pada emosi juga.
Nur mula perasan susu drop bila nampak baby Sufyan kurang puas menyusu bila minum direct.. Kurang berak dan kalau berak pun warna najis memang nampak dia tak cukup susu.. Susu yg dipam plk nak dpt 2oz pun sangatlah susah.. Kepekatan susu pun kurang.
Lebih 2 minggu Nur betul² konsisten minum Forever Lite protein blend dengan kurma setiap pagi & malam.. sambil tu Nur buat power pumping hampir setiap hari sambil menyusukan baby Sufyan. Ini paling penting untuk upkan semula demand.. sebab, konsep asas penyusuan adalah SUPPLY ON DEMAND.
WHY FOREVER LITE & KURMA?
Sebab, forever lite ni kaya dengan protein. Protein adalah penting untuk perkembangan, dan pembaikan sel. Jumlah purata protein yang ibu menyusu perlukan setiap hari ialah 54g, tetapi sesetengah ibu mungkin perlukan 67g sehari, atau mungkin juga lebih. Protein yg cukup dapat membantu memelihara kulit ibu & baby supaya sentiasa sihat & cantik.
Selain tu, Forever Lite juga dapat membantu memberikan tenaga tambahan untuk ibu menyusu. Kalau ibu kurang bertenaga, macam mana nak menyusukan baby setiap 2 jam kan? Nak uruskan hal rumah tangga & anak² yg lain lagi..
Kajian menunjukkan tenaga harian yang diperlukan oleh ibu yang menyusukan bayi adalah kira-kira 2,000 kJ (478 kalori) lebih daripada yang diperlukan oleh seorang wanita normal. Kalau berpuasa, Forever Lite dapat membantu memberikan rasa 'kenyang' lebih lama, In shaa Allah.
Lagi satu, Nur suka minum Forever Lite ni sebab dia rasa coklat. Sebenarnya ada 2 perasa untuk Forever Lite ni. Coklat & vanila. Untuk tekak Nur yg agak susah nak minum susu putih ni, memang coklatlah jadi pilihan utama. 😁 Lagi pulak, coklat tu sendiri boleh merembeskan hormon oxytocin iaitu hormon penenang yg amat diperlukan oleh ibu² menyusu. Kalau tak tenang, susu susah juga nak produce. Sebab tu ibu menyusu ni kene elakkan stress. Kalau tak, memang susu mudah drop.
Ikut pengalaman sebelum ni, waktu bulan puasa adalah waktu susu Nur jadi extra daripada biasa. Sebab, bulan puasa jer yg Nur memang betul² banyak makan kurma. Setiap kali sahur & berbuka, kurma memang makanan yg paling wajib Nur amik. Kalau tak, Nur mudah gigil @ hypo di siang hari puasa tu.
Alhamdulillah hari ini, dah nampak hasilnya.. sambil menyusukan baby Sufyan, sambil pam dah dapat lebih 4oz.. Dia pun dah mula nampak puas bila minum direct. Warna najis pun dah tak pucat lagi.. Syukur Ya Allah.
Untuk ibu² di luar sana.. janganlah mudah putus asa dalam memenuhi hak anak yg satu ini. Tak lama.. 2 tahun jer. 2 tahun yg pertama kehidupan dia yg betul² kita bersama dengan dia.. Bonding yg 2 tahun ini sangatlah berharga untuk setiap ibu dan anak.
Siapkan diri luaran dan dalaman. Dapatkan sokongan untuk emosi dan tubuh badan. Jangan biarkn diri keseorangan. Jangan biarkn emosi kesepian. Carilah circle yg blh memeriahkn & jangan lupa amalan kerohanian.
Usaha, ikhtiar, sabar & solat..
In Shaa Allah, semoga segala urusan kita dipermudahkan. Setiap usaha yg berterusan dan bersungguh² tidak akan sia².. 🥰
Itu janjiNYA..
#mystory
#myjourney
#mybreastfeedingjourney
#ibugigih
#ForeverbyIbuNur
Nak order? Meh roger Nur laju².. kita submit order cepat². In shaa Allah, ready stock available...
#ForeverMiracleEagle
#yourfavoritefbo
#familymagika
#foreverlivingproducts
#ProductspeakItself
#teamneeded
#askmehow






0 comments:
Post a Comment