Dah dekat 2 bulan karangan ni dok peram dalam notes. 😅 Ni baru teringat nk post kat blog ni haaa.. itupun kul 5 pagi ni.. alang2 dah bangun awal kan..
AMARAN AWAL ‼️
Awas, posting ni panjang bangat.. 😂
~~~~~~~~~~~~~
MasyaAllah.. Tetiba dah jadi mak anak 10 diumur 7 hari lagi nak masuk 36 tahun😅 Tak terjangkau dek logik akal fikiran.. apa² pun, syukur Alhamdulillah 18 Ogos 2023 jam 7.33pm, telah selamat lahirnya seorang lagi baby girl dalam keluarga kami..
Nur Syafira Aufaa nama diberi.
Pertama kali juga cuba bersalin di Hospital Semi Government.. Hospital UiTM Puncak Alam.. ingatkan free sepenuhnya macam hospital gov sebelum ni. Rupanya, keras juga maharnya.. 😂 rawatan perubatan sahaja percuma macam hospital full gomen.. bak katanya ayhnya, awal2 lagi dah kene scam dengan baby Aufaa... Petanda awal baby penutup lah ni.. In shaa Allah... Berbaloilah dengan kualiti servicenya & keselesaan tempatnya.. 🥰 serius best..
![]() |
| View pemandangan dari luar hospital.. |
Diam tak diam, diusia perkahwinan 17 tahun, kami dikurniakan rezeki anak 6 orang lelaki & 4 orang perempuan.. Syukur Alhamdulillah.. Semoga anak² ini menjadi asbab semakin kukuhnya ikatan dalam rumah tangga, semakin bertambahnya iman di dada & asbab utk ke syurga Allah juga.. Aamiin ya mujibb 🤲🏻
Perjalanan pregnancy yg ke 10 ni agak rumit & penuh dengan cabaran juga. Setiap anak, pasti ada cabaran yg tersendiri. Kalau orang kata "senangnya beranak", tipulah dia. 😅
Masa ni juga, lebih 10 perkara yg doc highlight dalam buku pink supaya doc² lain juga alert..
Masalah kesihatan sebelum2 ni dan yg semasa lah kiranya..
Dalam sejarah juga, pertama kali pregnant tak naik lansung berat badan. Bukak buku pink masa 12 minggu berat 57.8 kg.. Berat sebelum bersalin 57.5kg.. Betul² rare pada Nur.. Syukurlah berat baby tak rendah sangat.. Berat lahir baby Aufaa 2.805kg. Not bad jugaklah kan.. lebih kurang dengan abg kakak yg sebelum ni kecuali dengan Sufyan yg no9 tu. Dia sorg jer dekat 4 kilo berat lahir..☺️
Yang paling tak dijangka, masa kandungan 28 minggu, lebih kurang bersamaan dengan 7 bulan lebih, Nur warded sebab masalah ACUTE RHINOSINUSITIS.. Itu bahasa kedoktoran. Bahasa Melayu kampung kata, resdung kronik. Entah bila Nur ada masalah resdung pun tak sure.. Sebab, Nur tak ada simptom resdung pn sebelum ni.
Petang Jumaat pada 23 Jun 2023 tu, lepas settle urusan hantar amik anak sekolah tengahari, Nur terus ke emergency Hospital UITM Puncak Alam. Pergi hospital pun sebab dah 2 minggu sakit kepala yg teramat sangat & demam on off start awal bulan Jun. Puas anak2 picit, makan panadol, buat wap muka, sapu segala balm & buat mcm² exercise. Tak juga melegakan sakit kepala tu. So, jalan terakhir, serah diri lah ke hospital.
Sampai hospital, macam² doc check. Masa ni juga tiba² doc kata bacaan tekanan darah jadi tinggi. Teruslah kene monitor kat bahagian zon merah. Last skali, pakar Orthopedic datang. Barulah dapat tahu rupanya belakang pipi, hidung, dahi, dah penuh dengan nanah. Dan itulah punca kenapa sakit kepala yg teramat sangat sampai nak pecah rasanya kepala. Nak sujud time solatlah yg paling seksa rasanya.

Kenangan.. single bed VIP siap ada TV 😂
![]() |
| Time ni tengah tunggu doc utk prosedur cuci hidung.. kain kat hidung tu panjang lebih 10inci.. compress utk meresap segala cecair & nanah dlm hidung.. |
![]() |
| Branula kedua selepas 5 hari |
Bermula dari situlah setiap hari prosedur suction, korek, masuk camera dalam hidung semua dilakukan utk mengurangkan nanah yg terkumpul. Doc tak dapat nak bius sebab ubat bius tu sendiri boleh bahayakan kandungan. Jadi, setiap prosedur yg sangat menyakitkan itu doc akan buat seminimal dan selembut yg boleh. Struktur tulang hidung Nur sendiri yg membuatkan prosedur tu jadi rumit & sangatlah menyakitkan.. 😖 ngeri plk kalau diingatkan balik.. Sampai demam jugalah Nur sebab tak tahan dengan prosedur rawatan tu sendiri. setiap pagi selepas prosedur, Nur akan jadi lemah & akan tidur sampai tghari utk kurangkan sakit.
Alhamdulillah selepas 10 hari warded & follow prosedur doc, dapatlah discharge dengan bekalan ubat, & next appointment utk rawatan susulan. Masa tu barulah rasa lega kepala & hidung pn dah jarang kene selsema..
1 benda yg Nur belajar, Allah jawab doa Nur.. sebelum warded tu Nur doa, Ya Allah, aku penat sangat2. Aku nak rehat yg betul2 rehat tanpa gangguan anak2, tanpa pikirkan apa pun masalah yg ada.. Terus dapat rehat 10 hari yg betul2 rehat.. 😂 makan berhidang, toilet sebelah katil, kain baju tak payah basuh.. Dapat plk single bed VIP siap ada TV dalam bilik.. MasyaAllah.. hebat kan kuasa Dia.. syukur Alhamdulillah.. memang rehat sungguh2 masa tu.. ala2 healing org kata.. solat tak der gangguan, baca Quran pn tenang2 jer..
Tapi, lumrah seorang ibu kan.. terasa betul sunyinya lepas tu.. tu yg masuk hari ke 9 dh mintak nak balik dengan doc.. kira dah betul2 stabil mental emosi semualah masa tu..
Ingatkan lepas drpd tu tak derlah episod masuk spital lagi sampai bersalin. Rupanya pada 1 Ogos 2023 bersamaan kandungan 32 minggu, lebih kurang 8 bulan, warded lagi skali.. Time ni checkup macam biasa kat klinik. Masa tu juga pertama kali Nur ada masalah buasir. Buasir yg Nur alami tu kecik jer macam seketul salur darah yg keluar kat tepi lubang anus tu. Melalui pembacaan, dia macam salur darah tersumbat. Nur takder masalah najis keras atau sembelit tapi sebelum tu Nur memang kerap membuang + cery bery.. mayb sebab dah hujung² kan..
Berhubung dengan masalah tu, terjadilah contraction awal. Contraction yg sebijik macam nak bersalin tu. Bila nurse & doc kat klinik check bukaan jalan, tengok2 jalan dah buka 1cm. Tapi, kata pihak hospital, utk orang yg dah bersalin banyak kali macam Nur ni, bukaan 1cm tu normal. Teruslah ninonino dihantar naik ambulance ke Hospital Shah Alam. Bila ada contraction, terpaksalah tadah punggung kene cucuk dexa plk. Dexa ni ubat utk matangkan paru² baby. Incase baby keluar awal. Effect dexa ni, dia akan naikkan bacaan gula ibu. Dah lah memang ada GDM on insulin preggy yg ke 10 ni. Memang mencanak² naik gulanya. Bila bacaan gula dh stabil baru boleh discharge. Itupun selepas 4 hari warded..
Masa ni jugalah detect baby dok melintang.. sampai discharge pun masih dok melintang gitu xmo turun. Senak tulang rusuk ibu dik. 😅 lagi2 dia mmg aktif sokmo dlm tu. Mengiring x kene, terlentang x kene.. last2 tido duduk.. Tapi, serius sangat tak selesa dengan crowd dekat Hospital Shah Alam.. dengan nyamuknya, panasnya.. 😌 Belum lagi asyik kene cucuk sampai 12 kali utk amik darah + insert branula. Urat jadi kecut sangat kali ni. Rupanya org yg ada gdm & kene amik insulin plk lagi, memang akan mengecutkan segala urat yang ada. Walaupun sebenarnya org preggy ni urat semua besar2 dah sepatutnya..
Syukur juga masa discharge dari Hospital Shah Alam tu, buasir yg sangat sakit tu dah mula kecut & kurang sangat dah rasa berdenyut² kat situ. Dah boleh berjalan normal semula..kalau tak sebelum tu jalan senget2 & slow jer macam warga emas yg dh tua sangat.. 😅 Masa ni Nur makan Bee Propolis & Fields Of Green daripada Forever Living.. sebab ada leader bagitau, Propolis sangat bagus utk apa sahaja jenis luka. FOG tu pulak utk lembutkan najis sebab penuh dengan kandungan sayur sayuran.
Tapi, ada juga kenangan best kat Hospital Shah Alam ni.. hahaha.. dapat hadiah sebab jawab soalan nurse masa sesi talk about breastfeeding.. sempat join talk lagi weyyy.. punyalah bosan masa tu.. 😁

Habis semua soalan utk orang lain pun den tolong bagi jawapan.. 😂
Kali ke 3 warded masa 35 minggu pregnancy.. Masa ni dah 2 hari contraction on off.. sampailah hari kejadian, 5 minit skali contraction datang.. pukul 1 pagilah en.husband hantar ke Hospital UITM Puncak Alam. Masa ni dalam kepala mmg target nak bersalin terus jer. Tapi, bila dah 3-4 hari dok wad, boleh plk contraction tu jadi makin berkurang. Memang main² sungguh dia.. 😅 Doc pakar pun confius.. Nak bagi discharge, dah masuk 36 minggu masa tu. Nak biar dok dlm wad, ibu plk dah kebohsanan melampau. 😂

Gambar sehari sebelum bersalin. Katil ibu betul2 depan nurse. Risiko tinggi katanya.
So, Jumaat pagi tu, bincang punya bincang dengan doc, dengan husband, sampai ketua jabatan O&G pun turun, Nur decide utk setuju induce belon. Itupun selepas masuk darah 1 beg sebab hb low.. sebelum tu doc cuba masuk zat besi melalui drip.. tapi tak dapat . Baru tahu yg Nur alergic dengan zat besi drip tu. Habis naik gatal² + bengkak seluruh badan & muka. Jantung plk tiba² laju & terpaksa on drip air 24 jam.. Berat baby Aufaa pun masa tu dah lebih 2.5kg ikut jangkaan doc. Lagi plk induce belon ni adalah cara induce yg paling kurang risiko untuk baby & In shaa Allah cepat untuk Nur.. memang betul.. tak sampai 2 jam, belon tu jatuh dengan darah yg agak banyak. Dalam hati dah terdetik.. kalau darah yg turun dulu, memang proses bersalin agak mencabar & sangat sakit. Orang tua kata kembar darah.
Doc ada pesan juga, proses bersalin awak kali ni mungkin agak menyakitkan. Sebab kita induce. Induce ni samalah dengan erti kata, paksaan. Kita memaksa dia keluar time bukan waktunya. Ya.. memang sakit amattt 😂
Tapi, sebelum² ni tak induce pun sakit juga. Dah memang kata nak keluarkan seketul budak kan. Tipulah kalau org kata tak sakit. Cuma bezanya tahap sakit tu & tempoh masa sakit tu jer lama atau sekejap..
Masuk belon jam 11 pagi. Pukul12 lebih ibu buang air besar skali dengan belon jatuh, pukul1 dah ada kat labour room. Sebelum doc mula apa² prosedur, mintak izin nak solat dulu. Sebab, lepas tu memang tak boleh bangun dah dari katil labour room tu. Masa ni, nak makan pun dah tak lalu.. makan 2-3 suap jer + minum air kosong banyak².. Sebab tu tak suka masuk labour room awal².
Macam Sufyan dulu, (anak no 9), dah rasa mcm ada seketul kepala kat bawah tu baru bagitau nurse & barulah ditolak ke labour room.. sampai² labor room terus bersalin. Sempat baring 10 minit jer.. nasib baik ayhnya sempat jenguk. Elok ayhnya sampai, meluncur dia keluar..
Lebih kurang jam 1.45petang, bermulalah perjuangan ibu untuk melahirkan baby Aufaa. Start dengan nurse pasang mesin CTG kat perut dah rasa tak selesa. Setengah jam lepas tu doc datang kata contraction agak perlahan & doc nak masuk ubat utk galakkan contraction. Inilah yg orang kata induce drip. Fungsinya untuk menggalakkan contraction yg konsisten & kuat.. Sakitnya MasyaAllah, memang tak tertanggung.. bergegar katil semua. Air mata apetah lagi..non stop bercucuran sampai basahlah kepala, bantal semua.. last Nur merasa induce drip ni masa bersalin yg kali ke 2.. bersalin kakak syamimi.. sebab masa tu 8cm boleh plk tak rasa apa².. Tak der rasa nk meneran pun.. bila dh masuk ubat tu barulah ada rasa nak meneran.
Dah habis zohor masuk plk asar. Belum juga bersalin lagi sampailah Prof Bahiyah turun pukul 5 lebih tu. Dia pelik kenapa tak bersalin lagi padahal contraction dh kuat dan sangat konsisten. Time dah nak masuk Maghrib tu memang dah giveup sangat. Sebab dah hampir 6 jam menahan sakit.. bergegar katil.. Meleleh air mata, baju dah lenjun basah dengan peluh. Doc offer gas & ubat tahan sakit. Tapi Nur tak amik.. sebab pernah ada pengalaman amik gas tu masa bersalin kali ke2.. kakak syamimi...dia punya sakit kepala lepas bersalin tu, dekat seminggu baru hilang.. ubat tahan sakit masa bersalin plk memang Nur tak pernah amik sblm² ni..
2-3 orang doc datang menenangkan.. macam² doa keluar dari mulut & di hati.. Tapi, Nur sangat beruntung rasanya ditemukan dengan doc yang bernama Prof Bahiyah. Daripada dlm wad lagi prof ni sangat lembut pertuturannya.. soft spoken sangat.. Proses menahan sakit tu pun ditemani dengan kata² semangat & selawat daripada Prof. Dengan izin Allah & bantuan prof, elok lepas azan Maghrib baby Aufaa pun lahir dengan sekali teran jer. Menunggu azan Maghrib rupanya dia. 😂 kecik comel jer orangnya.. Tapi, mampu buat ibu serik sangat nak mengandung lagi..

Beberapa minit selepas lahir..
Ayah azankan, ayah iqamatkan..
Terima kasih teman ibu dari tengahari sampai malam.. Alhamdulillah semua anak pun ayah ada time bersalin kecuali yg sulung..
Dari awal preggy sampailah bersalin. Macam² dugaan, macam² cabaran. Seawal 14 minggu ibu dah kene cucuk insulin kat perut.. checkup hampir setiap minggu bergilir klinik dengan hospital. Scan hampir setiap bulan. Keluar masuk hospital juga.. Syukur ramai sangat yg 'jaga' baby Aufaa sejak dari dalam rahim lagi.. Apa²pun, Allah lah sebaik² penjaga.. walaupun ibu termasuk dalam golongan kehamilan yg berisiko tinggi, Allah izin juga baby Aufaa lahir dengan selamat, sihat & sangat comel.. siap ada lesung pipit macam kakak Syamimi..
Walaupun ada juga sikit² pengalaman yg tak best bila berhadapan dengan pegawai kesihatan ni, ibu chill² jer as long tidak keterlaluan. Betullah kata orang, bila kita sangka yg baik², sebut yg baik², fikir yg baik², In shaa Allah yg datang kat kita pun semua yg baik².. Alhamdulillah..
Sekarang, baby Aufaa dah nak masuk 2 bulan.. berat pun dah nak dekat 5kg.. semoga Baby Aufaa terus membesar dengan sihat, jadi anak yang cerdik pandai, penuh dengan rasa empati terhadap orang lain & sentiasa dalam lindungan Allah... Aamiin ya mujibb 🤲🏻
Uolllsss yg membaca pun doakan yg baik2 utk Aufaa ya.. 🥰 semoga doa yg baik2 tersebut berbalik semula pada uollss... 🤲🏻
![]() |
| Tiba² dah botak.. 😂 Ibu cukur sendiri jer.. |
Habis dah cerita tentang 10th PREGNANCY JOURNEY Nur kali ini..
Terima kasih sebab sudi membaca..
Mungkin inilah karangan tentang melahirkan yang terakhir daripada Nur.. sebab nak tutup kilang dah.. badan dah tak sesuai utk preggy lagi. Risiko tinggi untuk ibu & baby.. kesian kat baby nanti...asyik kene cucuk jer plk utk buat ujian macam2..
Nanti Nur tulis bab parenting plk ek. Ada sahabat kata, dia perlukan sangat ilmu parenting ni.. dan nak baca tulisan drpd Nur plk.. In shaa Allah, Nur akan usahakan walaupun tak layak sebenarnya.. 🥰 sebab, proses ini bukan mudah. Tapi, paling penting, jadikan Allah tempat bersandar.. In shaa Allah, semua akn jadi baik baik sahaja.. Biiznillah...


























