![]() |
| *gambar from google |
AIR NABEEZ
Amalan meminum air nabeez iaitu air rendaman kurma atau kismis dalam air masak semalaman dalam bekas yang tertutup dan kemudiannya diminum keesokkan harinya.
Lagi sedap, kalau nak minum petang, pagi2 da rendam.
Selain tersimpan banyak khasiat, air nabeez adalah minuman sunnah dan merupakan minuman kegemaran Rasullullah SAW.
Baginda merendam beberapa biji kurma kedalam air selama semalaman dalam bekas yang tertutup dan meminumnya pada waktu pagi.
Riwayat daripada Imam Muslim, Aisyah berkata;
“Kami biasa membuat perahan untuk Rasullulah SAW di dalam air minum yang bertali di atasnya, kami membuat rendaman di pagi hari dan meminumnya di petang hari, atau membuat rendaman di petang hari dan meminumnya di pagi hari.” (H.R Muslim)
Selain kurma, air nabeez juga boleh berasaskan makanan sunnah lain seperti kismis.
Untuk menambah rasa boleh dicampurkan bersama madu atau susu.
Kesemua makanan tersebut adalah makanan sunnah Rasullulah dan terkandung banyak khasiat.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Biasanya Nur beli susu kurma farm fresh tu jer.. hehe.. Orang rajin ginilah..
Tapi, kalau dpt buat sendiri lagi terjamin kualiti & khasiatnya kan..
So, marilah kita merajinkan diri.. 😅
Antara khasiatnya yg Nur baca :
🌷dapat menambah tenaga segera
🌷Bagus sebagai persediaan utk ibu2 yg bakal melahirkan
🌷Bagus utk mereka yg ada masalah alergic
🌷Bagus utk minda yg cerdas
🌷Pemanis semulajadi yg terbaik
In shaa Allah...
♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️♥️
Jemput like page fb Nur
Baca lagi :







0 comments:
Post a Comment