September 20, 2016

QURBAN DAN AQIQAH


🌼🌼🌼QURBAN/ أضحية🌼🌼🌼

🌷Makna Qurban:

Qurban atau أضحية bermaksud melaksanakan penyembelihan binatang الأنعام (binatang ternakan) pada waktu dhuha.


🌷Hukum Qurban:

Hukum qurban adalah sunat muakkad (SUNAT YANG SANGAT DITUNTUT) bagi mereka yang mampu samaada sedang mengerjakan ibadah haji atau tidak. Akan tetapi ibadah sunat ini akan menjadi wajib apabila seseorang itu bernazar untuk melakukan qurban, begitu juga apabila dia menyebut lafaz ta’yin iaitu menyebut suatu penentuan untuk berqurban.

🌷Waktu Qurban:

Waktu yang dibolehkan melakukan ibadah qurban adalah bermula naiknya matahari pagi hari (نحر) nahar iaitu pada tanggal 10 Zulhijjah atau disebut sebagai hari raya Aidiladha, dan berakhir dengan terbenamnya matahari pada 13 Zulhijjah. Waktu yang paling afdhal melakukan ibadah ini ialah setelah matahari naik sepenggalah.

🌷Jenis- jenis binatang Qurban:

Binatang yang boleh dijadikan qurban ada 6 jenis:
1. Unta
2. Kerbau
3. Lembu
4. Kibasy
5. Kambing 
6. Biri-biri

Keenam-enam binatang ini bukan sahaja boleh dijadikan qurban tetapi boleh juga dijadikan binatang aqiqah. Seekor unta atau lembu atau kerbau boleh dibahagikan kepada 7 bahagian, begitu juga dibolehkan berlainan niat ke atas seekor binatang tersebut. Contohnya ke atas seekor lembu ada yang diniatkan untuk qurban dan ada yang diniatkan untuk aqiqah.

🌷Syarat Binatang Qurban:

Umur yang dibolehkan bagi binatang yang ingin dilaksanakan qurban adalah seperti berikut:

✔ Bagi unta disyaratkan berumur lima tahun ke atas
✔ Bagi lembu, kerbau dan kambing disyaratkan berumur dua tahun ke atas.
✔ Bagi biri-biri disyaratkan berumur setahun atau sudah bertukar dua batang gigi hadapan walaupun belum sampai umur setahun. Akan tetapi mestilah bertukarnya gigi itu selepas umurnya enam bulan.

✔ Disyaratkan juga tiada kecacatan pada binatang qurban seperti tiada telinga, kudung ekor, gila, sangat kurus, buta dan sebagainya. 
✔ Disyaratkan juga berniat ketika menyembelih. 

🌷Hukum Mengambil Manfaat Dari Daging Qurban:

Haram bagi orang yang melakukan qurban wajib (nazar / ta’yin) makan daging dari bahagian yang diqurbannya, bahkan wajib diagihkan kesemua daging yang mentah samaada kepada faqir miskin atau dihadiahkan kepada yang kaya. 

Harus bagi faqir miskin untuk melakukan apa sahaja dengan daging qurban yang diterimanya termasuk menjual daging tersebut. Tetapi haram bagi orang melakukan qurban untuk menjual samaada daging, kulit atau bahagian-bahagian yang lain. Begitu juga haram menjadikan daging tersebut sebagai upah kepada penyembelih.

🌷Sahkah Qurban Untuk Orang Lain?

Tidak sah qurban yang dilakukan untuk orang lain yang masih hidup kecuali setelah mendapat keizinan darinya sendiri. Akan tetapi,harus bagi seorang bapa atau datuk melakukan qurban untuk anaknya atau cucunya walaupun tanpa keizinan dari anak atau cucunya. Dan mestilah menggunakan harta bapa atau datuknya sendiri.

Tidak sah juga melakukan qurban untuk orang yang sudah meninggal dunia kecuali si mati sudah berwasiat ketika dia masih hidup. Akan tetapi Imam Rafie berpendapat bahawa meniatkan pahala qurban kepada orang yang telah meninggal dunia adalah diharuskan. Ini kerana, orang yang masih hidup boleh menghadiahkan pahala kepada mereka yang telah meninggal dunia.

🌷Fadhilat Melakukan Qurban:

✔ Sedekah (daging qurban) adalah seafdhal- afdhal sedekah sunat.
✔ Setiap juzu’ (bahagian) anggota binatang yang diqurban itu dinilai dengan pahala, titisan darah diletak di tempat yang mulia dan darahnya ditimbang.
✔ Permulaan mengalirnya darah qurban itu merupakan masa diampunkan dosa orang yang melakukan qurban.
✔ Dan banyak lagi kelebihan- kelebihan lain yang tidak disebut disini.

*******************************

🌼🌼🌼AQIQAH🌼🌼🌼

🌷Makna Aqiqah:

Dari segi bahasa: Asal pecahan daripada perkataan (عق) aqqo maknanya potong.

Pada istilah syara’: Menyembelih binatang kerana kelahiran bayi pada hari ketujuh. 

🌷Waktu Aqiqah:

Waktu yang dibolehkan melakukan aqiqah adalah sebaik sahaja lahirnya bayi dan yang paling afdhal adalah pada hari ketujuh kelahiran bayi. Namun begitu, jika tidak dilakukan aqiqah pada hari tersebut, tetap juga sunat dilakukan bila-bila masa sebelum kanak-kanak tersebut baligh.

 Setelah baligh, dia boleh melakukan aqiqah untuk dirinya sendiri. Ini kerana, aqiqah hanya dituntut sekali seumur hidup. Sekiranya bayi itu meninggal sebelum hari ketujuh kelahiran, tetap juga sunat diaqiqahkan.

🌷Hukum Aqiqah:

Hukum aqiqah adalah sunat muakkad (SUNAT YANG SANGAT DITUNTUT) ke atas orang yang menanggung nafkah seseorang bayi seperti bapa atau datuk, dan mestilah diambil daripada harta si penanggung nafkah bukannnya harta bayi. 

🌷Jenis- jenis binatang Aqiqah:

Binatang yang boleh dijadikan aqiqah adalah sama seperti binatang yang boleh dijadikan qurban, iaitu unta, lembu, kerbau, kibasy, kambing, biri- biri. Begitu juga dengan syarat-syaratnya. 

Afdhal bagi bayi lelaki diaqiqahkan dua ekor kambing atau dua pertujuh (2/7) daripada bahagian lembu atau kerbau. Manakala untuk bayi perempuan diaqiqahkan hanya seekor kambing atau satu pertujuh (1/7) daripada bahagian lembu atau kerbau. 

🌷Hukum Mengambil Manfaat Dari Daging Aqiqah:

Aqiqah menjadi wajib apabila dinazarkan dan tidak harus bagi orang yang melakukan aqiqah wajib (orang yang bernazar) untuk memakan daging aqiqah tersebut dengan sebab nazarnya.
Masakan aqiqah sunat dimaniskan sunat juga dibahagikan setelah dimasak.

Bayi yang baru lahir sunat diazankan di telinga kanan dan diiqamahkan pada telinga kiri. Sunat juga ditahnikkan dengan kurma oleh orang soleh dan dicukur rambutnya, samaada bayi tersebut lelaki mahupun perempuan. Rambut yang dicukur itu ditimbang kemudian dinilai dengan harga emas. Dari nilaian tersebut disedekahkan kepada faqir. 

Begitu juga sunat dinamakan dengan nama yang baik disisi Islam. Samaada bayi lelaki atau perempuan sunat juga dikhitankan. Akan tetapi, jika tidak dikhitankan sebelum baligh, maka wajib dikhitankan setelah dia baligh. 

**************************
Sumber Rujukan:
1. Idaman Penuntut (Penggal Pertama)

Syukur Alhamdulillah, aqiqah untuk Mohammad Safwan bin Junaidi telah selesai minggu lepas...
Lepas ni, giliran Syamimi, Syukrie, Syafiq, Syaurah & Syafrina pula..

Semoga Allah permudahkan segalanya... 
Aamiin.. Allahumma Aamiin..



0 comments:

Post a Comment

TERIMA KASIH (^_^) ANDA PELAWAT KE....

Labels

kulit cantik (16) baby balm (15) bisness forever (12) serum (11) avg (10) baby balm najlaa (10) Forever (9) forever living (9) forever living setia alam (9) madu (9) madu forever (9) organik (9) Artic sea (8) aloe vera gel (8) cuci usus (8) eczema (8) sakura soap (8) Daftar ahli forever (7) Madu asli (7) Selsema (7) batuk (7) business forever (7) forever living shah alam (7) income (7) krim eczema (7) Pomesteen (6) Serum najlaa (6) alahan kulit (6) aloe vera (6) detox (6) detox usus (6) ikhtiar selsema (6) kulit bermasalah (6) madu terbaik (6) motivasi (6) balm kunyit hitam (5) bisness (5) bonus besar (5) essential oil (5) masalah kulit (5) sabun organik (5) tambah pendapatan (5) 3 konsep forever (4) Forever nectar (4) Resdung (4) forever shah alam (4) ikhtiar batuk (4) ikhtiar resdung (4) jus sihat (4) kulit sihat (4) kurus sihat (4) lautan artic (4) madu tulen (4) makanan sihat (4) set cantik (4) set eczema (4) tazkirah (4) DEODORANT (3) Pelembab (3) SOLAT (3) agen (3) aloe peaches (3) asma (3) athma (3) badan sihat (3) bonus direct (3) daftar agen (3) demam (3) inch loose (3) jerawat (3) loose inch (3) loose weight (3) merawat selsema (3) minyak ikan forever (3) pelembap (3) pengenalan najlaa (3) rahsia balm (3) sabun mandi (3) side income (3) sihat (3) sinus (3) tumit merekah (3) ubat gout (3) usus bersih (3) Agen najlaa (2) Antioksidan tinggi (2) Cara jaga tali pusat bayi baru lahir (2) Daftar forever (2) Doa (2) Kurma (2) Luka bersalin pembedahan (2) Pomegranate (2) Ubat gigi forever (2) WHY NAJLAA (2) alergik (2) anak (2) angin (2) apa itu steroid (2) asal usul najlaa (2) bahaya steroid (2) balsem (2) delima (2) deodorant natural (2) gerd (2) herba (2) hernia (2) jaundis (2) jeragat (2) jus antioksidan (2) jus delima (2) jus terbaik (2) kahak (2) kulit kering (2) kunyit hitam (2) lebatkan rambut (2) lembutkan kulit (2) lenguh (2) lip balm (2) luka cepat sembuh (2) minyak zaitun forever (2) mlm terbaik (2) nectar (2) pesan ustaz (2) protein coklat (2) protein sihat (2) protein vanilla (2) rawatan selsema (2) sakit kulit (2) sawan tangis (2) say no to steroid (2) senggugut (2) sistem imun (2) stabilkan darah (2) strechmark (2) tali pusat (2) tenang (2) ubat darah tinggi (2) ubat gigi best (2) ubat gigi selamat (2) ubat kolestrol (2) ubat sakit lutut (2) ubat sakit sendi (2) wanita (2) Alfatihah (1) Allah (1) Allergic Rhinitis. (1) Apa itu champor (1) BASI (1) BAU NAJLAA (1) BTL (1) Berat kurang (1) CERPEN (1) CHROMIUM (1) Cengkih (1) Forever freedom (1) Forever lite (1) G6PD (1) KEBAIKAN KURMA (1) MINYAK MAHAL (1) Morning sickness (1) Premenstrual dysphoric disorder (1) Puree (1) Qurban (1) Road to success (1) SEMULAJADI (1) Set untuk ibu (1) Shea butter (1) Steroid (1) Ubat cacing (1) WARNA NAJLAA (1) XANTHONES (1) aamiin (1) agen dikehendaki (1) aidiladha (1) air kelapa (1) air ketuban (1) air nabeez (1) akikah (1) alami (1) aqiqah (1) arthritis (1) arutic sea (1) awet muda (1) bacalah (1) bahaya vicks (1) bee honey (1) bee pollen (1) belajar (1) bernama (1) berpantang (1) bersalin cara czer (1) bloated (1) bonglai (1) buah peach (1) buang angin (1) candida (1) cara cuci botol susu (1) cara simpan sabun (1) cegah resdung (1) chewing gum (1) daftar dropship (1) daftar mini agen (1) darah (1) dedorant semulajadi (1) depression (1) doa resdung (1) dysmenorhoea (1) elak nyamuk (1) fadhilat (1) first food baby (1) flu (1) forever bee honey (1) forever bright (1) fungsi champor (1) fungsi lada hitam (1) gee alma (1) gurun sonoran (1) hea to toe (1) herba antik (1) hidung (1) home made (1) ibu menyusu (1) ibu.giguh (1) ikhtiar senggugut (1) ikhtiarselsema (1) immune booster (1) insect repellant (1) jalan kejayaan (1) jaundice (1) kapur barus (1) kegunaan lada hitam (1) kementerian kesihatan (1) kencing lawas (1) kenyang lebih lama (1) keputihan (1) keradangan (1) kerak kepala (1) ketiak aloevera (1) ketiak berbau (1) ketiak hitam (1) ketuban (1) korban (1) kronologi (1) kulit berminyak (1) kulit normal (1) kunyah (1) kurap (1) kurus (1) lada hitam (1) lilin lebah (1) limited edition (1) luka (1) luka czer (1) mabuk (1) makanan pertama baby (1) mandian bayi (1) manfaat chewing gum (1) manggis (1) mata cerah (1) minyak ikan terbaik (1) minyak kelapa dara (1) minyak serbaguna (1) najis keras (1) newborn (1) orac (1) panau (1) pedih ulu hati (1) pengalaman ibu anak hernia (1) penjagaan keintiman (1) penjagaan tali pusat (1) perubatan tradisional (1) perut buncit (1) perut kempis (1) pesanan (1) pewangi ketiak (1) pilis (1) pollen (1) punca jeragat (1) puri epal (1) puri golden pear (1) puri lobak (1) radikal bebas (1) rambut bersinar (1) rawat keputihan (1) rawatan alternatif (1) ruam (1) rukyah (1) sabar (1) sabun (1) sabun selamat (1) sabun tiada bahan kimia bahaya (1) sakit gigi (1) selawat syifa' (1) seluruh malaysia (1) semangat (1) sembelit (1) semut (1) set tof (1) slip disc (1) stress (1) success (1) sunburn (1) susu kurma (1) syafrina (1) tahan lapar (1) tekanan darah tinggi (1) tembikai (1) tiada bv (1) tiada orang tengah (1) tiada pv (1) tiada sistem pairing (1) tiada sistem point (1) tiada uv (1) tonsil (1) touch of forever (1) tulang patah (1) tulang rapuh (1) tulang retak (1) tulang sihat (1) tumit pecah (1) turun berat badan (1) ubat gigi tanpa florida (1) ubat gigi terbaik (1) ubat jangkitan kuman pundi kencing (1) ubat kencing kotor (1) ubat ketiak (1) ubat resdung (1) ubat steroid (1) urat simpul (1) varicose vein (1)