Hari ni terjumpa satu post ni kat FB pasal wirid & zikir ni.. Jadi, alang² dah baca, bagi senang nak ingat & rujukan untuk diri sendiri, Nur masukkan kat dalam blog ni terus.. 😁
Untung², boleh jadi rujukan untuk sesiapa yg singgah sini kan.. Dan sekaligus memanjangkan pahala mereka yg share sebelum ni. Semoga Allah redha & memberkati kita semua.. 🤲🏻
Lepas solat, kalau ada masa terluang dan takde kerja penting , amalkanlah wirid, zikir dan doa dulu sebelum bangun. Sambung baca Quran 1 muka pun sangatlah digalakkan setiap kali lepas solat.
Amalan ni bagus untuk menyatakan rasa syukur kita pada Allah di atas segala nikmat yg tidak putus² untuk kita dari lahir sampailah ke detik kita ketika ini.. Jangan lupa niat, buat semuanya kerana Allah.. Bukan kerana nakkan sesuatu atau ganjaran yg lain. Jangan risau, setiap amalan pasti ada ganjaran & faedahnya. Penting sangat betulkan niat ni..
Moga-moga dengan basahnya lidah kita dalam berwirid, berzikir dan berdoa, semua tu dapat menambahkan pahala kita dan menjadi asbab gugurnya dosa-dosa yg kita. Buat selaras dengan sunnah Rasulullah S.A.W..
UAI kata tak buat pun takpe , tak berdosa . Cuma kalau buat dapat pahala sebab sunnah nabi. So, kita pilihlah amalan yg sentiasa beri kita extra pahala sebab dalam hidup pun antara du.itt Rm.5 dengan Rm.50, kita akan pilih yg lebih banyak. Kan kan ? 😏
Selesai wirid dan zikir, doalah apa-apa sahaja. Mintak Allah beri keredhaan dunia akhirat, mintak Allah sentiasa bantu kuatkan iman, mintak Allah jauhkan kita dari api neraka dan masukkan kita dalam syurga atau apa sahaja doa yang kita nak Allah kabulkan.
Firman Allah :
“Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina."
— Surah Ghafir ayat 60
Ni adalah compilation wirid dan zikir yg kita boleh amal lepas solat . Boleh refer pada gambar ya, Nur susun ikut turutan ❤️
Kredit to w.site Aku Islam.
Doa yg baik², In shaa Allah yg baik² juga akan menghampiri kita semua..
In shaa Allah.. 🥰
Semoga bermanfaat..
🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹
Baca lagi.. 👇👇👇
TUBUH WANITA
https://foreverbyfbonur.blogspot.com/2021/09/tubuh-wanita.html?m=0
Atau
KATA KATA ORANG
https://foreverbyfbonur.blogspot.com/2021/09/kata-kata-orang.html?m=0



























